Sunday, March 8, 2009

Luka

 

Assalamualaikum semua.                                                                                                                Moga-moga kita dalam hidayah dan lindungan Allah subhanahuwataala.

Kepada sesiapa yang perasan,blog ini ditutup sebentar beberapa hari lepas.Jadi kepada sesiapa yang tak boleh akses masa tu maaf.Telah berlaku sedikit masalah dan saya ambil langkah untuk tutup sebentar.Mula-mula cadang nak tutup sampai habis bulan 3.Tapi atas nasihat seorang sahabat ni “buat apa tutup”,maka blog ni di buka semula untuk memudahkan perkongsian.

Ok kali ni nak kongsi satu tulisan yang dah lama terperap dalam folder draft.

…………………………..

Seringkali kita cuba sebaik mungkin untuk menjaga tubuh badan kita dari tercedera atau dilukai.Jika datang seseorang yang ingin mencederakan kita,kita akan cuba cari jalan untuk mengelak.Takkan nak biarkan saja.Itulah fitrah kita yang tidak sesekali membiarkan diri dicederakan.

Luka walau seinci mampu mampu meninggalkan kesan yang mendalam bagi individu.Habis berparut dan majoriti manusia sekarang sanggup bersusah payah untuk mencari tonik bagi mengubati luka dan parut yang telah ditinggalkan.

Lihat saja anak-anak kecil yang diberi perhatian bagai menatang minyak yang penuh.Hatta gigitan nyamuk pun kita tak benarkan kerana tahu impaknya.

459307349_39768f2ec0

Beginilah juga sepatutnya kita jaga hati kita.Hati juga boleh tercedera bila kita melakukan maksiat kepada Allah.Hati itu amat mudah tercedera tapi sukar untuk dirawat apatah lagi jika kecederaannya teruk.Menurut Ibnu Qayyim hati ini ibarat cermin.Habuk yang melekat padanya ibarat dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar ibarat batu yang dibaling kearahnya.Cuba kita bayangkan cermin yang dibaling batu,sudah pasti ia akan bercalar dan bukan senang nak buang calar tu.Kepada yang kata takpa kita buat dosa kecil saja.Ingatlah dosa-dosa kecil bila kita selalu buat bukan lagi dosa kecil.Ia akan menutupi hati kita dari sinar hidayah ibarat habuk yang meliputi cermin dan cahaya tak dapat dipantulkan.

Jadi lebih baik kita ikut petua cegah lebih baik dari merawat.Kita jaga,asuh,pelihara hati kita dari melakukan sebarang maksiat yang semestinya akan merosakkan hati kita.Tak kira la maksiat fizikal atau maksiat hati.Maksiat hati lagi bahaya sebab hanya kita yang tahu.Kalau maksiat fizikal orang lain boleh nampak dan tegur kita.Seorang guru pernah sebut orang yang buat dosa senyap-senyap lagi bahaya dari orang yang buat dosa terang-terangan.

Timbul pula persoalan adakah kita boleh kembalikan hati kita kepada fitrah.Sudah tentu boleh.Lihat kembali sirah para sahabat Rasulullah yang sebelum mereka Islam sanggup bunuh anak tetapi bila melalui proses tarbiyah merekalah yang mengangkat dan menjulang Islam.

Dalam satu hadis Nabi saw ada baginda sebut “semua anak adam itu berbuat salah,dan sebaik-baik orang yang buat salah ialah orang yang selalu bertaubat.”

Hadis ini menyebut tawwabin(orang yang selalu bertaubat) bukan taibin(orang yang bertaubat).Ini membawa maksud bagi memelihara hati kita dari tercemar hendaklah kita selalu bertaubat walaupun hanya separtikel habuk yang melekat di hati.Ia lebih mudah jika kita nak bersihkan hati yang sudah penuh ditutup habuk yang tebal.Malah mungkin kita tak mampu nak bersihkan semuanya.Maka lebih baik kita bersihkannya siap-siap sebelum menjadi parah.

Tunggu apa lagi,bersegeralah kita membersihkan hati kita sebelum menjadi sukar.Jika kita sanggup bersusah untuk menepis tikaman pisau,jika kita sanggup berbelanja besar untuk merawat penyakit barah,malah sesetangah kita pakat beli produk yang entah apa-apa untuk hilangkan parut dimuka, kenapa kita tak sanggup berusaha untuk pelihara hati dari kemaksiatan kepada Allah subhanahuwata’ala.Padahal di akhirat nanti Allah nak tengok hati kita,keImanan kita,keyakinaan kita padaNya bukan nak nilai berdasarkan fizikal kita.Ingatlah kita sentiasa bersama bahawa kehidupan yang hakiki ialah kehidupan akhirat dan kita mesti persiapkan diri  dengan apa yang Allah nak.

Cepat sebelum hati kita bertambah parah sakitnya dan takut-takut mati pula.

 

1 comment:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..