Monday, December 21, 2009

Tak Tahu

بسم الله الرحمان الرحيم

Tahun(maksud aku tahun pengajian baru) ni banyak perkara berubah tak macam tahun lepas.Orang kata aku ni juga makin berubah dan aku perasan jugak,yang pasti tentu perubahan negatif.Mulut makin tak jaga,ibadah khusus makin kurang diambil serius,yang sunat makin kurang diamalkan.

Mungkin aku ni sikit-sikit suka mengeluh pasal kekurangan diri.Itu pasal blog ni ditukar link dulu supaya x ramai yang tahu dan buka.Kalau yang ada link lama pun aku biarkan saja tanpa beritahu link baru kecuali sesetengah orang dan aku tak halang pun orang nak baca.Kira blog ni lebih kepada rasa hati.Jika aku seronok,aku akan tulis apa perkara yang seronok tu,kalau yang kurang gembira aku tapis-tapis sikit untuk tulis.Rasanya tak perlulah juga aku jelaskan mengapa blog ni makin jarang diupdate.

Sejak bukak tahun 2 ni aku makin aktifkan diri dalam facebook.Saja nak keep in touch dengan member2 lama.Dapat la juga kadang2 berkomen-komen dengan member lama dan dapat la juga tahu apa yang mereka buat sekarang.Dari situ juga aku baru tau pelbagai fi’il manusia.Yang menyedihkan aku bila tgk lepasan2 sekolah lama aku tak kira la sahabat atau sahibah.Sedih juga aku bila melihat ruang facebook dijadikan wadah untuk pergaulan bebas.Sesetengah orang tu diluar bukan main wara’ tp dalam facebook lain pulak perwatakan dia.Tak tau la aku kot sebenarnya ada beza berbual dalam facebook dan berbual di luar.Ataupun sebenarnya perkara tu tak salah disisi syara’ tapi dipandang serong masyarakat ataupun kita hipokrit sebenarnya.Banyak lagi kemungkinan lain.Yang pasti biarlah Iman yang memandu perbuatan kita itu.

Yang perempuan khususnya,diupload pulak gambar mereka posing sana-sini dan biarkan lelaki ajnabi melihat mereka.Apa bezanya dengan menayangkan perempuan atas pentas dan posing sana-sini dan biarkan penonton lelaki komen perbuatan mereka tu.Ingatlah,dunia internet lagi luas.Mungkin niat mereka baik ataupun mungkin perkara tu tak salah sebenarnya ataupun jika salah mungkin mereka tidak tahu.Aku pun tak tahu.Aku macam pernah dengar perempuan yang baik ialah perempuan yang kurang menjadi sebutan lelaki.

Baru-baru ni pihak kedutaan telah meganjurkan majlis Anugerah kecemerlangan Akademik.Ia mengingatkan aku pada hari penutup sukan Intec dulu.Yang peliknya,kenapa masa tu xda orang yang boikot atau bising.Padahal masa tu lagi teruk.Pelajar-pelajar MEP perempuan sendiri yang mempersembahkan tarian ke apa ntah.Aku tak tau nama persembahan dia.Masa tu lagi banyak pergerakan yang dilakukan mereka.Terloncat sana-sini.Setahu aku,bahkan pimpinan batch masa tu tak membantah pun.Tapi bila seorang akhawat hanya berada diatas pentas tanpa lakukan pergerakan yang banyak,ramai pulak yang komen.Adakah disebabkan masa tu kita belum masuk PERMAI atau adakah masa tu kita tak faham lagi.Jika tak faham tidak mengapa.dimaafkan,tapi jika sebab PERMAI,lebih baik muhasabah.Ataupun jika satu perkara itu dicelup dengan Islam kira boleh la.  “Alah,yang buat tu semua dari sekolah agama”.Ala-ala cinta Islamic.Jika yang buat itu dari sekolah biasa atau graduate bukan dari timur tengah terus dipandang serong.Macam menyanyi, terus ditolak 100% dan nasyid terus diterima 100% tanpa diteliti.Padahal nasyid tu dalam bahasa arab,melayu dia nyanyi.Ataupun perkara ni sebenarnya tak berkaitan pun ataupun mungkin perkara ni sebenarnya syara’ tapi dipandang serong masyarakat setempat,jadi tak sesuai la. Aku tak tahu.

Cuma nak ulang sekali lagi,dalam setiap tindakan kita biarlah Iman yang memandu kita bukan nafsu ataupun perkara lain.Sebenarnya semua ini berlaku kerana satu punca.Ini semua hanyalah simptom2 bukan diagnos akhir.Doktor yang baik akan merawat diagnos akhir bukan hanya tahu merawat simptom.Mungkin hari ni kita boleh halang ni,halang itu tapi jika kita tak rawat punca sebenar,simptom2 lain akan muncul.

Apa punca masalah itu,lu pikir la sendiri.

Aku yakin,nak bina kefahaman dan keImanan bukan program sehari dua bahkan bertahun-tahun sampailah kita mati.Kita semua sebenarnya mampu untuk menjadi hamba Allah yang baik.Maksud aku hamba yang baik bukanlah mereka yang berjaya dalam akademik saja dan bukan inilah saja yang dapat membangunkan Islam sebagai cara hidup.Lihat sirah Rasulullah,berapa orang saja golongan ulama’ yang ada.Lebih ramai golongan yang biasa saja tapi berusaha secara luar biasa.

sekian dari bumi Irbid.

Jika aku ada tersilap langkah dalam mengharungi hidup ini,aku amat berharap ada yang tidak membiarkan aku dan sudi menarik aku dengan paksa sekalipun jika aku melawan.Doakan moga kita tergolong dalam mereka yang mendapat rahmat Allah.

Monday, November 30, 2009

ADHA 1430

السلام عليكم

كف حالك؟

كل عام و انت بخير

Bagi aku raya tahun ni boleh kata ‘best’.Ramai juga orang kata raya tahun ni lagi best.Suasana raya dapat dirasai walaupun berada jauh dari bumi Malaysia.Takbir rumah ke rumah,ada open house,melapah daging korban,makan sup tulang.Lebih kurang macam Malaysia la.Raya di perantauan tak terasa.

Sebenarnya statement di atas hanya bagi sesetengah orang sahaja dalam masyarakat melayu di tempat aku belajar ni.Ada juga yang tak sempat nak merasai suasana raya malah ada yang sehirup sup tulang pun tak sempat dimakannya.Alhamdulillah aku sempat.

Aku juga raya tahun ni macam tak raya.Bermula dengan raya pertama,aku terlepas solat raya walaupun masih berkesempatan tapi disebabkan pening2,aku malas pegi.Lepas tu aku terlepas pula takbir rumah ke rumah.Orang buat makan-makan juga aku terlepas.Orang melapah pun aku tak turut serta.Orang sibuk memasak hidangan untuk raya, rumah aku tahun ni tak buat apa-apa.Semua ni membuatkan aku jeles.Boleh kata raya adha tahun ni macam tak raya.

Walaupun kali ni aku terlepas banyak perkara,Allah itu maha Adil,banyak perkara lain yang aku dapat.Kebanyakannya semua pengalaman baru.

Dalam kesibukan ahli2 Permai lain nak pergi bertakbir di rumah pelajar perempuan selepas solat sunat raya,aku dan beberapa orang terpaksa pula bergegas ke ladang dan kemudiannya ke Husun.Dari pukul 8 hingga hampir maghrib aku tidak berada di Irbid.Salah satu pengalaman menarik beraya di perantauan yang banyak orang tak rasa.

