Saturday, April 25, 2009

Ma’rad Thaqafi di JUST

 

Pada 19hb April hingga 23hb April baru-baru ni,telah berlangsung Ma3rad Thaqafi(pameran kebudayaan) di Jordan University of Science and Technology.Pelbagai ragam dan budaya dari negara lain dapat diperhatikan.Setelah  ma3rad berlangsung, banyak perkara baru yang telah saya pelajari setelah melakukan beberapa kesilapan sepanjang ma3rad.Dalam post kali ni saya tak mampu nak ceritakan satu persatu ttg budaya negara yang terlibat dalam ma3rad JUST.Saya cuma nak berkongsi  pendapat saya ttg ma3rad yg telah dilalui.

Dalam satu email yang dibalas oleh  seseorang dalam grup JUST08,ada menyebut lebih kurang begini,kita perlu tunjukkan bagaimana indahnya Islam dalam kalangan masyarakat melayu itu sendiri.

erm…sebenarnya ini email ini dibalas berdasarkan ada satu email saya yang menyebut ttg perempuan arab minx lelaki malizi tangkap gambar.Bagus ada jugak orang yg mengingatkan ttg kita kena bawa imej Islam bukam imej Malaysia semata-mata.Jika sebelum ni orang lain hanya peringatkan kita merupakan duta kecil Malaysia dan masa ma3rad tu kita kena la juga jaga adab sebagai orang Islam.Walaupun nampak lebih kurang tetapi jika direnung ia membawa maksud berlainan.Ini pandangan saya.

Walaubagaimanapun,pening jugak memikirkan camna nak tonjolkan imej Islam dalam keadaan yang amat payah dikawal.Cuba bayang anda pergi ke konsert kumpulan rock,dan anda nk bawa imej Islam dalam tu.Cara terbaik tentulah tak usah pergi ke konsert tuh.Tentu sukar walaupun ia mungkin tak mustahil bg sesetengah orang.Mungkin terlalu kejam saya samakan ma3rad tu sama mcm konsert atau pesta yang ntah apa yang menjauhkan kita dengan Allah tapi itulah hakikatnya.Suasana  di ma3rad amat ‘open’ dan amat sukar untuk menjaga pergaulan.

Saya tidak berani menghukum ttg ma3rad.Ini hanya pendapat saya bukan ijtihad.Walaupun suasana tak la sampai tahap macam konsert merapu,tetapi berlaga laki perempuan jadi sesuatu yang payah dielak terutamanya waktu puncak.Mungkin saya ni cakap lain buat lain.Kalau macam tu kenapa saya pergi ma3rad jugak??

Memang,masa tu saya tak sedar lagi.Benda ni pun saya baru perasan.Ada seorang senior,saya tanya dia berapa kali  dia pergi ma3rad?   dia jawab dia pergi sekali ja,yang tu pun sebab dia kena bertugas.Kalau ikut hati taknak pergi.

Disebabkan perkara ni bukan bawah kawalan kita dan kita ada tanggungjawab terhadap negara maka saya rasa sekurang-kurangnya kita hendaklah mencegah dengan hati sebagaimana saranan Rasulullah saw dlm satu hadis baginda.Inilah selemah-lemah iman.Kalau hati kita tak rasa apa-apa bila duduk dalam khemah ma3rad tu maknanya ada sumthing tak kena ngan hati kita dan masih tak terlambat jika kita nak berubah selagi Allah pinjamkan umur kepada kita.Tiada istilah menyesal kemudian tiada gunanya selagi kita didunia.Penyesalan di akhirat yang tiada gunanya.

Jika saya tahu dan sedar benda ni awal-awal,tak la saya semangat sangat pergi ke ma3rad dan pergi masa bertugas ja.Ini x,kononnya semangat nak promosi Malaysia sampai terlupa tuntutan lain.Lagi satu jika sahabat sekalian perasan,geng2 yang pakai tudung elok2 atau geng kutlah ittihad Islamiyah payah kita nak nampak kat ma3rad.Betul tak?? dan menurut seorang sahabat saya yang belajar di Jamiah Yarmuk,ketika ma3rad di yarmuk,amat sukar nak tengok budak kuliyah syariah pergi ma3rad.

