Saturday, June 6, 2009

انا و انجليزي

 

بسم الله الرحمن الارحيم

Berdasarkan tajuk di atas,aku nak menceritakan serba sedikit tentang aku dan BI.Walaupun ia sbuplu2mungkin hanyalah satu subjek,apa special sangat dengan BI kan.Tapi bagi aku,subjek BI meninggalkan banyak memori menarik dalam hidup ini.Aku memilih untuk tulis tentang aku dan BI pada hari ni kerana esok mungkin kali terakhir aku akan mengambil exam BI(xtau la lepas ni kalau ada lagi)

Best dan syok,itulah yang aku boleh luahkan bila esok ialah kali terakhir aku amik exam BI.Sebenarnya BI ni meninggalkan kenangan yang buruk dalam hidup aku.tapi  tak la buruk sangat.Saja nak menghiperbolakan.Sepanjang aku belajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dulu,subjek ni la subjek killer bagi aku.Mungkin orang lain bila nak SPM akan kata subjek add math,fizik atau bio sebagai killer subjek.Tidak pernah lagi aku dengar orang kata english subjek killer.Aku rasa macam aku sorang ja kot.Pasal tu aku tak sabar-sabar nak habiskan zaman belajar english.Walaupun bila dekat universiti,subjek ni dah jadi tak paling susah bagi aku sebab subjek lain lagi susah.

Meh nak cerita sejarah masa UPSR dulu.Masa sekolah rendah dulu,sejak darjah 4,aku x pernah dapat A dalam BI.Asyik C memanjang.Darjah 1 hingga 3 pernah kot,aku pun dah lupa.Tapi sejak darjah 4 memang aku ingat.Nak dapat B pun punya susah dan tak pernah-pernah.Hinggalah percubaan UPSR,baru aku dapat B.Seronok habis masa tu,biasala tak pernah dapat B.Tu baru B.Aku pun taktau la sebab apa aku x minat sangat dengan BI.Nak kata cikgu tak best,orang lain kata cikgu tu best.Ingat lagi cikgu BI masa UPSR,teacher Lily orang panggil.Dia masa aku darjah 6,dia ada buat kelas tambahan untuk BI,tapi aku sekali pun x pernah pergi.Punya aku malas nak belajar BI.Subjek lain pun serupa gak malas.Tapi BI lagi aku malas.Kesannya, UPSR aku hanya dapat 4A.Satu lagi BI aku dapat B.Tu pun kira ok la dapat B,kalau C x ke naya.Kalau x silap aku,cikgu aku masa sekolah rendah memang tak target aku dapat 5A.Semuanya gara-gara BI la.

Masuk pula sekolah menengah.Kena pulak aku generasi pertama PPSMI,belajar sains math dalam english.Cuak aku dengar awal2.BI pun baru merangkak,kena belajar sains math dalam BI pulak.Tapi alhamdulillah,math tu aku boleh la,sebab dia banyak angka saja.Sains aku kantoi.English lagi la.Untuk PMR pula,sepanjang tingkatan 1 sampai 3,aku tak pernah dapat A dalam BI.B pun kadang2,selalu C.PMR pun aku dapat B.Masa tingkatan 3,aku terpikir gak,camna aku nak improve english aku,takkan nak biar saja PMR aku.Tapi last2,aku x buat apa jugak untuk tingkatkan aku punya BI.Akhirnya PMR pun tak dapat lagi A.

Bila masuk tingkatan 4 pulak.3 subjek sains dan 2 math aku belajar dalam english.Masa tu,aku tak kisah dah ngan belajar dalam english.Kira boleh tangkap la.Tapi(ada tapi lagi),BI tetap aku punya killer subjek.Orang lain kata add math susah la,aku pulak,BI la susah.Tak pernah aku skor A.Add math selalu ja.Masa tingkatan 4 juga tak pernah dapat A walaupun A2 utk english 1119.Hinggalah percubaan SPM.Baru dapat A,Tu pun A2.Ingat lagi markah aku masa tu,72.Bila dapat 72,aku rasa seronok la jugak,aku mula berangan untuk dapat A1 dalam SPM betul..Masa SPM aku jugak amik EST.EST masa ujian2 biasa pernah la jugak aku dapat A1.Masa trial pun aku dapat A1.Bila SPM betul,tengok2 english aku boleh dapat A1.Syok tak kira la masa tu.Tak pernahnya dapat A1,time SPM betul dapat.Malangnya,EST aku pulak kantoi.Tengok slip dah lawa dah,tapi bila sampai bawah sekali,adusss. Kantoi, C5 ja yang aku mampu.Kalau tidak EST la aku boleh lagi compare ngan english 1119.Masa aku dapat keputusan SPM,cikgu masa PMR aku tengok,beliau pun macam terkejut bila tengok aku dapat A1 dalam english.Dia kata aku banyak improve dalam BI SPM.Terima kasih cikgu.

Aku pun taktau la rahsia-rahsia kenapa aku boleh skor A1 dalam SPM walaupun aku punya EST hancuss.Aku yakin semua ni kehendak dan pemberian ALLAH.Nak ikut usaha,ciput sangat.Antara apa yang aku buat untuk improve english aku masa SPM mungkin aku banyak news kot.Time tu baru ada kesedaran pentingnya BI dalam hidup.Kalau x,nak biarkan dah.Hancur pun hancur la.Kalau hancur,x datang la aku ke Jordan bawah JPA.Sebenarnya ada lagi peristiwa menarik berkaitan dengan BI lepas SPM dan di Jordan,terutamanya masa interview JPA,tapi malas aku nak tulis.Ingatkan datang Jordan dah tak belajar BI,malangnya sangkaan tu meleset.