Paling menarik aku rasa,aku berkesempatan untuk melakukan ziarah ke mukhayyam Irbid.Jika sebelum ini aku bayangkan lain,bila pergi baru aku tahu keadaan sebenar.Mukhayyam tu kalau tak silap wujud sejak 1951.Kira dah lebih 50 tahun mereka disini.Penduduk di situ dikatakan 24 000 orang.Dari segi fizikalnya keadaan mereka agak baik.Bukan seperti yang dibayangkan mereka tinggal dalam khemah atau seumpamanya.Ada juga yang masih kurang bernasib baik fizikalnya,ada yang hinggakan 15 orang tinggal dalam rumah 3 bilik.Jangan juga tertipu luarannya,rumah mereka semua nampak sama dari luar, tapi dalamnya lain.Ada yang betul-betul setinggan dan  ada juga yang luar setinggan dalam kondo.

Pertama kali ziarah ke sana,boleh rasa kelainan seperti ketika menziarahi bumi Dimasyq Syria.Kebanyakannya baik2 belaka.Namun mereka juga tidak terlepas dari serangan jahiliyah dan ada yang sudah tertipu dengannya.Bukan masyarakat arab yang akan mengembalikan Islam.Mereka yang berIman dan bertaqwa yang akan mengembalikan Islam tidak kisahlah apa bangsa sekalipun.(moga kita digolongkan dalamnya)

 P8250117

P8250098

 P8250110

Berkenaan dengan mukhayyam,pelbagai perkara yang aku belajar.Aku sebenarnya ditugaskan untuk buat video berkenaan sumbangan ahli PERMAI kepada mukhayyam tersebut,jadi ini kali pertama aku cuba mengedit video.Entah ok entah tidak kena tanya orang lain.Bagi aku puas hati la juga setelah sehari saja masa yang ada.Alfu syukran aku nak ucapkan kepada 2 orang member disini,Abdullah dan Hashemi sebab banyak sangat tolong aku dalam minggu ni.Aku taktau nak balas ngan apa.Hanya Allah yang mampu balas korang berdua.Terima kasih bebanyak.Terima kasih jugak kepada Hidayat dan lain2.

Diharapkan selepas ni aku diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar JUST setelah hampir 2 minggu aku tak study apa2 kecuali untuk exam minggu lepas(yang tu pun main-main).Minggu depan exam kedua akan bermula.Oh tidak!!!!  Dah banyak masa aku buang selama ni.Pathology akan mula dulu.Inilah subjek yang aku dapat paling rendah masa 1st exam.Kalau orang lain Patho mereka boleh sikit,aku yang tu lah paling rendah(padahal subjek lain pun rendah gak).

Monday, November 16, 2009

Nampak Mudah Tapi Penting

السلام عليكم و رحمة الله

Baru-baru ni aku ada mendengar satu peringatan atau dalam bahasa arabnya tazkirah.Isi utama tazkirah tu menceritakan serba sedikit tentang terjemahan dari surah Al-Zalzalah dan surah Al-Qari’ah.Kedua-dua surah ini menceritakan tentang hari akhirat.

Sebenarnya bukan ini yang saya nk kongsi dalam ni.Lepas tu ada sikit tambahan dari orang lain.Tambahan inilah yang menarik bg saya dan nk tulis dalam blog ni.

Antara point tambahan itu ialah,kita kadang-kadang perlu balik kembali kepada pengisian yang begini.Cerita balik tentang bagaimana keadaan kiamat tu.Bagaimana siksaan neraka dan ttg nikmat syurga.Supaya kita sedar balik.Biasa la,makin besar ni,kadang-kadang kita ni sibuk bincang perkara-perkara besar seperti dakwah dan bentuk khilafah,padahal perkara-perkara asas begini kita lupa.Kita ni memang perlu diperingatkan kembali kepada perkara asas begini.Tentang sifat-sifat Allah yang Allah itu Maha Melihat dan sebagainya.Tentang Rukun Iman dan Rukun Islam……

Bila cakap begini baru aku mula terfikir.Padahal penyampaian utama tadi aku terkesan pun.Bila ada tambahan yg kata kita ni perlu diperingatkan kembali yang Allah itu Maha Melihat,membuatkan aku terfikir.Aku tertarik dengan point ni.

Memang betul,bila makin besar ni,jarang orang nak sebut balik benda ni dan ingat balik perkara ni.Kononnya dah hebat la.Yang tu zaman sekolah rendah.Padahal yang zaman sekolah rendah itulah yang penting.Keyakinan kita kepada asma’ Allah perlu direfreshkan supaya bertambah keImanan kepada Pemilik kehidupan ini.Manusia ni mudah lupa dan alpa.Berapa ramai antara kita yang masih ingat akan asma’ Allah.Saya sendiri secara jujurnya pun makin lupa.Tak kisahlah jika terlupa.Ia bukan sekadar perlu bermain di mulut tapi yang utama penghayatan kita.Makin berkurang atau makin bertambah.Ini yang penting dan perlu kita semak kembali.Cuba kita duduk sebentar dan renung yg tersiratnya.

Dalam usaha bina menara KLCC contohnya,berapa dalam cerucuk yang perlu ditanam untuk menstabilkan bangunan yang bakal dibina.Kalau asasnya dibuat sambil lewa,alamatnya bangunan yang bakal dibina tak tentu siap dan jika siap pun tak tentu boleh tahan lama.Begitulah jika nak bina bangunan ummah,sudah pasti memerlukan asas yang lebih kukuh kerana binaan ummah bukan main-main dan bukan kecil.

Saturday, November 14, 2009

Baru Ku Sedari

السلام عليكم و رحمة الله

Apa khabar??Moga semua sihat-sihat belaka.Sihat fizikal dan rohani.Kepada yang tengah exam,moga Allah beri yang terbaik.

Sebenarnya jari ini terasa begitu berat untuk menaip sesuatu dalam blog ini setelah sebulan lebih tanpa satu post.1st time membiarkan blog ini lama tanpa sebarang post.Walaupun sebelum ini macam ada idea utk buat post,tetapi berlakunya beberapa kekangan dan seboleh-bolehnya saya tidak ingin menulis sesuatu yang sia-sia.At least ada la satu dua isi(kalo boleh la)

Bila masa berlalu,satu demi satu masuliyah bertambah.Inilah yang aku rasai kini.Menuntut dalam tahun 2 perubatan membuatkan aku sedar tinggi rendah dunia medik.Jika masa tahun 1 boleh lagi berlagak mengatakan medik tidak la sesusah khabar,tapi kini tak tahu la nak kata apa dan mungkin mengiakan saja khabar yang sudah ma’ruf itu.Tapi aku pasti semua perkara bukan senang dan bukan setakat medic.Hidup ini makin bertambah dugaan dan ujiannya bukannya makin berkurangan.

Ni nak cerita sikit pasal exam kat sini sebab kini aku sedang melalui first exam 2nd year.Jika dulu boleh dikatakan nak kejar atas 25/30 ,kini bila dapat 20/30 pun dah syukur.Alhamdulillah di sini aku mempunyai kawan-kawan yang selalu beri peringatan “markah tak menentukan apa2,yg penting ko usaha,skor tak skor terserah pada Allah”.Tapi masalahnya usaha pun kurang.Dua2 tak dapat.

Bila difikirkan kembali,kadang2 perkara yg susah lah yg mematangkan dan menguatkan kita.Tanpa ujian dan dugaan kita akan tetap berada di takuk yang lama.Dugaan dan ujian bukan untuk melemahkan tapi ia untuk menguatkan.

Allah ada berfirman yg bermaksud “adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal kamu belum diuji seperti orang yg terdahulu dari kamu”

Allah akan menguji setiap sudut kehidupan kita.Kalau harta lepas,Allah uji pula dgn wanita.Kalau yg tu pun lepas,Allah uji pula dengan benda lain.Bila berjaya setiap ujian barulah kita mempunyai Iman yg pure.Kita x boleh claim kita berIman jika kita hanya bersenang lenang kerana sunnatullah mereka yg komitmen pada Islam akan melalui pelbagai kesusahan.Jika selama ini kita bersenang-senang tanpa susah,check balik diri.

