Sunday, February 15, 2009

Jaulah Ke Syria

Alhamdulillah dengan izin Allah pada 1 Februari lepas,Allah telah memberikan saya peluang untuk menjelajah ke satu lagi bumi Syams iaitu Syria.Selain Syria,Syams juga terdiri daripada Jordan,Palestin,Lubnan dan sedikit kawasan utara Iraq.Sebenarnya saya tak la pandai sangat nak cerita sejarah tempat kami pergi sebab pergi pakat redah ja.Kebanyakan tempat kami pergi sendiri tanpa travel guide.Travel guide yg kami pakai pun hanyalah lebih kepada tunjuk jalan.Walau apapun terima kasih kepada yng menemani kami dan memberi bilik untuk kami bermalam.Jimat sikit.hihi

Macam yang saya sebut dalam post lepas,dalam masa 2 minggu cuti,2 kali saya ke Syria.Nak cerita yang trip pertama dulu.

Trip pertama saya bertolak pada petang 1 Februari(ahad) dan balik semula ke Irbid 6hb (jumaat).Saya pergi bersama 5 orang lagi member.Kami pergi boleh kata tanpa perancangan yang rapi.Pakat pergi ja.Cuma Muhammad(member sini) telefon kawan dia kat Syria(muzakkir) yang kami nak tumpang rumah dia.Alhamdulillah.Kawan Muhammad tu pun baru jugak kat Syria,jadi tu la saya sebut diatas travel guide kami lebih kepada tunjuk jalan.Ada la sikit-sikit dia cerita.Tapi takpa,ia mengajar kami agar lebih berdiri di atas kaki sendiri.Barulah adventure sikit.Malam pertama saja kami dah kena tipu dengan pakcik teksi.Mungkin malam kot,tu pasal mahal.Kami bermalam dirumah kawan kepada Muzakkir.

Ok dah sikit tentang perjalanan kami.Nak cerita pulak tempat yang kami pergi.

Dimashq

Dimashq sebenarnya hanyalah sebuah kota yang dikelilingi tembok.Bukan macam sekarang.Sebab tu ada dimashq qadim dan dimashq jadid.Dimashq qadim yang dalam kota dan dimashq jadid luar kota.Ops lupa nak bagitau dimashq tu damsyik la atau damascus.Tempat menarik kebanyakannya terdapat dalam kota dimashq qadim.Dalam tu terdapat Jami’ Umawi(masjid umawi),bimaristan(hospital),madrasah-madrasah dan banyak lagi.Lengkap sebagai satu bandar.Boleh kata bandar kota macam belajar sejarah SPM dulu.Dalam tu lengkap dengan kelengkapan dan dikelilingi tembok.

DSCN1555 Kawasan depan kota dimashq

Bila lalu kat dalam kota dimashq ni rasa macam ada aura lain.Tambah-tambah bila lalu tepi jami’ dia.Biasa la tempat pentadbiran zaman khilafah amawi.Rasa yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata sebab berjaya menjejakkan kaki di tempat pentadbiran zaman kegemilanagn Islam zaman dahulu.Tanah barakah dan seolah-olah tanah tu macam hidup.Bukan macam kat Jordan ni,tempat yang popular semua tempat laknat.Laut mati,Petra.

Kota dimashq ni ada 7 pintu.Ada satu pintu tu terdapat banyak gereja.Menurut cerita,Ketika Khalid Al-Walid dan Abu Ubaidah nak tawan kota tu,depa bahagi dua.Satu masuk ikut pintu ni,satu lagi masuk ikut pintu lain.Tentera pimpinan Khalid Al-Walid berjaya masuk,bila depa dengar tentera Khalid berjaya masuk,depa terus lari kearah satu lagi pintu dan buat perjanjian dengan Abu Ubaidah.Sebab tu Bab tumar kalau kita tengok sekarang ada banyak gereja.

DSCN1571 salah satu bab kota dimashq

Kota ni dah lama dah.Sejak tamadun rom lagi.Lepas tu baru Islam ambil alih.Jami’ umawi yang terdapat dalam kota dimashq ni sebelum dibina,tempat dia memang merupakan tempat ibadah orang tamadun dulu.Nak buat jami’ umawi ni ambil masa 10 tahun kalau tak silap dan menggunakan berapa juta dinar emas entah.Tak ingat.Kenderaan yang digunapakai untuk angkut batu bata masih ada kini.Kat dalam jami’ ni terdapat maqam Nabi Allah Yahya as dan maqam kepala Saidina Hussin.Semua ni hanya andaian dan dengar kata.Tak pasti kesahihannya.Contohnya kepala Saidina Hussin juga dikatakan di Mesir.

DSCN1581 menara jami’ umawi

Kat dalam kawasan kota dimashq ni juga ada maqam Salahuddin al-ayyubi.Bila tengok maqam dia,meremang bulu roma.Pahlawan Islam yang dalam hidupnya berusaha gigih untuk membebaskan Palestin.Terfikir sejenak bila pula nak muncul Salahuddin kedua.Masa tu cuba muhasabah diri,dan tengok diri ni jauh sangat jika nak dibandingkan dengan panglima tersohor itu.Rasa kerdil sangat.Tak payah nak banding dengan beliau la,banding dengan ustaz kat sekolah menengah dulu pun macam langit dan bumi.Kat sinilah tempat jeneral perancis datang pijak kubur Salahuddin apabila Palestin kembali ke tangan yahudi.

