Friday, April 17, 2009

Siapa Itu Sahabat

 

Ada orang berkata sahabat sukar dicari,kawan senang dicari.Ya memang betul tetapi kenapa pulak macam tu?Apa beza dua tu.Ada pelbagai tafsiran tentang seorang yang layak digelar sahabat.Ada yang berkata sentiasa bersama ketika senang dan susah,sanggup berkorban apa saja dan macam-macam definisi lagi.Dari banyak-banyak tafsiran,saya berkenan dengan satu tafsiran yang mengatakan sahabat sebenarnya ialah insan yang mengajak kita menuju redha Allah.

Dalam satu hadis Rasulullah saw ada menyebut salah satu golongan yang merasai kemanisan Iman ialah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah.Tak kira apapun yang berlaku hatta berpisah pun kerana Allah.Semuanya kerana Allah.Inilah rasanya definisi yg sesuai bg sahabat.Bukan sekadar berkepit 24 jam tak berpisah langsung.Sahabat bukannya hubungan rapat semata-mata.Sahabat boleh jadi tak rapat.

283884019182lTidak dinafikan hubungan yang rapat diperlukan untuk memudahkan mengajak ke arah mardhotillah.Hubungan yang rapat tidak memadai digelar sahabat jika dia mengajak kita ke arah kemungkaran.Seorang individu yang bersahabat kerana Allah akan menjaga sahabatnya dari segala bentuk maksiat.Dari maksiat hati hinggalah maksiat lain.Kadang-kadang kita selalu memuji kawan kita di depannya dengan harapan dia gembira bersama kita.Konsep ini kadang-kadang boleh lari dari konsep sahabat.Jika dikatakan bersahabat atau ukhwah fillah,seorang individu cuba mengelakkan temannya ujub atau takbur dengan mengelakkan pujian yang berlebihan.

Apabila dikatakan bertemu kerana Allah ia membawa makna pertemuan itu dalam rangka mencapai mardhotillah.Bersahabat kerana ingin takmil waistikmal atau dalam rangka untuk merawat keaiban.Berpisah juga kerana Allah.Masing-masing mempunyai urusan yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan tugasan sebagai hamba.

Sahabat juga seorang yang apabila kita tengok wajahnya teringat kita pada Allah.Contoh terbaik ialah Rasulullah saw.Cuba kita renung kembali apakah golongan yang di gelar sahabat Rasulullah.Salah satu syarat dia pernah berjumpa Rasulullah saw walau sekali.Betapa besarnya impak apabila bertemu Rasulullah.Inilah contoh yang kita cuba teladani.Memang diakui perkara ini sukar.Nak taknak,kita kena proses juga diri.

Hidup ini indah apabila kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Atau secara keseluruhannya hidup ini indah bila kita kaitkan semua perkara dengan Allah.Tak payah pening-pening atau tension.Jika semua manusia hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,banyak perkara dapat diselesaikan.Masalahnya perkara ini tak jadi dalam sehari atau setahun.Ia memerlukan proses yang panjang yang dipanggil tarbiyah Islamiyah bagi mendidik diri kearah ini.

2 comments:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..