Sebenarnya aku nk aplikasi dalam dunia belajar aku sekarang,Semakin kita belajar mesti makin susah dan makin banyak kita akan rasa tak tahu.Takkan makin senangkan bila makin meningkat tahap??

My parent selalu cakap bila belajar memang susah.Serupa juga bila mengadu makanan panas,memangla panas dah masak dengan api.Kalau takutkan ombak jangan bermain di tepi pantai.

~moga Allah beri kita kekuatan~

Tuesday, September 29, 2009

Setahun Jagung


(dialog dibawah berkemungkinan ada unsur tokok tambah)


"nta skrg ni kt msia ke??"
"knp balik xbgtau??"
"bila nta balik??"
Inilah antara reaksi shbt2 aku bila aku contact atau jumpa mereka sekembalinya ke Malaysia.Alhamdulillah aku diizinkan Allah utk bertemu beberapa org shbt aku sepanjang cuti sebulan ni setelah aku merantau sekejap ke Perlis dan Kuala Lumpur.Kpd shbt2 Matri Gen13 yg sempat ku temui,ana amat seronok dpt jumpa antum.Aku mmg xbgtau sesapa pun aku akan balik tahun ni.Cuma family aku je yg tau.Bukan apa,malas kecoh.Bukan ada apa pun.Bila shbt aku tanya "bila balik msia??",aku pun jawab "knp tanya camtu,x pergi mana2 pun camna nk balik." hehe...

"laa,nta ada sini,bila balik?"
Ini pulak respon ustaz Abdul Hadi bila terserempak dgn aku di Matri.Mana tidaknya,2 minggu sebelum tu aku baru jumpa beliau di Jordan semasa beliau singgah sebentar di Jordan sebelum menuju ke Makkah.Dikatakan ustaz2 aku menaruh harapan yg tinggi kpd lepasan khassah(tingkatan 6) yg kini menuntut ditempat yg sama dgn aku tetapi berlainan universiti.Disebabkan itu ustaz2 aku sanggup singgah sebentar di Jordan utk lihat anak murid mereka.Tetapi aku bukanlah dlm golongan itu,aku cuma tercampak ditempat mereka diletakkan.Bila jumpa kali ni,dia dh cam aku dan siap tahu nama aku.Masa kt Jordan,beliau xbrp cam.Habis di sebut nama aku ketika sesi ceramah selepas iftar jamaie Matri.Segan aku masa tu.Biasalah aku,low profile.

"nta sambung blajar mana skrg??"
Ini pulak pertanyaan junior di Matri.Ramai yg aku sudah x cam.Semua dah membesar dan berubah fizikal.Bila depa tanya mcam ni,aku pun jawab "x mengaji mana pun".Bila depa paksa lagi,aku pun jawab "mengaji dekat UST(uni sc n tech)".

"dah balik ke makhluk ni"
Ini pula reaksi tok aku bila aku jumpa dia setealh setahun x jumpa.Mula2 tok aku ingat abah mak aku dtg macam biasa je,rupanya aku ada sekali.Inilah satu2 nya tok aku yg masih hidup.Moga Allah berkati umur beliau.

"macam mana cerita orang Jordan?"
Ini pulak pertanyaan pak sedara aku kpd ayah aku.Ayah aku balas "tu dia" sambil menunjukkan ke arah aku.Barulah perasan aku ni ada kt situ.

"macam dh duk lama kt Jordan"
Ini adik aku yg cakap bila aku cerita serba sedikit keadaan di tempat aku belajar.Hampeh betul dia ni...

"tu sapa?"
Ini pulak pertanyaan kawan2 mak aku.Walhal mereka mengenali abg2 aku.Dikatakan aku ni agak bertubuh kecik.Aiyo,ingatkan badan dah makin besar sikit lepas makan byk kt Jordan.

"macam mana kt Jordan??"
"bes x duk sana??"
Ini soalan paling famous yg ditanya dan soalan ni yang susah aku nk jawab.Sapa boleh tolong aku jawab??

Sebenarnya skrg ni xda idea nk tulis apa.Ditambah dengan masalah dalaman,lagi menyebabkan aku malas.Last2 dpt idea nk tulis seperti diatas.Jadi apa pengajaran yg kita boleh dpt dari atas:

-jgn balik bila baru setahun merantau ke negara orang...hehe


Sebelum terlupa,nk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN kpd mereka yg berjaya menundukkan nafsu utk dijadikan bekalan 11 bulan kemudian.Taqabbalallahuminna wa minkum..
Bak kata orang zaman lani, "puasa sebulan,raya pun sebulan la".Betulke??
Fikir2lah sendiri.Jadi rasanya masih belum terlambat ucapan ni.

Wednesday, September 16, 2009

Yang Senang Itu Susah


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Mungkin post ni agak out of date sikit,tapi biarlah.Sejak akhir-akhir ni aku dah boleh agak perkara apa yang nak dibualkan bila dihubungi member2 JUST 08.Soalan yang tak boleh lari iaitu

"berapa muaddal ko??"
"sapa yg dpt deanlist ea??"

Inilah soalan paling kerap ditanya bila dihubungi.Ada masa2 tertentu naik menyampah jugak tambah2 bila baca komen dekat shoutbox buletinkita.Aku pun mungkin macam tu jugak bila buzz member2 lain.Sikit2 tanya pasal result.Kalau di shoutbox blog buletinkita pun boleh lihat,masing2 pakat tertanya-tanya result member2 lain dan sapa dlm kalangan JUST 08 yang muaddal sanawi dia mumtaz.Dan aku ni kekadang jenis x kisah kalau org tau markah aku kalau aku tau org tu akan bgtau jugak,dan kekadang jenis kisah kalau org tu berat nk mampuih bgtau markah.Dan aku tau selalu nya yg berat nk bgtau ni ialah skorer krn mereka nk jaga hati dari sebarang penyakit takbur dan riak.Aku ni jenis average.Beruntung aku dapat member2 mcm ni.

Ketika kami mula memasuki fasal soifi(summer sem),kami telah diberi peringatan,nasihat dan tunjuk ajar dari senior2 tentang apa yg kami bakal tempuhi dan bagaimana caranya.Dan rata-rata orang mengatakan subjek pada fasal soifi lebih mudah dan masa nilah nak cover balik muaddal(peratus) subjek di fasal lain.Ntah kenapa aku sekali lagi apa yang dikatakan senang menjadi susah keatas aku.Banyak yg mengatakan biochem lebih mudah dari organic chemistry dan kalau subjek natural resources pulak boleh skor 100.Tapi bila dinisbahkan pada diri aku,yg sebaliknya berlaku.Bagi subjek natural resources,dpt 80 pun dh kira untung.

Ketika final exam biochem yg lalu,boleh dikatakan tiada satu soalan pun yang aku konfiden dengan jawapannya.Semua aku pakat hentam dan keputusan final tentulah tidak cemerlang dan alhamdulillah lepas separuh.Aku rasa kemungkinan besar doktor bagi bonus.Inilah subjek yg dikatakan lebih kurang macam subjek anatomy.Kena banyak hafal.Awal-awal lagi dh agak mesti lagi susah walaupun orang kata senang.

Aku ni sebenarnya bukanlah jenis yg kuat mengingat dan mudah memahami pelajaran.Tu pasal kadang-kadang aku rasa aku ni x layak pun dgn markah yg aku dpt.Aku ni bila org tanya satu apapun payah nk jawab tapi dlm exam alhamdulillah Allah masih beri sama ngan org lain.Tak tau la ni istidraj ke apa.Kalau istidraj minta dijauhkan dari Allah.

