Saturday, March 21, 2009

Suburkan Kembali Cinta

eh eh,penulis nak tulis tentang cinta.Ni mesti tentang cintan-cintun budak-budak lani.Bukan,,saya tak berapa pandai nak ulas tentang cinta muda mudi kini.

Cuma saya nak sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw kali ini nak ajak kita suburkan balik kecintaan kita pada Rasulullah dalam rangka mentaati dan mencintai yang MAHA AGUNG.Teringat kata-kata seorang ustaz di sekolah dulu,cinta merupakan satu yang mulia,yang terjadi banyak dalam kalangan muda-mudi atau orang tua bangka sekalipun masa kini bukan cinta tapi jatuh nafsu.Kalau jumpa sesiapa yang ada hubungan laki perempuan tanpa ikatan yang sah,cakap kat dia yang dia dah jatuh nafsu sebenarnya.Cinta hakikatnya mulia tapi dicemari oleh manusia.

Muhammad (PBUH)

Walaupun tarikh 12 rabiulawal dah berlalu,rasanya masih tak lapuk ditelan zaman untuk mengajak kita suburkan kembali cinta kita pada Rasulullah.Cinta pada Rasulullah ni bukan bermusim kan? Jadi setiap masa dan di setiap tempat kita kena cinta pada baginda.Allah tak pernah alpa dan Malaikat tak pernah rehat mencatit amalan kita dan syaitan tak pernah letih menggoda kita.

Sebelum tu setinggi-tinggi rasa syukur perlu kita rasai kerana di detik ini kita masih di beri kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan hidup di muka bumiNYA dan yang lebih utama,kita masih diberi peluang untuk mengecapi 2 nikmat terbesar yang tiada tandingannya dengan benda-benda lain iaitu Iman dan Islam.Dengan 2 nikmat inilah yang akan menyelamatkan kehidupan sebenar kita di akhirat kelak.

Cuba kita renung kembali,bagaimana kita boleh peroleh nikmat Iman dan Islam ni.Sudah semestinya kita dapat lagi merasai 2 nikmat ini kerana ketabahan, kesabaran, kesungguhan, ketekunan Rasulullah saw dan diwarisi oleh sahabat dan pejuang-pejuang seterusnya hinggalah sampai kepada kita.

Kita lah pulak penyambung kepada tugasan ini.As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebut “kita bukan golongan yang memulakan tugas ini,kita hanya menyambung rantaian perjuangan Rasulullah saw.”

Allah telah mengutuskan Rasulullah untuk menyelamatkan kehidupan akhirat kita.Sebab tu la kita kena sayang dengan baginda.Cuba kita duduk sebentar dan bayang kita bangun tidur tanpa Iman dan Islam.Nauzubillah

Mudah dimulut kita untuk mengucapkan terima kasih atau apa-apa bila dapat sesuatu bantuan.Tapi berapa kali kita rasa berterima kasih kepada Muhammad Rasulullah saw kerana susah payah baginda untuk menyelamatkan kehidupan kita selepas ini.Malah kadang-kadang kita abaikan apa yang baginda cuba sampaikan.Cuba bayang,ada seorang ni dia susah payah datang dari jauh untuk bagi sesuatu yang dia rasa amat  berharga dan perlu di kongsi bersama kita.Dalam perjalanan tu dia terpaksa redah lautan luas,lepas tu kena lepasi gunung-ganang pulak sebelum sampai kepada kita.Sanggupkah kita manusia yang waras untuk menolak pemberiannya.Beginilah dengan Islam yang cuba disampaikan Rasulullah.Nyawa baginda menjadi taruhan agar kita dapat merasai Iman dan Islam.Detik-detik nak wafat pun baginda masih sebut ummati,ummati,ummati.Bukannya sibuk dengan harta tapi sibuk akan kita.Iaitu kita umatnya.

Islam yang disampaikan baginda ni bukan setakat bawa kebaikan kepada kita manusia tapi semua sekali apa yang ada di dunia ini.Firman Allah dalam surah AL-Anbiya’ ayat 107 yang mafhumnya:

“Dan kami tidak mengutuskan engkau(Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Inilah misi kedatangan Rasulullah saw.Rahmat bagi sekalian alam.Termasuklah binatang-binatang dan pokok-pokok.Macam mana pokok pun boleh dapat  rahmat?

Dengan adanya Islam,ia mengatur hidup kita keseluruhannya.Islam juga mengajar kita berbuat baik kepada pokok-pokok.Jadi,tumbuhan pun dapat rahmat dengan adanya Islam.Fuh, begitu cantik dan lengkap deen yang diturunkan Allah ni.Semua dapat kebaikan bila ia dilaksanakan dan dipraktikkan dalam kehidupan secara menyeluruh.Islam itu relevan setiap masa.

Begitulah besarnya risalah yang cuba disampaikan kepada kita oleh Allah melalui Rasul NYA.Maka tidak perlu menjadi persoalan kenapa perlu cinta Allah dan Utusan Muhammad saw.Teringat lagi satu nasyid yang selalu saya dengar kecil-kecil dulu.

satu satu saya sayang  Allah

dua dua saya sayang Rasulullah….

Apabila kita menghayati erti cinta kepada Rasulullah,Insya Allah  hidup kita akan lebih terarah dan berada bersama rombongan baginda.Dalam satu hadis baginda ada sebut maksudnya “kamu di akhirat nanti bersama dengan siapa yang kamu cintai” .Check diri kita.Siapa yang kita cinta.

Manusia sentiasa saja tidak boleh terlepas dari sifat lupa.Kita ambil peluang selama-mana kita masih hidup ni untuk mengamalkan apa yang dibawa Rasulullah.Ulang tahun kali ini untuk menyegarkan kembali hati kita yang terlelap untuk kembali hidup dan kita mohon supaya hati kita untuk ingat dan sedar lebih lama kali ni.Tiada gunanya jika sekadar berarak dan bawa sepanduk tetapi amal tetap sama  dan masih mengambil Islam secara juz’i-juz’i bukan tamam(sempurna).Bila habis rabiulawal,cinta Rasulullah pun berakhir.Minta dijauhkan kita dari sifat sebegitu.

Tengok nasib Ghaza.Tak sampai beberapa bulan berlalu umat Islam kembali tidur dan mungkin ada yang siap berdengkur.Kepada yang Iman nya masih terjaga.Mohonlah kepada Allah supaya dipelihara Imannya agar sentiasa berfungsi.

 

*terasa bertuah kerana dilahirkan pada bulan rabiulawal walaupun berlainan tarikh.ikut tahun qamariah  kira aku dah nak cukup 19 tahun. tua dah aku ni rupanya.. kalau tengok sirah umur pemuda macam ni dah buat macam2 untuk bangunkan Islam. aku ni…study pun ntah kemana..

1 comment:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..