Selain itu,kat sini juga terdapat maqam Sayidah Ruqaya cicit Rasulullah,Sultan Nuruddin Zanki,sahabt rasulullah Abi Darda dan banyak lagi dalam kawasan kota ni.Tapi semua tu tak boleh percaya sangat kesahihannya.Yang penting ambil ibrah dia.

Kat dimashq ni banyak juga orang syiah.Pelik-pelik depa buat.Sebelum ni dengar cerita ja,kali ni tengok ngan mata sendiri.Maqam Mu'awiyah diludahnya.Dekat maqam keturunan Rasulullah pulak depa pakat cium,baling kain,baling anak patung dan dok usap pagar maqam ngan kain dan pakat cium kain tu.Astaghfirullahalazim.

Moga Allah tetapkan hati ini diatas jalan kebenaran.

Antara tempat tarikan utama juga ialah souq hamidi.Souq(pasar) ni orang kata tak sah kalau mai Syria tak singgah souq hamidi.Souq ni memang besar.Boleh sesat dibuatnya.Kat sinilah tempat nak beli cenderamata ka apa ka.Dengar kata budak Jordan pun banyak singgah situ dulu kalau nak balik Malaysia.

Halab

Kami pergi ke halab atau nama lain dia aleppo dari dimashq dengan keretapi.Perjalanan ke utara mengambil masa yang agak lama.Naik pukul 12 malam,sampai 730 pagi.

Kat halab ni tempat yang kami singgah Qal’ah Halab atau Istana Aleppo dan Jami’ umawi.Tentang istana halab ni tak boleh nak cerita panjang sebab taktau sejarah dia.Macam saya sebut awal-awal tadi,kami pakat pergi ja.Yang ana tau,istana ni pun sebenarnya dah lama wujud sebelum Islam ambil alih lagi.Kedudukannya sangat strategik kerana terletak di atas bukit dan dikelilingi parit yang luas.

DSCN1693

Jami’ umawi dia pulak kecik sikit jika nak dibandingkan dengan jami’ umawi kat dimashq.Dalam jami’ ni ada maqam yang dikatakan organ Nabi Zakariya as.Tak tau la sejauh mana kesahihannya.

DSCN1765pemandangan jami’ umawi dari atas istana halab

Kat sekitar kawasan Jami’ ni juga ada pelbagai kemudahan macam dekat dimashq.Hospital dan madrasah.

Homs

Bandar ni terletak di antara dimashq dan halab.Kat sini kami singgah Jami’ Khalid al-walid.Kat dalam dia ada maqam sahabat Rasulullah Khalid al-Walid dan anak Saidina Umar, Abdullah.

DSCN1825

Bosra

Ni lagi satu kota lama.Diwarisi beberapa tamdun termasuklah tamadun Islam.Antara tempat menarik kat dalam ni ialah jami’ umari.Jami’ ini dibina zaman Khalifah Umar Al-Khattab.Jami’ ni menemukan 2 senibina.Senibina Islam dan senibina Rom.

DSCN1898 dalam jami’ umari

Kat dalam ni juga terdapat colloseum,bekas tapak kai unta Rasulullah,madrasah tempat intelektual Islam dulu belajar seperti Ibnu Katsir.Kat dalam ni juga terdapat gereja Buhaira dimana dari gereja ni pendita Buhaira nampak tanda-tanda kenabian Rasulullah saw dan suruh bapa saudara baginda Abi Talib segera bawa dia balik,takut diapa-apakan.

Nawa

Dekat nawa kami pergi tempat Imam Nawawi.Kat sini ada kubur Imam Nawawi.Menurut cerita kat atas kubur Imam Nawawi ni ada pokok.yang setiap daunnya ada tertera kalimah Allah.Tapi sekarang dah takda.

Untuk trip kedua pula,tak banyak beza ngan trip pertama.Saya pergi semula ke Syria hari Isnin.Yang bezanya trip kedua ni saya berpeluang ke tempat yang ada salji seperti post saya sebelum ni dan saya tinggal dirumah sahabat2 Syria.Memang best dok rumah depa.Masak pun sedap,tak macam kat Jordan ni.Yang masak baru amatur.haha.Trip kedua ni pun saya tak kemana sangat.Lebih banyak menghabiskan masa dirumah depa.

Rasa setakat ni ja kot catatan jaulah ke Syria.Kalau nak tengok lagi gambar klik sini.Kalau nak tengok gambar maqam2,klik sini pula.Gambar kat Nawa rasanya takda.Kamera habis bateri masa tu.Gambar colloseum kat Bosra pun takda.Nanti kalau dapat,saya upload.


*Fuh,cuti 2 minggu banyak dihabiskan di Syria.Berapa hari ja dok kat rumah.Ingatkan baru nak rehat,kelas sem 2 dah mula hari ni.Nasib baik doktor tak start mengajar lagi.Rasanya sem 2 ni lebih adventure kot tambah-tambah kelas English.Dah lah sorang-sorang melayu dalam kelas yang paling kurang diminati.Tak tau la camna improve english.Sem 1 hari tu,subjek ni la problem sikit.Yang lain alhamdulillah ok.Doakan saya dapat menempuh sem2 ni dengan lebih gemilang dan lebih keImanan.

2 comments:

  1. Pegalaman yang menarik dan membuatkan saya ingin ke SYRIA.
    Tapi keterangan tu kalau lebih jelas skit akan menjadikan post ini bertaraf first class.

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..