Di atas ni cerita pertama yg berkaitan tajuk.Ni ada cerita ringkas yg kedua:

Dulu,seorang murabbi aku selalu quote kan kata-kata "kenikmatan tidak akan diperoleh dengan kenikmatan".Lebih kuranglah jugak dengan peribahasa melayu yang mengatakan "bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian".Bagi manusia yg dikurniakan Allah akal kpdnya,tentu kita dapat fahami maksud di sebalik ayat ini.

Umumnya,manusia selalu melihat kesenangan yg diperoleh tanpa memandang kesusahan yg diperoleh untuk mencapai kesenangan itu.Manusia selalu memandang natijah tanpa mengkaji prosesnya.Sudah menjadi sunnatullah,kejayaan tidak akan diperoleh dengan bermalas-malasan.

Begitulah dalam mencapai syurga Allah,Allah menuntut pengorbanan setiap apa yg terdapat pada diri kita.Bermula dari harta hinggalah nyawa.Barulah dapat merasai nikmat syurga.Syurga itu mahal harganya dan dan kita juga perlu bayar dengan harga yg mahal.Jalan menujunya tidak mudah yg disangka.Seperti yg selalu dikatakan ulama' abad ini, jalan tarbiyah tidak dihampari dengan karpet merah tapi dibentangi dengan onak dan duri.Pelbagai kesusahan perlu ditempuhi utk mencapai kesenangan yg hakiki.

Satu hadis Rasulullah yg maksudnya Islam diakhir zaman bagaikan bara api.Cuba kita pegang bara api,berapa lama boleh tahan.Begitulah Islam pada zaman kini.Untuk iltizam dan tunduk patuh pada suruhan dan larangan Allah bukan sesuatu yg mudah.Nafsu dan syaitan tak pernah penat sentiasa menyuruh kita bertindak sebaliknya.Kita perlu sanggup beri apa yang kita ada utk iltizam dlm jalan Islam seterusnya menuju ke arah redha Allah.

Tuesday, September 15, 2009

Giliran Kita

 

السلام عليكم و رحمة الله

Baru aku perasan setelah aku kembali ke malaysia,aku tak update satu apapun dalam blog ni.Kemalasan diri serta tiada idea yang berpunca dari lemahnya Iman menyebabkan aku rasa berat untuk menulis.Kalau nak ceritakan tentang aktiviti setelah separuh percutian aku atau tentang perbandingan Malaysia dan Jordan,insya Allah kalau diberi kekuatan,nanti aku coretkan sikit.

Baru-baru ni,aku dikhabarkan dengan satu lagi kematian warga pendidik Matri iaitu cikgu Zainuddin Jusoh.Arwah pernah mengajar aku ketika aku di tingkatan 3 kalau tak silap.Ini merupakan kematian ke 3 yang berlaku dalam kalangan pendidik Matri.Ketika Cikgu Abdoh datang melawat ke Jordan baru-baru ni,beliau cerita yang ketika kematian Umi dan Sir Ghazali,cikgu Zainuddin kata “kenapa orang lain yang pergi dulu,padahal ana yang sakit lagi lama dari mereka”.Dan kini,Allah lebih sayangkannya.Semua ini berlaku dalam tahun ni.

Dan mereka telah wariskan satu tugas yang amat berat kepada generasi seterusnya.Pemergian 3 orang murabbi menyebabkan aku terfikir adakah sudah tiba masanya giliran generasi baru pula.Ya,sebenarnya sudah lama tiba giliran kita.

Murabbi atau syuyukh yang lain juga sudah lanjut usia.Generasi mereka kian hilang dan perlu diganti.Mereka pun sebenarnya mewarisi tugas itu dari generasi terdahulu.Seperti yang As-syahid Imam Hasan Albanna pernah cakap “kita bukanlah memulakan tugas ini,tetapi kita hanya menyambung tugas yang telah dimulakan oleh Rasulullah”.

Usia dakwah bukan usia individu.Ia perlu diteruskan dari satu generasi ke satu generasi.Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke natijahnya.Kini giliran kita untuk menyambung tugas yang telah diamanahkan oleh Rasulullah saw sendiri.Masalahnya,sudah bersediakah kita??

Kita patut syukuri kerana telah dipilih Allah untuk diberi sikit kefahaman dan kesedaran Islam,jadi kita perlu balas kasih sayang Allah ini dengan mensyukuri nikmat ini dan seterunya menggunakan nikmat ini sebaiknya.Allah bebas memilih orang lain untuk mewarisi tugas ini jika kita menolaknya.Tidak mustahil Allah akan memilih dalam kalangan mereka yang sekarang ini kafir untuk memikul risalah ini.

Wednesday, August 26, 2009

26 Ogos

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah dengan izin Allah,kita masih dibenarkan untuk berada dalam penghulu bagi segala bulan iaitu bulan Ramadhan.Kesyukuran yang tidak terhingga sepatutnya kita rasai kerana masih diberi peluang dan kita mestilah membalas kasih Allah dengan menggunakan segala peluang dan pemberian Allah ini dengan semaksima mungkin, insya Allah.

Pada saat post ini ditulis,aku telah menamatkan pengajian tahun pertama aku di JUST.Tiada lagi istilah sanfur (1st year) lepas ni.Habis tu apa result 1st year??

Tak tahu aku nak jawab apa.Aku merasakan summer sem kali ni agak teruk.Walaupun carry mark agak ok bagi aku,namun final exam benar-benar membunuh,Aku jawab soalan biochem tanpa meyakini satu soalan pun aku betul.Semua pakat agak ikut naluri.

Tapi entah kenapa akhir-akhir ni,aku agak gembira walaupun telah melalui final exam dengan teruk.

Pada tarikh ini pada setahun yg lalu telah berlaku satu peristiwa yang agak bermakna dalam hidup aku.Kepada budak2 Jordan tentu boleh agak apa peristiwa tersebut.Pada setahun yang lalu aku  telah memulakan permusafiran menuntut ilmu aku di bumi Jordan.

Suka aku untuk cakap yang aku sebenarnya tak pernah menaruh harapan yang besar pun untuk menyambung pelajaran ke Jordan dan dalam bidang perubatan pulak tu.Sahabat sekolah menengah aku dulu disini pun macam tak percaya.Mungkin aku pernah berimpian untuk kesini tapi aku tak pernah percaya pula impian itu akan jadi kenyataan.Jadi aku rasa amat beruntung berada disini.

Pelbagai perkara baru aku pelajari disini.Bermacam-macam pengalaman yang telah tempuh walaupun pada hakikatnya tak lah banyak sangat.Disini aku dilihatkan dan didedahkan pada keadaan sebenar yang mana tiada siapa lagi yang mengawal dan mengerah kita.Segalanya terserah kpd kita.Kehidupan yang amat berlainan dari sekolah,keadaan yang amat berlainan dengan suasana rumah dan yang pastinya ia benar-benar menguji sejauh mana kebenaran Iman aku pada Allah swt.Dan aku akui banyak kali aku tertewas dengan hasutan syaitan.Aku tertarik dengan kata-kata seorang abang yang mengaji di Syria, ”setan ni memang jahat.dia akan terus hasut kita.tambah2 kita yg berada di syams, jeneral setan yang mai hasut kita”

Setahun yang lalu,aku agak risau bila nak mai sini.Sapa yang ada dan aku kenal.Namun Allah izin,tahun lepas jugak ramai keluaran Matri mai Jordan ni.Boleh la jugak aku tumpang kekuatan mereka ini.Aku amat bersyukur bila aku ditempatkan bersama-sama mereka.Terima kasih kepada akhi Sahel yang banyak membantu aku.Terima kasih juga kpd senior Jordan akhi Ikhwan Subberi kerana byk juga bantu aku walaupun kita sebenarnya baru mengenali setahun.Namun aku yakin inilah yang dikatakan ukhwah Islamiyah.

