Wednesday, February 25, 2009

Seminar Embriologi Dan Islam

 

Berita baik buat semua warga Majlis Pelajar Kedah Jordan(MPKJ) dan Malacca Students Society Of Jordan(MSSJ) khususnya.

Tak tahu nak buat apa hujung minggu ni? Masih ragu-ragu nak pergi mana?

Kami ada jawapannya.

Majlis Pelajar Kedah Jordan(MPKJ) dengan kerjasama Malacca Students Society Of Jordan(MSSJ) akan menganjurkan satu seminar yang buat pertama kalinya diadakan dibumi Jordan, bumi Syams ini.Program yang julung-julung kalinya diadakan ini pasti menjanjikan kelainan dan anda pasti menyesal jika terlepas peluang keemasan ini.

Iklan MPKJ 

Dulu aku cam mana ha?   

Kalau nak tau ayuh kita meriahkan Seminar Embryology Dan Islam!!!

Program yang bertemakan ‘Kenal Asalmu Kenal Tuhanmu’ ini dalam rangka untuk melahirkan mahasiswa yang berfikiran saintifik berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Selain itu untuk mendedahkan kepada mahasiswa tentang embryology dalam Islam dan seterusnya memupuk ukhwah dan mahabbah dikalangan mahasiswa terutamanya sesama ahli MPKJ dan MSSJ.

Buat warga PERMAI,anda turut bertuah kerana dijemput untuk menghadiri acara utama pada jam 2 petang.

Kepada anak Kedah dan Melaka dijemput hadir ke dewan Abu Ain seperti butiran berikut:

11.00 pagi      :Ketibaan Ahli MPKJ dan MSSJ dari mantiqah lain

12.00tgh hari :Makan tgh hari(akhawat)

                        solah Jumaat(syabab)

1.00 tgh hari   :Makan tgh hari(syabab)

1.30 tgh hari   :Sesi ukhwah/tayangan

1.50 ptg         :Gema wahyu

2.00 ptg         :Ucapan Yang Dipertua MPKJ

2.05 ptg         :Kertas Kerja 1

3.00 ptg         :Kertas Kerja 2

3.50 ptg         :Sesi soal jawab

4.15 ptg         :Cenderahati kepada ahli panel

4.15 ptg         :Bersurai

Seminar kali ini akan dimeriahkan dengan kehadiran 2 ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dr.Muhammad Syamil Bin Mohamad Salmi dan Ustaz Mujahid Bin Bakar.Tajuk yang akan dibentangkan ialah Embriologi Dari Perspektif Al-Quran Dan Sunnah dan Embriologi Dari Sudut Feqah.

Makanan tengah hari dan juga sijil akan disediakan kepada anak negeri Kedah dan Melaka yang berdaftar.

Tunggu apa lagi,jom ramai-ramai lapangkan diri jumaat ni untuk pakat pi seminar.Jom kita dok sat nak kenal ciptaan Maha Pencipta.Moga dengan seminar ini dapat kita tingkatkan ilmu seterusnya dekatkan lagi kita dengan ALLAH.

*Peringatan kepada akhawat,kalian digalakkan untuk bawa bersama telekung untuk solat Asar di dewan selepas program tamat.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh tinggalkan komen dibawah. 

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..