Monday, April 6, 2009

Sembang Exam

Aku nak bersembang beberapa cerita yang berlaku disekeliling aku sejak akhir-akhir ni.Baru-baru ni aku menduduki exam yang dikatakan killer subject oleh senior iaitu organic chemistry (oc).Memang sah subjek ni memang agak membunuh.Satu jam yang diberi memang tak cukup.Buat sekali lalu ja dan banyak soalan yang dihentam.Ingatkan aku seorang yang tidak cukup masa.Rupanya bila keluaq dewan exam,ramai lagi yang serupa cam aku.Maka aku pun tak target tinggi sangat.Satu soalan pun tak sempat aku semak.Bila tanya member arab kif imtihan??tiada seorang pun yang cakap susah.Ramai cakap tengah-tengah.Cuak gak aku.Mantap betul arab ni.Takpalah,malas aku nak layan.Dengan preparation aku yang aku rasa tak semantap member-member lain,alhamdulillah markah yang aku dapat pun tak la mantap sangat.Ada seorang kawan aku tu dia cakap bersedialah untuk dapat berbelas-belas.Belas-belas??teruk tuh.Memang betul apa kawan aku tu cakap.Ramai yang dapat belasan ja.Walhal aku rasa semua dah buat sehabis baik.Apa yang boleh dibuat,redha je la.Budak perempuan pun yang rajin pun aku dengar tak score sangat.Siap dengar orang cerita ada budak perempuan nangis bila dapat keputusan.Pelik gak aku buat apa nak nangis.Bak kata presiden PERMAI  “rilek-rilek sudah”.Seorang member aku ni dia frust lama jugak tapi aku setahu aku tak nangis la.Bila sembang-sembang ngan dia,baru aku sedar balik,yang hebat hanya satu iaitu ALLAH.

Cakap pasal frust exam,aku ada cakap kat member aku,aku yang ambil make up exam pun rilek ja.Orang lain sembang markah fisio depa tinggi,aku cakap yang aku ni lagi teruk,tak da markah.Sekarang ada dah ada markah insya Allah.Biar aku cerita sikit pengalaman ni.Menurut seorang member aku yang berpengalaman dalam make up iaitu mursyid, “expect the unexpected”.Sukar jugak,banyak benda nak kena hafal betul-betul,risau exam nanti subjektif.Selama ni objektif,ingat lebih kurang boleh jawab dah.Alhamdulillah,Allah permudah sikit,walaupun exam bertulis tapi tetap objektif.Mudah sikit nak banding ngan subjektif aku rasa tapi sudah pasti susah lagi dari exam betul hari tu.Hasilnya,markah fisio aku tak membangga sangat.Boleh dikira ok sebab mula-mula  bila tahu kena ambil make up aku target dapat 20 paling tinggi.Sebab aku dengar soalan make up memang susah.Apa yang boleh aku nak bangga sikit ngan fisio aku (banggi diri la pulak aku ni-jgn baca ayat ni:D), dari 15 orang yang ambil exam sekali ngan aku.aku la markah paling tinggi.Ramai dapat bawah 20.Kalau tak silap aku orang arab yang paling tinggi pun dapat 20.Aku punya tak boleh sebut sini.

Lusa,ada exam lagi.Antara subjek yang kurang aku minat sem ni.Banyak sangat nak kena baca.Antara 4 subjek utama sem sekarang,anat ngan histo yang kurang diminati.Banyak nak kena baca.Aku lagi minat OC dan fisio walaupun setakat ni 2 subjek ni yang aku dapat masalah.Dalam keadaan nak study anatomy yang banyak nak mampuih,aku terjumpa satu cerita Jepun yang ada kena mengena ngan dunia medic.

codeblue

Tajuk cerita ni Code Blue.Menceritakan keadaan kat Livesaving Center atau bahasa mudahnya bahagian kecemasan.Cerita ni agak best sebab tak banyak unsur-unsur merepek seperti cerita Cinta Medik.Orang lain maraton baca buku Tortora,aku maraton tengok series.Tinggal 2 episod lagi…hish3,apa nak jadi ngan aku ni          -jangan tiru aksi ini bila nak exam.-

DSC00096 ada bakat jadi doktor tak??

Aku nak bagi sedikit petua untuk taknak kecewa bila exam:

Jangan target markah tinggi dalam exam.Selalu kita dengar target hendaklah tinggi sebab takkan jatuh teruk sangat.Contoh nya macam ni,kita target 90 mungkin dapat 85.Tapi bila target rendah 50,mungkin dapat 40.Itulah orang kata penting target tinggi.Tapi bagi aku,usaha hendaklah yang tinggi,tapi target yang paling rendah.Masa exam mid year form 5,aku dapat markah yang rendah dalam fizik.Bila masa trial,cikgu tanya dulu apa target aku dalam trial tu masa nak bagi markah.Aku pun bgtau berdasarkan exam sebelum,maka aku target lebih kurang macam dulu la.Tapi realitinya,aku dpt markah yang agak tinggi.Bukan aku nak berbangga dengan sejarah aku,cuma nak bagi contoh.Sebab setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang target rendah.cikgu pun pelik kenapa aku target rendah.Mungkin aku belajar dari pengalaman PMR sebelum tu kot.

Insya Allah bila kita usaha yang terbaik,Allah akan bagi yang terbaik untuk kita.Jangan sangka yang terbaik itu hanya bila score tinggi-tinggi.Markah rendah pun boleh jadi yang terbaik.Dari sisi manusia mungkin tidak,tapi Allah lebih mengetahui tentang makhluk ciptaanNYA.Inilah antara perkara yang aku pegang.Allah tahu apa yang terbaik bagi kita.Boleh jadi markah tinggi tu tak baik bagi kita,nanti timbul pula maksiat hati kalau  markah tinggi.

~ayuh doakan kemenangan Islam~

5 comments:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..