Aku bukanlah seperti sahabat-sahabat aku disini yang bertanya sana-sini sebelum datang kesini.Yang ustaz-ustaz cadangkan.Biasa la low profile.Aku pakat redah je ke sini dan dengan izin Allah aku tidak dihantar ke mesir tapi dihantar ke Jordan bersama-sama mereka.

Kalau orang dengar mengaji dekat Jordan tentu expectation orang akan tinggi walaupun baru setahun dan bukan mengaji syariah.Inilah yang aku agak takut.Bahasa Arab aku pun tak power lagi,english makin tungganglanggang,bahasa pun dah berbelit-belit.Janganlah menaruh harapan yang tinggi pada aku terutamanya.Sebenarnya tiada beza pun orang yang mengaji di Jordan dan Malaysia jika dia tidak menggunakan peluang yang ada dan aku adalah antara orang yang mungkin boleh kata tidak menggunakan peluang.Malas aku nak beri alasan,semuanya aku akui aku memang malas menggunakan peluang.Moga Allah beri aku kekuatan.

Dan pada tarikh ini pada tahun ini,insya Allah aku akan balik bercuti untuk beraya bersama keluarga.Sapa yang baca post kali ni,kira hampa lah orang pertama di Malaysia selain keluarga aku yang tahu aku akan balik.Nampak macam aku ni manja pulak.Baru setahun dah balik.Tapi apa nak buat,nasib pelajar JUST,bila dah ditetapkan raya dalam cuti,baik jangan lepaskan peluang.Taktau bila lagi akan dapat.Insya Allah aku akan bercuti lebih kurang 5 minggu dan akan kembali ke Jordan 4 hb Oktober.Kepada sahabat2 yg mungkin terbaca post ni insya Allah ana masih guna nombor lama 013-4749722,jadi kalau ada apa2 boleh la kita contact dan jumpa.Ana teringin nk jumpa balik shbt2 lama.

wasalam.

Friday, August 7, 2009

Ramadhan Dekat Dah Ni...

 

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah dengan izin Allah,Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bakal tiba.Dan jika masih dipanjangkan umur nanti,aku akan ber "Ramadhan" kali kedua di bumi Irbid,Jordan.

Bila nak tiba Ramadhan,ini juga menunjukkan hampir setahun aku bermusafir ke sini.Setahun boleh kata satu tempoh yang agak lama dan selalunya expectation orang tentulah orang macam aku dah mantap habis.Aku pun ingat macam tu dulu.Tapi apa yang berlaku kat aku bukan seperti yang dibayangkan dan diimpikan.Aku pun tak tau apa yang dah aku cuba buat sepanjang musafir disini.Memang betul la impian takkan jadi kenyataan kalau tak cuba realisasikan.

Terbuktilah Iman itu bukan satu angan-angan,tapi sesuatu yang diyakini dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.

Kalau tahun lepas aku fikir tahun ni aku nak tingkatkan persediaan diri sebelum masuk Ramadhan sebab tahun lepas aku menyambut Ramadhan dalam keadaan yang agak kalut sebab nak prepare untuk fly.Maka tahun lepas aku tak bersedia sangat untuk Ramadhan.Ingatkan tahun ni lebih bersedia tambah-tambah akan duduk Jordan setahun.Tapi kali jni serupa jugak macam tahun lepas.Lip lap lip lap,dah separuh syaaban berlalu.Setengah bulan lagi Ramadhan akan tiba.Tapi tak rasa apa pun.

Dah nak dekat setahun aku duk sini.Solat bukannya bertambah khusyu',hati bukan makin sensitif dengan dosa.Mohon Allah beri aku kekuatan.

Bila dengar nasyid kat atas,sayu aku bila kaitkan dengan diri aku.Baru-baru ni aku ada dengar penyampaian tentang 'umat yang berada di persimpangan'.Penyampaian yang lebih kepada muhasabah.Jika aku yang menerima dan mempunyai sikit fikrah Islamiyah turut berada dalam persimpangan,sapa yang nak bawa ke arah jalan yang betul.Takkan nak biar Allah gantikan dengan orang lain??

Kekuasaan Allah tidak sekali-kali akan berkurang jika kita lemah,kekuasan Allah juga tidak akan bertambah kalau kita kuat.Tapi kita yang mengharapkan rahmat-NYA.Allah boleh memilih orang lain kalau kita memilih untuk berada di persimpangan.

Kepada sesiapa yg terbaca post kali ni,aku nak pesan satu perkara untuk diri aku dan semua,kita sebenarnya masih belum terlambat selagi malaikat maut belum menjemput kita.Tetapi kita tahu ke bila malaikat maut nak jemput kita??(kalau tau mai habaq kat aku)

اللهم بلغنا رمضان~~

(maafkan lagi sekali keluhan)

Wednesday, August 5, 2009

Kisah Summer Sem

السلام عليكم

Agak lama kali ni aku tak tulis sesuatu untuk blog ni.Bila tengok dekat link dekat blog orang lain,blog ni dok bawah,menunjukkan dh lama aku tak update.kali ni pun aku tak tau nk kongsi apa.Bila xda sesuatu macam mana nk kongsi kan??   Akhir-akhir ni aku rasa lemah sangat.Bermacam-macam perkara mula datang kat fikiran aku ni.Kadang-kadang rasa macam nk berserah saja kpd takdir tanpa lakukan apa-apa.Akhir-akhir ni juga aku rasa malas sangat walaupun sebelum ni malas jugak tapi kali ni lagi malas.Maksud aku bukan malas baca buku,tapi malas benda lain.

Post kali ni pun bukan apa sgt,sembang2  ja.Aku merasakan entah kenapa aku ni sebenarnya tak layak pun berada dlm kapal dan jalan yang aku berada sekarang ni.Banyak sangat kelemahan dan kekurangan dan masalahnya aku tak tau pun apa kelebihan aku.Aku takut akan menyusahkan orang lain.Aku xnak sebab aku,perjalanan orang lain tersangkut.Bila diketuk pun aku tak mampu lakukan dgn sempurna apatah lg kalau tak diketuk.

ok dh sikit2.

.......

Kembali pada tajuk utama.

Summer sem yang padat dan memenatkan merupakan satu perkara lagi yang menguji.Bila balik ke rumah memang penat.Pelajaran minggu lepas belum faham lagi,yang hari ni pun tak faham gak,esok doktor ajar benda baru pulak,aku pun taktau bila nak cover semua tu.Masuk kelas pun nk cukup syarat saja,padahal satu apa pun x masuk.

Masa summer sem yang padat ni jugaklah mesyuarat agung persatuan-persatuan kat Jordan ni berlangsung.Boleh kata semua persatuan kat Jordan ni dah beralih kepimpinan.Aku ada la jugak terlibat dalam perlaksanaan mesyuarat dan aku amat bersyukur aku tak ditaklifkan apa-apa dalam persatuan.Tahniah kpd yang ditaklifkan.Boleh jadi taklifan ni menguntungkan atau merugikan.Kepada AMM Permai(kalau terbaca blog ni),aku tak janji apa-apa sebab aku ni bukan jenis yang rajin sgt.

