Monday, January 5, 2009

Jangan Biarkan Ia Berlalu

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu di tahun baru 1430 hijrah dan 2009 masihi.Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang baca blog ni.Semoga Iman kita,taqwa kita turut meningkat seiring dengan meningkatnya waktu.Alhamdulillah sekali lagi kerana disaat saudara-saudara kita di Ghaza hanya menunggu detik syahid,kita masih diberi peluang masa untuk bertaubat, menambah amalan dan taqwa sebagai bekalan apabila bertemu Pencipta kita nanti.Jika saudara-saudara kita sekarang tak duduk diam dgn apa yg menimpa mereka,kita sepatutnya yg mengaku berIman turut menerima tempiasnya.Kita sepatutnya turut berjuang bersama-sama mereka dalam mempertahankan Islam tak kira apa jua cara yang dihalalkan.

Isu Palestin bukan isu rakyat Palestin atau kemanusiaan semata-mata.Tapi lebih besar dari itu,ia merupakan isu umat Islam kerana disitu terletaknya tanah suci umat Islam yg ke3.Ia bukan sebarangan tanah.Jika kita bersunguh-sungguh mempertahankan Makkah dan Madinah,sepatutnya kita juga perlu pertahankan alQuds sebagaimana kita pertahankan 2 tanah suci lain.

Kali ni Israel begitu melampau dan nampak serius untuk melupuskan terus perjuangan HAMAS dan rakyat Palestin yg saya amat kagumi perjuangan mereka.Tempat,bangunan-bangunan milik HAMAS menjadi target utama kononnya.Tapi fikirlah dengan waras,takkan lah peluru berpandu yg dilepaskan Israel pandai memilih sasaran.Kesannya,kanak-kanak kecil,wanita dan golongan emas turut menjadi korban.Hingga kini angka syahid menghampiri 1000 dan yang tercedera beribu.Israel pula terus menerus menyerang melalui darat pula.

Mari kita soroti kejadian ini secara tersiratnya.Kenapa hal ini berlaku.Disini Allah ingin mengajar dan menguji kita akan banyak perkara.Bekas menteri pertahanan Israel pada tahun 1962(kalau tak silap) pernah berkata:

“Orang Islam tidak akan mampu mengalahkan kita jika solah subuh jamaah di masjid tidak sama dengan solah Jumaat”

Kita sekarang ini sebenarnya lemah hubungan kita dengan Allah.Kita tidak kurang dari segi kuantiti tapi kurang menghubungkan diri dengan Allah.Bagaimana Allah nak tolong kita jika kita tak hubungkan hati kita dengan Allah.Hendaklah kita kembali kepada Al-Quran dan Assunnah secara keseluruhannya.Jangan kita lupa dan alpa sebenarnya kita memiliki Allah dan marilah kita memohon kepadanya.Kita ada satu senjata hebat yang tidak dimiliki oleh Israel dan sekutunya.Kita ada Allah sebagai pelindung kita.Maka marilah kita minta sungguh-sungguh dengan Allah.Apalah bezanya kita dan yahudi sekiranya kita tidak kembali pada Allah.

Nak bawa contoh:

Adakah si A akan membantu si B yang lansung tiada hubungan antara mereka.Tambahan pula si B ni tak pernah pun minta tolong dengan si A.Adakah secara tiba-tiba si A akan membantu.

Dan adakah si A akan menolong si B jika si B ni kalau minta pun tapi secara main-main dan tak serius?

Begitulah kita dengan Allah.

Semua di bumi ini tertakluk pada Allah.Dia Maha Menguasai atas segala yang dilangit dan di bumi.Kepada Allah lah kita berserah segala urusan.Memang Allah menjanjikan kemenangan kepada orang Islam.Tapi jangan jadikan ini alasan untuk kita bermalas-malasan.Adakah kita tidak mahu tergolong dalam kumpulan yang menang?Lawan menang hanya satu iaitu kalah.Jika kalah dunia tidak mengapa tapi ini membawa kepada kekalahan hakiki.

Kita tidak mahu kejadian sama berulang kali ini.Apa yang saya maksudkan ialah kenapa apabila tragedi seperti ini berlaku baru kita nak bersuara dan marah.Sebenarnya umat Islam sudah lama tertindas dan sepatutnya perjuangan kita tidak bermusim.Sewajarnya kecaman-kecaman,kritikan dan kesedaran bukan hanya bermain-main di mulut dan weblog semata-mata.Hati kita perlulah turut sedar dan lahirkan dalam amalan yang kita ni benar-benar ingin mendaulatkan Islam di bumi Allah ini.

Kita lihat kembali apabila manusia yang terbaik iaitu Muhammad Rasulullah saw dihina dan dicaci.Umat Islam hanya bersuara ketika itu sahaja.Kini masing-masing senyap tanpa sebarang perubahan kearah kebaikan dalam diri dan kes itu berlalu begitu sahaja tanpa kita ambil pengajarannya dan kesannya makin banyak penghinaan yang dilemparkan kepada manusia yang hidupnya untuk menyelamatkan akhirat kita.Isu Palestin ini sepatutnya kita rasai sejak dulu lagi sebelum kejadian tragis ini.Namun kita boleh jadikan peristiwa kali ni sebagai titik tolak untuk kita merasai dan turut berjuang bersama-sama saudara kita di sana.Jangan biarkan kejadian yang kita tidak tahu penamatnya berlalu tanpa sedikit pun pengajaran yang kita ambil.

Allah nak kita muhasabah balik Iman kita.Adakah kita menepati syarat-syarat yang Allah tetapkan untuk capai kemenangan.Sudah pasti kita belum.Jadi mari kita bermuhasabah dan jangan biarkan ia berlalu tanpa apa-apa perubahan.

menanti generasi penyambung kepada generasi Salahuddin al-Ayyubi….

1 comment:

  1. isu palestin sekarang adalah isu akidah...dan membantu mereka adalah wajib...kerana pemimpin2 arab yang bodoh langsung x membantu...jika kita hanya mampu memboikot.memboikot adalah wajib.

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..