Wednesday, January 7, 2009

Kenapa Begitu?

In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Before my life become more hectic and maybe this blog will not be updated for 2 or 3 weeks or maybe 1 month,I have some problem that I’d like to share with the readers and I very pleased if you continue your reading until the end. (saja test english)

Ana nak tanya tentang satu contoh kes.Kes ni boleh jadi betul boleh jadi tak betul.Tapi insya Allah semua yang ana tulis ni betul.Ana kenal seorang ni.Dalam ruangan ini ana istilah kan kenalan ni sabagai dia.Boleh kata ana dengan dia rapat.Kalau korang dengar sejarah hidup dia masya Allah.Rasanya jarang-jarang sekali ada orang yang lalui macam apa yang dia lalui.Allah amat memelihara dia,tak tau la kalau istidraj.Tapi ana yakin Allah pelihara dia.Masalahnya, dia sekarang tak melambangkan sebagaimana yang dia telah dapat.

Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang alhamdulillah ada kefahaman Islam.Bukan setakat ibu bapa dia sahaja yang ada kefahaman Islam,malah banyak antara bapa dan mak saudara dia juga ada kefahaman Islam.Beruntung sungguh dia ni.Seperti biasa,dia bersekolah rendah di sekolah kebangsaan hingga darjah 6.Selepas itu dia sambung pengajian dekat satu sekolah agama yang menekankan tarbiyah pula selama 5 tahun.Guru-guru di sekolah menengah dia semua berkaliber dan mempunyai fikrah yang mantap.

Sampai sini apa anggapan korang kat dia?Mesti dia ni patut jadi seorang yang baik dan solehkan?Tapi yang berlaku sebaliknya.

Nak tunjuk lagi yang Allah pelihara dia,dia pernah sebut ketika dia kat sekolah menengah dulu,dia asyik terkantoi sekiranya langgar peraturan sekolah.Walhal ramai je yang lain tak terkantoi.Itu dekat sekolah.

Apabila lepas SPM,dia sambung pengajian kat sebuah universiti ni.Sekali lagi dia beruntung.Dia ni sepatutnya ditempatkan dalam sebuah kelas yang lelaki hanya 2 orang dan berbelas lain perempuan(suasana yang amat mendorong kepada perhubungan lelaki dan perempuan).Dengan perancangan Allah,dia telah diubah kelas ke kelas yang paling ramai lelaki pulak sebelum dia menjejakkan kaki ke kelas lagi.

Masalahnya ana tengok dia ni,walaupun dah banyak Allah beri dia peluang,seolah-olah dia tidak menghargai peluang itu.Perangai tetap sama.Percakapan dia,sikap dia kadang-kadang tak menunjukkan dia ni pernak terima tarbiyah.

Maklumat tambahan,dia ni sekarang melanjutkan pelajaran ke sebuah tempat yang dikelilingi ulama’ dan dia baru mengenali dunia internet hanya lepas SPM.

Jadi ana nak tanya pendapat pembaca:

1)Kenapa dia boleh jadi macam ni?Apakah faktor-faktornya?

2)Apakah yang boleh ana lakukan sebagai member dia untuk tolong dia?

3)dan apakah yang sepatutnya si dia lakukan??

Ana kesian tengok dia ni.Jadi diharapkan sesiapa yang baca entry ni boleh bagi sedikit pendapat tentang persoalan yang ana paparkan.Kerjasama anda amat dihargai.

6 comments:

  1. Orang yng dilihat dan orang yang melihat sedang diuji.Setinggi-tinggi iman adalah dengan perbuatan dan serendah iman mendoakan dihati.Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk bagi yg d lihat dan yg melihat.Sygi diri dan saudara Seislam.Semaki tinggi syg kita padanya,makin byk perlu didoakan.

    ReplyDelete
  2. ana tak brapa aref tntang faktor2..
    tp ad igt satu perkara ntuk bantu dia...
    ana dpt dr HQ alumni bru2 nih..
    anta rujuk Surah An-Nahl ayat 125..
    ada beberapa cara untuk berdakwah dan membantu shbt anta ini..
    jadi dgn perkongsian ini..
    smoga dpt perbaiki diri dan ajak beliau...
    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. You wanna know the reason? Ask urself first. Bcoz ur the 1 who understand him better then anyone else. Sorry to comment in english. Hopefully u understand what i said.he2(^^) May Allah Bless all of us. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. kepada mohamad Amin
    terima kasih perkongsian anta

    to 2nd anonymous
    tq..but I still don't know the real reason..

    kepada semua
    apa pulak yg dia boleh buat????

    ReplyDelete
  5. Kalau dah diberitahu,barulah dia tahu. So he can ask his Iman. Nak neraka atau nak syurga

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..