Tuesday, February 17, 2009

Luahan Rasa ~Segan~

 

Pernahkah kalian berasa segan untuk mengajak kearah ma’ruf dan mencegah kemungkaran?

Aku timbulkan persoalan ni sebab sudah lama perkara ni bermain-main dalam fikiran aku.Aku tak tau kat mana nak cakap,jadi aku tulis saja dalam blog ni.Aku tak kisah nak tulis dalam ni sebab aku rasa ni kot tempat yang agak sesuai.

Bagi aku ini merupakan masalah yang membelenggu diri sejak dulu lagi.Bukan apa,cuma merasakan diri ini tak layak disebabkan banyaknya karat jahiliyah yang wujud dalam diri ini.Kadang-kadang terfikir sendirian layakkah aku digelar rijal raqaiz.Rasa yang tak tahu camna nak ditulis bila ada sahabat-sahabat yang hantar mesej seperti semoga istiqamah di jalan DT.Masalahnya aku rasa aku start pun tak,camna nak istiqamah.Kalau dalam tarbiyah tu mungkin tetapi kalau dalam dakwah tak tau la.Semoga Allah terima segala amalan aku sebagai amal soleh.

Aku tak tahu nak balas apa bila orang cakap camtu.Muncul rasa segan bila nak kata aku ni buat kerja2 DT.Jahiliyah masih menebal,ada hati nak mengaku rijal dakwah.Bukan aku tak tahu akan kelebihan bila dapat mengajak orang kepada Islam yang syumul dimana lebih baik dari dunia dan isinya.Bukan aku tak faham yang Islam itu mencakupi seluruh hidup dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara.Bukan aku tak tahu yang kita nak menyelesaikan qadhiyah Islamiyah dan bukannya aku tak tahu apa itu qadhiyah Islamiyah zaman sekarang.Bukan aku tak tahu yang inilah tugas dan tuntutan atas kita.Tapi tu la masalahnya,aku rasa segan bila nak mula bercakap tentang dakwah ni.

Baru-baru ni aku baru ikut satu program dan aku rasa segan bila ada berbincang camna nak tingkatkan usaha dakwah di tempat anda.Aku terfikir,aku ni start pun belum camna nak tingkatkan.Aku dok diam ja masa tu.Aku tak bermaksud aku menolak dakwah sebagai sebahagian dari tuntutan.Macam yang aku sebut tadi,aku tahu bukan tak tahu tapi…Bagi aku kalau dalam pun tak selesai camna nak selesaikan masalah dalam orang lain.Lepas tu aku cuba juga ambil bahagian.Kemudian masa kesimpulan,penceramah ada sebut macam yang aku fikir,kalau dalam masih tak kuat jangan dok sembang nak berdakwah.Perkara inilah yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku.Ada seorang kawan aku tu dia ada sebut kita bukan tak tahu apa yang penceramah tu sebut.Dah berapa kali kita dengar tapi kita masih sayang kat jahiliyah.Kita masih sayang nak tinggalkan lagu-lagu yang lagho,kita masih sayang movie.Jadi aku pun bila balik terus delete movie yang aku ada walaupun sesetengah movie tu aku baru ambik dari kawan atau download.Aku harap usaha aku yang sikit ni mampu mengurangkan karat jahiliyah dalam diri dan aku kurang segan nak mengajak orang kepada ma’ruf.

Aku ada terbaca dalam satu majalah ni:

52f91d2b659d1d2aAsal saja kalian teguh memelihara tingkah laku dan menghindari perbuatan maksiat,pasti Allah beri kekuatan dalam usaha mencegah kemungkaran.Yakinlah kalian tidak terkecuali dari seruan Allah dalam firmanNya “dan siapa yg mengerjakan perbuatan baik,laki-laki atau perempuan,sedang dia berIman,nescaya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yg baik”(An-Nahl:97).

Mungkin petikan diatas dapat menjawab kekusutan aku.Dosa-dosa aku merupakan hijab bagi orang lain nak ikut aku.

Aku juga rasa segan bila nak sembang dengan kawan tentang pembentukan ummah sebab tau pembentukan diri pun tak selesai lagi.Aku ingat ni masalah aku sahaja,rupanya ada lagi.Kadang-kadang sesama orang yang faham fikrah pun segan bila nak cakap dia buat kerja-kerja dakwah walaupun sebenarnya dia buat kerja-kerja dakwah.Contohnya bila ada buat sesuatu kerja,segan nak ngaku ia merupakan wasilah dakwah walaupun pada hakikatnya dia sedang berusaha menyebarkan kefahaman Islam yang syumul kepada semua melalui kerja dia tu.Aku bukan orang camtu la,aku tak tau la apa yang dah aku buat dan aku tak tau apa kelebihan aku ni.Blog ni pun entah apa-apa.

Aku terfikir ada tak jalan lain tanpa perlu merawat rawasib jahiliyah.Kemudian datang kat fikiran aku ni yang hati yang tidak bersinar tak mampu menyinari hati lain.

Taktau la pemikiran aku ni betul atau tidak.Tapi aku cuba usaha untuk perbaiki diri aku.Kepada sesiapa yang masih baca post ni jangan jadi cam aku dan doakan aku agar dapat perbaiki diri dan dapat juga perbaiki orang lain.

3 comments:

  1. semoga diberi petunjuk dan hidayah oleh ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  2. salam. anta kat Jordan rupanya. lama jugak ana dok meneka pemilik blog ni.
    alhamdulillah, ilmu sudah luas, barangkali jauh lebih luas dari senior2 seperti kami, anta sangat2 beruntung.
    betul lah seperti kata2 anta tu, bila jahiliyyah dalam diri masih disayangi dan direserve kan,hati kita tertutup dari cahaya Allah.
    Tapi soalnya sekarang, kita lah yang membuat pilihan. nak jadi rijal apa pun semua atas kita..nak buang jahiliyyah, buang lah kerana Allah membencinya. apakah cinta dan rahmat Allah akan tersimbah ke dalam hati-hati yang manzmumah?
    adikku, mulakan dengan perkara yang kecil2. yang penting mesti mula! kadang2 dengan ziarah bilik kawan, mungkin juga dengan iftaar jamaiee; ajak sorang bukak puasa sekali. minggu depannya selitkan pula dengan tazkirah. kemudian, anta rancang lah langkah2 seterusnya...
    sematkan dalam hati, kita lah penyelamat umat ini. biar lemah manapun kita, kita tetap akan menjadi da'i dan murabbi, bak kata sahabat kita, nahnu duaat qobla kullu syai'in. yang penting, start dulu..paksa hati untuk start...semoga Allah membantu dan menguatkan tekad anta..

    ReplyDelete
  3. kpd xx-matri
    thanx 4 comment

    ana ni xla byk ilmu..
    cuma lani terpinga-pinga apa yg ana boleh buat utk ummah..
    mmg mudah dimulut utk buang jahiliyah tapi dlm amalan kdg2 terlupa dan lalai..

    *sapa ek nta ni?batch ke brp m3?

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..