Saya amat bersyukur kerana booth Malaysia berada paling luar.Tak payah la nak bersesak-sesak kalau booth Malaysia kat luar jika nak banding kalau kat dalam.Jika tidak lagi bertambah dosa.Secara keseluruhannya,saya cadangkan  kita tak payah sertai ma3rad ni.Tapi nak buat macam  mana,kena buat juga sebab kita ada juga tanggungjawab terhadap negara.

Tengok saja bawa booth Malaysia,adakah menggambarkan Islam??  pakaian yang dipamerkan ialah  kebaya, salahkah kita pemerkan pakaian yang lebih bersopan seperti baju kurung??   Poster-poster yang dipamerkan ada juga yang tak menutup aurat??  adakah ini imej Islam??    Tu yang memeningkan bagaimana nak bawa imej Islam.Secara holistik pun dah tak ikut Islam.Ataupun kita nak sembur minyak wangi kat najis supaya najis tu bau wangi sikit.

Inilah akibatnya bila kita tak ambil Islam sebagai cara hidup.Banyak masalah timbul.Kalau tak silap seorang ulama ada menyebut   “adalah  satu yang zalim jika nak selesaikan masalah jahiliyah dengan kaedah Islam”.Makna kata lain kita kena buang dulu sistem jahiliyah.

Kepada yg berpesan supaya bertegas semasa ma3rad,apa kata kita bertegas denagn JUST supaya diasingkan waktu ma3rad utk laki dan perempuan.Asingkan laki perempuan dalam dewan al-faruq masa perasmian.Kalau tak boleh jugak apa kat bertegas dgn MSD supaya kita tidak perlu sertai ma3rad.Saya bukan nk perli ke apa,cuma nk bg cadangan.Mungkin benda ni susah, sebab tu paling kurang mengikut pesanan seseorang kita sendiri hendaklah bertegas ttg hubungan laki perempuan terutamanya.

Mula-mula rasa macam nk balas dalam email,tapi disebabkan takut nanti timbul pulak perkara-perkara yang diinginkan,maka saya tulis dalam blog ni saja sebab blog ni tak ramai sgt baca.Ini ialah luahan saya.

Saya tak pasti la jika amal untuk ma3rad ini dikira amal soleh.Sebab nampak seolah-olah kita menyokong dan menguatkan lagi sistem jahiliyah.Padahal tanggungjawab kita pada hari ini ialah untuk menjatuhkan jahiliyah atau jika tak mampu mencederakan jahiliyah.Jika tak mampu juga,goyangkan pun cukup.

Mungkin saya ni tak dapat jaga diri dan nk salahkan pulak orang lain.erm…                                  Cukup setakat ni celoteh saya ttg ma3rad.Saya pun tak  tahu apa yg dah saya merepek kat sini.

Akhir sekali nak kongsi sikit beberapa video dan gambar kenangan sepanjang ma3rad:

persembahan dikir barat ketika perasmian

  DSCN2082               DSCN2086 DSCN2100DSCN2128

pemandangan sekitar booth malaysia

 

DSCN2099DSCN2098  DSCN2096DSCN2093  DSCN2092 DSCN2085 

booth negara lain

2 comments:

  1. ye fawwaz...aku selaku salah sorang ajk pelaksana pun tak setuju dgn certain perkara especially yg melibatkan imej Islam ni. bukan ape, kalau kite tengok, sbnarnye rakyat joden sndri pun nak lihat keadaan n pengamalan cara hidup Islam kat Malaysia tu macam mana. diorang tak tertarik pun dgn adat2 resam kaum or agama lain. nk tengok Melayu dalam Islam je..tp tu la, aku pun tak berkesempatan bg idea dlm persiapan. kalau la kita dpt tonjolkan keindahan Islam di Msia tu dgn lebih lagi.contohnye cam diorang agak excited bile nampak gambar Queen kite pakai tudung.bangga ak,hehe...

    ReplyDelete
  2. mcm kenal ja muhamad ni..

    takpa tahun depan kita buat elok2 insya Allah..

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..