Dekat Jordan ni,aku masuk 2 persatuan negeri iaitu Perak dan Kedah.Yang utama ialah Perak.Tapi ramai orang ingat aku ni Kedah,tau la aku x pandai cakap loghat Perak.Lagi satu mungkin sebab aku lebih banyak (mcm byk sgt) tolong Kedah kot,tu pasal orang ingat aku Kedah.Sebenarnya aku tak pernah berdaftar dgn kedah pun,entah macam mana boleh kantoi ic aku 02 kat tgh.Baru-baru ni aku terlibat tolong jadi pengerusi masjlis mesyuarat Perak, banyak aku tersasul.Yang Perak tertukar jadi Kedah.Macam mana la dalam mesyuarat Perak aku boleh tersebut Kedah,malu la jugak time tu,tp buat taktau je la.Aku tersasul sebab aku jugak ada jadi ajk untuk mesyuarat Kedah untuk keesokan hari,tu pasal habis tercampur semua.

DSCN2188

Family Day MPKJ di Hutan Dibbeen

DSCN2144 

ditugaskan sbg SPR

Keesokan harinya,Kedah dan Perak masing-masing buat family day di tempat yang sama.Lagi sekali aku rasa serba salah.Tapi aku tetap pi yang Kedah punya sbb aku kena jadi ajk walaupun aku ahli rasmi Perak.Segan aku masa bertembung dgn org Perak.Lepas tu aku terpikir,baik aku jadi rasmi Kedah.Tapi bila dipikir balik xnak aku jadi rasmi Kedah,sekutu cukup.

Kalau nak baca lagi ttg Family Day MPKJ,klik Majlis Pelajar Kedah Jordan kat ruangan persatuan di Jordan di sebelah kanan.

Final exam untuk summer sem ni berdasarkan dalam laman web insya Allah akan berakhir 26 hb Ogos.Kira agak awal dari jangkaan.Nampak macam best tapi hakikatnya perit.Pasti doktor akan tingkatkan kelajuan mengajar untuk kejar silibus.yang jenuh aku untuk ikut rentak doktor.Bila aku menjelajah ke blog-blog budak-budak sini,mesti ada tertulis tentang balik Malaysia.Semua dah pakat homesick.Takpalah,bagus la tu teringat rumah cuma jangan biarkan ia ganggu pelajaran pulak.(macam aku tak ingat rumah pulak)

Baru-baru ni jugak,aku ada tertengok video reunion batch aku.Jeles aku.tapi takpa,ukhwah itu tak semestinya kena jumpa,selagi mana kita berpegang pada tali Allah,selagi itulah kita berukhwah.Lagi kuat kita pegang pada tali Allah,lagi kuat ukhwah kita.

ok wasalam.

Wednesday, July 15, 2009

Tempat Tak Dapat Menyucikan Seseorang

بسم الله الرحمان الرحيم

makkahKalau korang perasan,pada pos selesai fasal thani yg lepas,aku ada tulis tentang frasa diatas.Kali ni,aku tergerak untuk huraikan sikit takut-takut ada orang tertanya-tanya.Kalau korang dah faham pun,cuba baca jugak yang seterusnya untuk tahu dengan jelas apa yang aku ingin sampaikan.

Sebenarnya ayat lebih kurang ini aku macam pernah dengar dulu,cuma timbul balik bila aku pergi Makkah.Dekat Makkah aku ternampak satu tulisan dekat beg kecil yang selalu jemaah(tak pasti indonesia atau Malaysia) tanah haram pakai yang tertulis "Penyucian Jiwa Di Tanah Suci".Aku bila pandang tulisan tu dalam otak aku 100% tak setuju.

Sebab apa aku tak setuju.Kalau betul,mudah lah.Kumpul duit sikit,pergi Makkah,balik jadi soleh.Pergh,best giler kalau macam tu.Senang saja nak bersihkan jiwa.Kalau betullah juga,sudah ramai artis yang pergi menunaikan umrah tetapi bila balik,kenapa tudung yang sentiasa atas kepala di haramain sudah ditanggalkan dan kalau betullah,tiap-tiap tahun berjuta-juta umat Islam ke haramain tetapi kenapa umat Islam masih lemah.

Habis tu apa yang dapat mengubah seseorang itu.Sebenarnya yang mengubah seseorang itu ialah proses yang terdapat di situ.Tidak lain tidak bukan proses itu ialah tarbiyah Islamiyah.Apabila nama pun proses,sudah pasti ia ada langkah demi langkah.Bukan terus-terus jadi soleh.Serupa macam proses nak buat kereta,bukan dari besi terus jadi kereta.Dia ada step-step dia.Begitulah proses tarbiyah.Proses inilah yang merubah seseorang,bukan tempat.Seperti yang Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur sebut,"tarbiyah bukan segala-galanya,tetapi segala-galanya boleh dapat dengan tarbiyah."

Kalau pergi ke tanah suci sekalipun,kalau tak ikut proses-proses(bukan proses nak pergi,maksud disini ibadah disana),macam mana nak sucikan jiwa.Kalau pergi pun untuk bermegah-megah dan melancong,apa cerita.Dekat Makkah lahirnya  para sahabat dan dekat sana juga lahirnya Abu Jahal.Kalau nak harapkan proses diri hanya di sana semata-mata,ini pun tak guna juga.Nak membersihkan bukan sesenang mengotorkan.Takkan 10 hari umrah atau sebulan pergi haji sudah mencukupi.Perkara-perkara baik yang dilakukan wajar diteruskan dan tidak terhenti bila kaki menjejakkan kaki ke tanah air.Macam ni barulah berkesan.

Ini hanyalah salah satu contoh.Sebab perkara ini bermain semula dalam kepala aku  ketika di Makkah,maka aku bagi contoh Makkah.Ketika itu pun,aku merasai aku sebenarnya masih belum bersedia untuk ke sana dan bila aku balik entah kenapa aku tak merasai apa-apa.Dan ketika itu memang aku rasai tempat tak dapat menyucikan seseorang.

Mas'ul aku pernah beri satu analogi,ada sehelai baju yang diletakkan tepi mesin basuh.Adakah baju itu akan bersih kalau sekadar letak kat tepi dan tak masukkan kedalam.Biar bertahun-tahun pun baju itu takkan bersih.Ini ialah perumpamaan yang digunakan utk menggambarkan sekolah menengah aku dulu.Kalau tak duduk dalam proses tarbiyah yang sekolah sediakan,duduk 10 tahun pun tak guna.Bagai berada dalam lombong emas,kita yang perlu gali untuk dapat hasilnya.Lombong itu tak memberikan kita kekayaan,emas yang digali itu yang memberikan kita kekayaan.

Begitulah juga sebaliknya.Tempat juga tak dapat mengotorkan seseorang.Perkara yang terdapat di tempat itu yang mengotorkan.Kalau pandai bawa diri,dia mampu menepis kekotoran yang terdapat di situ.

Bukan semua produk Matri bagus,bukan semua produk Jordan bagus(contohnya aku).Kita tak boleh lah bergantung harap dan berbangga pada tempat semata-mata.Cuma tempat yang berlainan menyediakan suasana berbeza.Macam lombong emas dan lombong timah.Sudah pasti terdapat perbezaan pada keduanya,kalau yang di lombong emas malas bekerja manakala  yang di lombong timah rajin,yang bekerja di lombong timah boleh jadi lagi kaya.Tapi kalau yang di lombong emas itu rajin bekerja,sudah tentu dia lagi kaya.Mungkin tulisan kali ini nampak macam satu alasan untuk aku melepaskan diri ataupun alasan utk orang lain.Suka hatilah nak fikir apa,tapi itulah hakikatnya.

Wednesday, July 8, 2009

Setelah 4 Hari Di Fasal Soifi

السلام عليكم

Hari ni dh masuk hari ke-4 kelas pada semeter musim panas.Alhamdulillah akhir2 ni,cuaca tidak terlalu terik dan panas.Maka x la terlalu memeritkan ketika di jamiah.Tambah2 kena pegi jamiah bila matahari dah terpacak atas kepala.Selamat dewan ada aircond,lega banyak.

