Wednesday, May 20, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

 

20  Mei 2008

Hari ini 20 mei genap setahun aku memasuki alam baru iaitu alam IPT.Menurut Abul A’ala Al-Maududi kepada golongan yang baru masuk alam ini,beliau menguc apkan takziah sebab anda akan dipancung oleh sistem jahiliyah.Alam IPT memang berlainan sungguh dengan sekolah menengah terutamanya kepada budak macam aku yang bersekolah di sekolah kampung(jgn salah faham aku x bangga dengan sekolah aku.cuma kadang2 rasa segan nak ngaku sebab xnak sekolah aku dapat fitnah sebab sikap aku).Bukan setakat cikgu berubah pensyarah,ana anta berubah aku ko,kantin berubah cafe,pelajar berubah mahasiswa, tapi ia lebih kepada perubahan suasana.Dari biah yg dikawal kepada yg payah dikawal.

Kalau disekolah dulu,sering disebut,inilah medan sebenar kita.Medan praktikal kita.Setelah 5 tahun di medan teori.

Sebenarnya aku bukan nak ingat sangat tarikh ni,tapi ia merupakan sejarah dalam hidup aku.Aku tak cuba untuk mengingat pun.Tapi nak buat macam mana,bagi manusia seorang lepasan sekolah menengah kampung, bukan senang nak diterima JPA.Tarikh ni tahun lepas,aku mula menjejakkan kaki ke alam IPT iaitu INTEC(sapa xtau INTEC boleh la meng‘google’) untuk buat kursus persediaan ke timur tengah.Tempat yang secara jujurnya aku tak pernah termimpi pun untuk sambung belajar.2 orang termasuk aku dari Matri yang masuk INTEC.Seorang lagi  Tengku Fahmi,dia masuk program persediaan ke Korea.

Kali ni aku nak kongsi sikit beberapa memori di INTEC dan beberapa muhasabah untuk kita.Ni cuma nak mengembalikan memori aku.Kalau hampa dah tau dan boring aku asyik sebut benda sama, taknak sambung baca pun tidak mengapa.Aku tak paksa.

Aku sebenarnya tidak lah bercita-cita besar nak ambil medic sebelum aku dapat keputusan SPM.Kadang-kadang tu ada juga,tapi tidak la serius.Bila aku masuk INTEc aku rasa inferior sangat.Mana tidaknya,tengok orang lain hebat-hebat belaka.Keputusan SPM pun dah cukup gemapak.Aku rasa dalam kalangan yang buat kursus persediaan perubatan di INTEC, aku la yg dapat paling rendah.Kalau tak percaya hampa boleh survey dan bgtau aku,sapa lagi rendah.Setakat yg aku tanya,aku la paling rendah.Aku berbisik dalam hati aku, ALLAH tak pandang semua tu.Semua tu dunia saja.Taqwa kita yg membezakan(bukan nk kata aku lebih taqwa,ni untuk melegakan hati aku yg rasa inferior).

Dah la datang dari sekolah yang tak terkenal sangat.Tapi aku fikir,peduli apa,masa ni la aku nak naikan nama sekolah aku.Bila ada orang tanya sekolah ko berapa orang dapat sekali dengan aku,segan juga nak jawab.Aku akui, sekolah aku bukannya sekolah yang cemerlang akademik.Sekolah aku ada tujuannya yg tersendiri.Siapa yang nak cemerlang akademik semata-mata,jangan mai sekolah aku.

Teringat aku bila mula-mula start bahagi kumpulan untuk minggu orientasi.Kagum gila aku dengan ahli sekumpulan aku.Dah la sesat masuk group darul Quran.Fuh,bertambah rendah diri aku.Nak cakap pun fikir sepuluh kali.

Bila masuk kelas pula,alhamdulillah aku dimasukkan ke kelas yang satu-satunya laki lagi ramai dari perempuan.Mudah sikit bagi aku.Sebab aku tak biasa kelas sekali dengan perempuan.Aku rasa aku antara orang yang tak la semangat sangat nak jadi doktor perubatan.Masa tu aku bukan ambik kisah sangat pathway sebagai medical student.Aku pakat redah ja.Anatomy pun aku taktau apa dia. Fisiologi dan Histologi pun sama la.Member-member lain kadang2 sembang ada sebut nanti kita kena belajar benda ni. Tapi bagi aku,itu apa??  Pernah dengar tapi taktau apa maksudnya(xda semangat nak jadi medical student tul).

Yang paling aku kagum,bila masa taaruf.Kenapa nak jadi doktor?   dan kenapa pilih timur tengah?  Pelbagai jawapan yang mantap  diberikan termasuklah  aku.Antara jawapan yang aku ingat hingga sekarang:

-nanti nak tubuhkan satu charity group

-nak bina hospital Islam

-Rasulullah ada bersabda yang “sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada orang lain”.Maka nak sahut bermanfaat pada orang lain,pilih perubatan.

-saya nak jadi doktor sebab doktor merupakan antara kerjaya selain guru yang melibatkan hubungan terus dengan manusia.Maka ini adalah peluang  dakwah.

-saya pilih timur tengah sebab sayang bahasa Arab.Tak nak tinggal bahasa Arab.

-saya pilih timur tengah sebab bukan saja nak belajar ilmu medic tapi nak dapat juga ilmu deen.

Ini antara jawapan yang kita berikan.Besar sungguh cita-cita kita.Tengok pulak diri kita sekarang macam mana??

Ada sekali tu aku sembang dengan seorang member aku.Dia ada sebut “dulu kat INTEC semua bukan main lagi.Aku pun kagum gila dengan semua.Tapi bila mai sini semua hampeh.Study pun entah ke mana”

Itulah kita.Opss silap lagi, itulah aku. Medan kata-kata amat berbeza dengan medan amal.Ingatkan bila datang bumi syam boleh bertambah Iman.

IMG_0796 kenangan MEJ1 INTEC ‘08. Semua soleh lagi….ahaks…. jangan marah

6 comments:

  1. ala...aku tak genap setaun lg la. kire belum hari-ini-dalam-sejarah la ni ye... aku masuk 13 jun. almaklumla 2nd intake, huhu...

    takpe la, tahniah atas ulangtaun yg pertama..hehe..

    ReplyDelete
  2. haha...
    "semua masih soleh"
    sangat luas skop yang dapat diterjemahkan daripada frasa ringkas ini.

    sama-samalah kita mencari kebenarannya dari setiap sudut walauhingga melebihi 360 pandangan.

    ReplyDelete
  3. saja nak ajak kita berfikir dan muhasabah..
    x best la bgtau semua..

    ReplyDelete
  4. Salam,
    ala abang fawwaz,
    xperlu rasa malu pon ckp aku ko,
    bahasa melayu kita tuh,
    x salah cakap bahasa Ibunda, x gitu?

    Aku bersyukur gila mulut aku x pernah gatal nak cakap besar2,
    blaja agama la, charity la, aku pon nak jd vet jeh sbnrnya.


    Aku pon sama beb, masa kelas arab, semua bdk2 nih dah tau, Kif haalak apa, shu biddak apa, aku xtau apa2 pon, tp xpe, semua tuh boleh diatasi kat sini beb, hu hu.

    sekadar pendapat,

    mursyid omar (tiru stail hilal, ha ha!)

    ReplyDelete
  5. wslm
    aku x malu pun..
    mula2 dulu ya kot..kekok sikit..lani ok dah..
    ak tau bkn salah pun..

    ak nyesal gak dulu pernah sembang kemas gak..
    baru ak tau byk dugaan..
    tp ak masih bercita-cita tp tu la....

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..