Lagi satu aku rasa antara penyebab BI aku ok sikit masa sekolah menengah ialah pembelajaran sains math dalam english.Aku dapat banyak vocab pun bila belajar sains math la.Jadi aku sebagai generasi pertama SPM sains math dalam BI,aku nak mengajak semua marilah kita sokong PPSMI….hahaha(kepada pencinta sastera jangan marah).Walaupun masa interview JPA aku cakap tak setuju.:p

Cerita Tasjil Fasal Soifi(daftar summer sem)

Untuk summer sem,aku kena amik satu subjek ikhtiari(pilihan),punya la payah nak pilih.Yang senang-senang dan menarik habis penuh.Kami budak 1st year daftar lambat.3rd year dan 2nd year daftar dulu.Habis depa sapu.Yang tinggal semua tak menarik dan berkemungkinan belajar dalam arab.Akhirnya pikir punya pikir aku pilih nak amik intro to management science walaupun ramai batch aku amik contemporary problem.Aku pakat dengan dua tiga orang member aku untuk amik subjek ni.Kalau tak silap,kira kami la bakal perintis untuk madah ni.Tak pernah dengar lagi senior amik.Dengar pulak akhawat batch aku pun xda yang amik subjek ni,memang perintis betul la.Takpa nanti kalau senang boleh promote dekat junior.Masa tasjil aku hampir2 saja tak dapat madah ikhtiari yang aku nak tu.Laptop buat hal.Masa nak tasjil la buat hal.Aku tasjil madah ikhtiari tu pun dalam keadaan laptop yang hang.Ingatkan sistem tak terima,check balik,alhamdulillah sistem terima.Kalau tidak kesian Afnan(member aku kat Jordan) berseorangan amik madah tu.Masa laptop aku hang tu,teman serumah aku cakap yang madah ikhtiari aku nak tu dah penuh.Cuak dah aku.Alhamdulillah pentasjilan aku masa laptop hang diterima.

Cerita Final Exam

Sekarang ni kira fatrah imtihan untuk budak2 JUST.Tak kira la medic atau dentist.Aku jeles tul ngan budak dentist.Boleh kata senang la apa yang depa belajar.Paling aku tak boleh tahan,datang rumah aku ajak study food preservation(ni madah ikhtiari).Heaven gila.Paling aku tak tahan dengar,aku dengar budak dentist akhawat ada yang siap buat nota untuk environmental protection(ni lagi satu madah ikhtiari).Best gila.Kalau aku tau,aku bagi aku punya buku anatomy tortora mintak tolong depa buat nota.Aku malas buat nota.Lepas tu,ada sekali seebelum exam histo hari tu,aku pergi library Yarmuk,sikit2 nampak budak dentist.Memang rajin la aku cakap.Ni baru 1st year dah rajin.2nd year nanti mesti lagi rajin dan mungkin sampai tak keluar rumah sebab exam memanjang untuk dentist 2nd year.Masa tu aku dengan Hashemi dan Mursyid.Kami sembang,kalau(kalau lagi)kami dentist,dah lama duk rumah tengok movie

Ok dah setakat ni post kali ni.Maaf kalau post ni agak panjang dan xda manfaat.Macam biasa,aku tak suruh pun hampa baca,sapa suruh baca.Terima kasih jika sudi terus membaca hingga ke huruf ini.Dah2 pergi study,esok exam.

9 comments:

  1. La Fawwaz, bukan anta sorang je subjek killer BI ana pun same, tengok SPM BI ana A2, mase PMRU BI ana dapat C, pastu mase SMU BI ana dapat pangkat 3. semuanye sebab BI ana x dapat straight A.

    ReplyDelete
  2. alah,nta x amik eng112 dah sem ni..
    kira hebat la tu,yg straight A1 pun ada amik 112...

    ReplyDelete
  3. syukran...sudi lawat wankuntum's fp...sila bertandang lagi...insyAllah ana cuba utk baca articles2 ustaz time by time

    ReplyDelete
  4. salam ziarah...

    http://www.omaQ.org

    ReplyDelete
  5. merarik!
    bahasa inggeris pon dapat
    diceritakan dengan panjang
    dan menarik..mmg idealistik.

    ReplyDelete
  6. salam from abah n mom.
    hai dah kempen PPSMI nampak! kita tak nafikan kesan PPSMI boleh meningkatkan BI 'sebahagian' students. Bagaimana pula 'sebahagian besar' yg lain? Dasar PPSMI (oleh k'jaan M'sia) bukan utk tingkatkan BI tapi nak tingkatkan Math n Sc. Pelik tapi itulah hakikatnya. Tiada negara di dunia ini boleh 'maju' melainkan Math n Sc diajar in mother tongue. Negara yg mengamal sistem spt PPSMI telah terbukti gagal dan mundur. Kelemahan BI di kalangan sebahagian pelajar M'sia kerana sitem pengajaran BI masih dizaman tok nadoq' serta tiada modul-modul pengajaran dan pembelajaran terkini n kompetatif. Laa ni timbul pula isu nak wajibkan lulus BI dlm SPM. Kononnya senang bila pelajar nak ke luar negara. Berapa percent nak keluar negara?
    Akhir kalam, komen ini bukan apa, just for imformation only.
    Semoga Allah terima amal kita.

    ReplyDelete
  7. cait!cover la tu...
    -nina-

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..