Semester kali ni memang best dan memeningkan bagi budak2 sanfur(1st year).Subjek ikhtiari(elective) yg sepatutnya subjek penenang bertukar jadi subjek yang memeningkan.Ingatkan bila kelas mula boleh selesai,ini tidak.Isu bahasa pula yg timbul.Macam yg ditulis Idris,setelah berulang kali berdoa diraudhah,rezeki memang kurang semester ni.Aku rasa bukan kurang,cuma Allah tunda sekejap nak uji kita.

Subjek ikhtiari yg kami mula2 tasjil,semuanya dalam bahasa arab.Principle Psiko,contemporary problem dan intro to management sc(IMS),semua tu dlm arab.Exam pun dlm bahasa arab.Mana x gelabah budak2 sanfur.Arab pun x masyi,ini nak belajar dalam arab pulak.Serupa macam PPSMI la,english x masyi lagi,nk belaja sains math dlm english pulak.Dah la sains math pun tak power. (Ops keluar topik...)Nak salahkan jamiah x boleh,dah Jordan ni bahasa dia bahasa arab.Bukan english.Ada la jugak subjek ikhtiari in english,tp dh habih kena sapu dengan senior2 malizi dan arab yg tasjil awal.

Last2 masa add n drop subjek,ada madah dlm english yg kosong.Alhamdulillah dpt masuk...Nak tasjil pun memerlukan perancangan yg rapi.Tempat terhad,kena cepat la.Jenuh jugak memikirkan nk rebut mana satu.Akhirnya aku pilih untuk rebut kelas yg berkemungkinan besar x ramai yg rebut dan kurang perempuan malizi.Bukan apa,segan.Mungkin sebab masa sekolah menengah dulu,sekolah aku asing laki prmpn.Maka aku pun tak pelik sangat bila dgr ada prmpm malizi yg cuba cari syukbah yg kurang laki malizi.Boleh kata 'adi.Walaupun sbnrnya bukan ada apa pun.Awal2 dulu aku amik IMS pun sebab xnak ramai sgt la.Sebab segan jugaklah aku ubah link blog ni.Nak kurangkan pembaca(mcm ramai pulak baca).Dah la aku tulis dlm ni ntah apa2.

Tempat untuk tasjil pun satu problem.Aku buat keputusan untuk tasjil dkt jamiah,sebab kalo aku dpt kelas apa yg aku nak,lepas tasjil aku nk terus pi kelas baru.Aku ajak sekali member aku sini (Afnan) utk tasjil dkt jamiah.Mula2 aku ingat boleh ja tasjil dkt maktabah sebab situ ada komputer,tapi komputer maktabah x leh akses laman web utk register tu pulak.Gelabah aku cari komputer.Nak balik dh x sempat.JUST dgn rumah bukan dekat.Then dtg idea utk tasjil dkt lab computer.Nak try minx izin guna.Lorh....rupa2nya bkn aku sorang nk tasjil dkt jamiah,ramai lg nk tasjil.Satu demi satu lab aku masuk,semua komputer digunakan.Masa time tu tinggal lebih kurang 15 minit,komputer x dpt lg.Time tu aku dh pasrah dh.Bila balik rumah nanti baru tasjil.Kalo ada kosong,ada la,kalo xda,terpaksa menyelit secara manual la.Kemudian kami baru teringat akan sebuah lab komputer yg besar,10H.Berkejar la ke situ,alhamdulillah ada komputer kosong.Selesai satu masalah.

Berperang pula.Alhamdulillah berjalan lancar.Cuma member aku Afnan saja ada problem sikit.Lupa nak hazaf dulu subjek yg bertindan.Patutla dia xleh tasjil.Ikhtiari yg dia nk dpt,subjek utama pulak xdpt.Akhirnya dia buat keputusan utk daftar manual.Pasal berebut ikhtiari.Ingatkan perang sengit.Rupanya agak mudah berbanding jangkaan.5 minit lepas aku tasjil pun masih ada tempat.

Hari ni alhamdulillah semua insya Allah selesai.Cuma subjek visual basic dr x masuk lg.Visual basic aku pun best gak,hanya 16 dr 50 tempat yg diisi.Kiranya dh 4 hari aku masih x blajar VB.Ikhtiari alhamdulillah dr ulang balik dari awal.Mudah sikit.Xyah baca sendiri.

Akhir kalam,aku yg malas ni lg sekali kagum dgn member sini,pegi jamiah dh usung buku teks biochem,terselit pula dlm tu nota.Ada jugak yg dh start study VB.Memang aku respek la.Seminggu pertama pun belum habis lg.Doakan aku boleh bukak buku biochem mlm ni.Content pun x tgk lg nih..

Thursday, July 2, 2009

Sabaq

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya nak mulakan entry pertama blog ini setelah diubah nama dengan satu perkongsian teantang sabar.Sikit saja yang nk dikongsi.

Lazimnya,apa yang kita faham tentang sabar.Adakah ia hanya pada ketika ditimpa musibah atau kecelakaan? Seperti yang kita selalu dengar bila berlaku kehilangan orang tersayang atau apa-apa saja musibah,kawan kita akan pesan,sabarlah.

Dalam Surah Al-'Asr yang kita selalu baca atau dengar,golongan yang tidak rugi ialah mereka yang beriman dan beramal soleh,berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.Apa yang dimaksudkan dengan kesabaran disini??

Berdasarkan apa saya baru tahu dari perkongsian seorang senior disini,sabar ni ada 3 jenis atau peringkat.Sabar jenis pertama ialah sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah.Dalam melakukan suruhan Allah kita perlukan kesabaran.Sebab bukan senang nak istiqamah untuk buat ketaatan,sebab itu la perlukan sabar.

Sabar kedua ialah sabar dalam tidak melakukan maksiat.Untuk tidak melakukan maksiat pun perlukan sabar.Tambah-tambah dalam kehidupan kini yang pekat dengan jahiliyah dan Islam dipandang asing hatta umat Islam sendiri pun,memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk semua ini.

Akhir sekali barulah sabar yang selalu kita tahu iaitu sabar bila ada musibah.

Inilah serba sedikit tentang sabar.Nampak macam mudah tetapi hakikatnya amat payah terutamanya sabar yang pertama dan kedua.Sebab itulah seringkali Allah sebut dalam Al-Quran,Allah sentiasa bersama orang sabar.Inilah sabar yang dimaksudkan.Bukan sahaja sabar ketika musibah tetapi sabar dalam ketaatan dan menjauhi larangan Allah.

Umur kita ditaklifkan sat saja banding dengan umur bila dah xda taklifan nanti.Jadi,sabaq sat ja.........

Monday, June 29, 2009

Selesai Fasal Thani

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah aku selamat sampai di bumi Irbid setelah keluar lebih kurang 10 hari untuk menunaikan umrah.Sudah semestinya banyak perkara yang mengujakan berlaku.Dapat solah di haramain merupakan sesuatu yang amat istimewa.kalau dulu aku menyangka aku akan hanya berpeluang ke haramain bila dah tua sikit,tetapi dengan izin Allah aku dipermudahkan untuk ke sana ketika masih belajar.Bagi sesiapa yang masih belum tahu,Jordan dan Saudi merupakan berjiran.Jordan di utara Saudi.Walaubagaimanapun,perjalanan pergi ke Madinah mengambil masa sehari dan dari Madinah ke Makkah lebih kurang 6jam.Jadi kalau dari makkah ke Irbid kira sendiri la.Sakit punggung jugak duduk lama2 dalam bas tu tambah2 bila balik.30 jam dalam bas.Foto0087 baru lepas buat umrah

Foto0082belakang masjid nabawi

Foto0096 Gua Hira’.(Membuktikan betapa Rasulullah seorang yang kuat tubuh badannya)

Satu perkara yang aku nak kongsi di haramain jgn risau jika tak mampu berbahasa arab.Kebanyakan peniaga di sana mampu berbicara dalam bahasa melayu.Jadi jgn risau.Tapi ia merupakan satu yang tidak disenangi kami budak2 Jordan,bukan apa,dah biasa terlepas cakap kat kedai di Jordan.huhu.Kat Jordan ni selamber je cakap bila barang mahal ke x menarik ke.Kat haramain jgn la buat perangai camtu.Depa faham apa yg kita cakap.Banyak kali la jugak aku terlepas cakap.Mujur peniaga tu tak marah-marah,peniaga pun tau buat apa marah,nanti kami x beli kat kedai depa.

