Thursday, April 23, 2009

Majlis Solat Hajat Dan Ramah Mesra MPKJ

 

Assalamualaikum wbt..MPKJ

Dalam rangka kita memenuhi tuntutan sebagai pelajar muslim,Majlis Pelajar Kedah Jordan(MPKJ) dengan sukacitanya akan menganjurkan satu program yang diberi nama Majlis Solat Hajat dan Ramah Mesra MPKJ.Program ini berobjektifkan agar semua ahli MPKJ Irbid bersolat hajat bersama-sama.Program ini juga bertujuan untuk menguatkan lagi ukhwah dan mahabbah di kalangan ahli seterusnya melahirkan satu gerak kerja berkumpulan yang penuh komitmen.

Jadi,

MPKJ dengan segala hormatnya menjemput semua ahli MPKJ tidak kira ahli rasmi,bersekutu atau apa jua di mantiqah Irbid ini untuk memeriahkan program Majlis Solat Hajat dan Ramah Mesra MPKJ.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh     :25hb April 2009

Hari        :Sabtu

Masa       :8.15-10.00 malam

Tempat    :Bayt Mohabbatein

Sasaran   :semua ahli rasmi dan bersekutu MPKJ di Irbid

Selain pengisian rohani yang bakal kita dapat di majlis ini,penganjur program juga tidak lupa untuk menyediakan pengisian jasmani.Jamuan makan yang lazat akan disediakan.

Sedikit peringatan untuk ahli MPKJ supaya bawa bersama Al-Quran kerana akan diadakan bacaan surah Yaasin secra berjamaah dan bagi memudahkan lagi kelancaran program,semua ahli diminta hadir dalam keadaan berwudu’.

Tunggu apa lagi,lapangkan masa anda Sabtu malam ni untuk sama-sama kita meriahkan program ini.Selain dapat melaksanakan solat hajat, bacaan yaasin secara berjemah, kita juga dapat merapatkan ukhuwah sesama ahli MPKJ serta menjamu selera.

Jangan segan-segan,mai la datang beramai-ramai!

wassalam..

(Biro persiapan, perhubungan dan teknikal,
Majlis Solat Hajat dan Ramah Mesra MPKJ)

*jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan diruangan komen

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..