Friday, May 15, 2009

Kuatnya Kita..

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman kini,wujud golongan-golongan yang konon perjuangkan Islam dalam pelbagai cara. Ada melalui ekonomi, politik, pendidikan, pembangunan dan pelbagai lagi. Kononnya inilah antara faktor yang dikatakan menyebabkan umat Islam mundur dan tidak berdaya saing dengan orang kafir.Inilah faktor-faktor yang diwar-warkan sebagai penyebab umat Islam kini lemah. Maka wujudlah bangunan tinggi-tinggi di negara umat Islam kononnya untuk mengangkat tamadun Islam.Malah pelbagai projek yang berkaitan sains dan teknologi sedang giat dibangunkan kononnya untuk mengangkat kembali Islam.Semua ini dilaksanakan tanpa keseimbangan dalam pembangunan Iman.islam solution

Rasulullah saw pernah bersabda akan tiba satu hari nanti umat Islam akan dilanda satu penyakit hati yang dinamakan wahan.Sahabat bertanya kepada baginda apakah itu wahan? Baginda jawab iaitu cinta dunia dan takut mati. Ketika itu umat Islam bagaikan makanan yang dikerumuni haiwan lapar. Sahabat ada bertanya adakah disebabkan umat Islam sedikit ketika itu? Baginda jawab tidak, bahkan banyak tetapi bagaikan buih di lautan.

Sabda baginda ini jelas menunjukkan kepada kita, masalah utama umat Islam  pada hari ini bukan disebabkan ekonomi lemah,bukan disebabkan pendidikan kurang,bukan disebabkan kurangnya pembangunan tapi semuanya disebabkan suburnya penyakit wahan dalam hati manusia.Tidak dapat tidak,penyakit wahan sudah pasti berkait dengan Iman kita pada Allah subhanahuwataala.

Umat Islam pada hari ini tidak kekurangan cendiakawan,cerdik pandai atau pakar teknologi. Malah golongan-golonagan ini sebenarnya banyak. Ini bukan jawapan utama kepada soalan kenapa umat Islam kini ditindas oleh pihak kuffar. Umat Islam hari ini sebenarnya kurang golongan yang sentiasa menghubungkan diri mereka dengan Allah.Umat hari ini kurangnya pendokong-pendokong tauhid kepada Allah.

Iman ialah sumber kekuatan utama bagi umat Islam.Yang kedua ialah ukhwah.Selepas itu barulah kekuatan-kekuatan fizikal lain.Inilah yang membezakan kita dengan orang kafir.Kita ada Allah sebagai kekuatan yang mengatasi kekuatan fizikal yang mereka bergantung sepenuhnya.

Teringat kembali satu potong ayat sebuah nasyid dulu-dulu,

“kita ada Allah yang kuasa,doa sebagai senjata”

Inilah yang membina kekuatan kita.Pada zaman yang menghakis Iman dan menyuburkan jahiliyah kini,tugas utama kita ialah untuk bangunkan kembali hubungan manusia dengan Allah.Apabila hubungan dengan Allah dijaga,maka barulah Allah menurunkan bantuan-Nya.Iman kepada Allah merupakan penggerak kepada kita.Masyarakat kini yang bagaikan ditebing lembah kehancuran seperti yang diungkapkan pada permulaan buku Petunjuk Sepanjang Jalan tidak lain tidak bukan disebabkan masalah Iman kepada Allah.

Sepatutnya inilah yang dipandang berat oleh kita pada masa kini.Permasalahan Iman kepada Allah. Inilah perkara utama yang perlu kita bangunkan dalam diri kita. Apalah gunanya belajar tinggi-tinggi hatta phd sekalipun kalau Iman tidak cuba dibina dalam hati.Sibuk mengisi otak dengan maklumat dan ilmu tanpa pengisian rohani yang membina kekuatan sebenar umat Islam.

Akhir kalam,Saidina Umar pernah berkata ketika pembukaan Baitul Maqdis,

Kita merupakan umat yang dimuliakan dengan  Islam. Maka sesungguhnya kamu mencari kehinaan jika mencari kemuliaan selain Islam

3 comments:

  1. hala'
    alfun makruk..
    soh..
    'kita punya apa yang mereka tiada'
    UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH

    kita punya jalan,
    tp x kn nk membiarkan jalan kita dilalui org lain sedangkan kita cuba menjejaki denai yang entah ditebas untuk kepentingan apa sekalipun tanpa menyetahui bencana atau bahaya dipenghujungnya yang pasti lebih menjauhi jalan asal kita , janganlah tertipu dengan hiasan pintu gerbangnya kerna mungkin hiasan tersebut merupakan ular tedung sela yang sentiasa menunggu mangsanya......

    ReplyDelete
  2. haha..
    tu dh macam bog ak plak..
    tiap ari bukak..
    kadang 3 kali sehari,
    pg, ptg pstu mlm bukak gk
    hahaha...

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..