Banyak kenangan berharga sepanjang disana.Dan aku tak berniat untuk menulisnya,biarlah ia dalam memori otak ni saja.Cuma satu perkara aku nak cakap dan pesan,

“Tempat tak dapat menyucikan seseorang”

Fikir-fikirlah sendiri.

……….

Ok dah sikit tentang umrah.Aku tengok ramai yang excited gila bila dah nak sampai Irbid.Aku bukan excited apa,x sabar2 nak tengok markah second sem.Sampai saja bilik,terus bawa keluar laptop dari tempat sorok.Alhamdulillah,aku redha dengan apa yang aku dapat.2nd sem ni tak la secemerlang 1st sem.Tapi bagi aku kira boleh tahan la.Aku kadang-kadang rasa kesian jugak dengan beberapa orang member aku kat sini.Aku ni bukan jenis yang rajin sangat dan buat nota apa yang aku baca.Bila kelas organic chemistry(OC) buat kat rumah aku pun,aku duk dalam bilik dan x join kelas.Orang lain sibuk buat nota anat,aku sibuk entah apa-apa.Aku pun x pasti camna cara aku study.

Aku bukan nak perkatakan tentang markah tinggi atau x,aku cuma nak banding apa yang dapat dan apa yang di target.markah member aku lagi tinggi dari aku cuma ada beberapa orang member aku yang target dia tak tercapai.Aku bila dapat 80 pun dah kira tinggi,member2 aku sini kalau 97 pun rendah lagi sebab depa target 100.hhahha..Aku macam pernah cakap dulu,aku tak letak target markah.kalau ada pun bukan itu yang utama.Aku ada target tersendiri yang tak boleh ditulis disini,takut riak nanti.Inilah yang dikatakan rezeki.Sudah pastilah sesiapa yang lebih usahanya dan lebih ikhlasnya lagi tinggi disisi Allah banding orangh macam aku yang malas ni.Jadi nasihat aku,janganlah pandang sangat dengan markah tu (walaupun kekadang aku pandang gak) dan kena ingat,Allah takkan hampakan hambaNya yang berusaha dan bertawakkal.

Tawakal kita pada Allah bukan pada usaha.Ada seorang senior sekolah menengah aku dulu,kalau tak silap Abang ‘Amru Irfan,dia pernah sebut dalam majalah sekolah,

“janganlah merasa cukup dengan usaha kamu,nanti kamu akan tawakkal pada usaha bukan pada Allah”

Akhir-akhir ni aku selalu terjumpa orang kata bersangka baiklah dengan Allah.Aku pun nak pesan jugak dekat diri aku terutamanya,marilah bersangka baik dengan Allah.Semua datang dari Allah.Untuk berusaha pun Allah yang bagi.Mampukah kita berusaha kalau Allah tak izin.Bak kata Ibnu Qayyim nak bersyukur tu pun Allah yang bagi.(pandai2 la korang kait)

Masa mula-mula masuk 2nd sem dulu,kami ditakutkan dengan subjek OC yg dikatakan killer subject.Cuak gak masa tu.Tapi bila dah habis sem,sebenarnya subjek OC lah yang paling senang kalau nak compare dengan subjek lain.Sampai post ni ditulis aku masih pelik,kenapa senior kata OC susah.Padahal yang tu la markah aku paling tinggi banding ngan subjek lain.Bagi aku anatomy la yang paling susah sebab subjek tu aku dapat lowest.Tahun-tahun depan aku nak bgtau junior,skor leklok dalam OC.Subjek ni agak kurang susah banding ngan subjek lain.Betul x,sapa setuju???

Aku bila tengok markah OC sendiri pun terkejut.Bukan terkejut sebab rendah sangat.Terkejut sebab x sangka aku dapat macam tu.Dah la OC dalam kelas aku tak faham apa sejak 2nd exam hari tu dan sejak 2nd exam dulu juga,aku tak pernah pun study OC sampai la lepas final exam anatomy.Yang tu pun ada 2 hari ja.Dan hari terakhir baru aku nak pulun.Terima kasih Afnan sebab banyak ajar aku.Aku memang buat macam ni sebab carry mark aku untuk OC agak ok,maka aku tumpu lebih sikit untuk yang aku lemah walaupun hakikatnya tak tumpu lebih pun.Ingatkan buat macam tu supaya aku boleh baca anatomy lebih sikit,tapi bila tengok buku Tortora yang tebal,hilang keinginan membuak-buak untuk baca.Akhirnya aku baca mind map doktor saja dan lecture note.Hasilnya pun x cemerlang sangat kalau nak compare dengan orang lain.Tapi bagi aku ia tetap sesuatu yang cemerlang.OC aku pun sebenarnya bukan tinggi sangat,cuma bagi aku tinggi.

Peristiwa ni hampir sama dengan masa tingkatan 4 dulu.Orang pakat kata add math susah gila nak mampuih,tapi subjek tu la yang aku paling ok.Yang orang kata susah tu la yang aku ok sikit.Jadi aku rasa aku menemui satu lagi teknik untuk skor.Kalau dulu (lepas ni boleh buat buku tips belajar..hahaha) aku pernah bgtau supaya jangan target tinggi,kali ini aku nak nasihatkan anggap semua subjek susah,baru boleh skor.Bila kita anggap susah,kita akan usaha lebih sikit dekat subjek tu.Dan bila skor subjek susah macho sikit walaupun subjek orang kata senang kantoi..hahaha.

Mungkin orang lain kata kita kena set minda kita positif.Anggap perkara tu senang.Kalau anggap susah,kita dah beri tanggapan negatif terhadap diri kita.Mungkin betul.Kalau sapa yang beranggapan begini,buat macam ni,anggap subjek yang susah tu senang dan luahkannya pada orang.Maka kita kan berusaha untuk menjadikan subjek tu senang walaupun pada hakikatnya susah.Takkan bila kita dah cakap senang dengan orang lain,kita tak nak buktikannya senang kan??

Inilah sikit yang boleh aku kongsi.Baru-baru ni jugak seorang sahabat aku Syed Fathi telah berlepas ke negara Rusia(aku x ingat kat mana) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang handasah (sapa xtau cari dlm kamus).Selamat bermusafir menuntut ilmu wahai sahabatku,bertambah lagi duta Islam ke bumi Rusia.Pesanku cuma (perkara ini juga ramai pesan kat aku) jaga Iman dan jangan lari dari tarbiyah.Jangan lupa core business kita yang selalu dipesan Cikgu Abduh terutamanya.Anytime,anywhere,tugas kita DnT.ok,salam perjuangan…

Thursday, June 18, 2009

Sebab Apa Aku Buat Semua Ni

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah menjadi lumrah manusia yang normal,mesti memerlukan sesuatu yang menolaknya untuk melakukan sesuatu kerja.Tidak kiralah kerja itu samada belajar,tolong orang lain atau sebagainya.Bak kata pepatah takkan pokok bergoyang kalau tidak ada angin.Ada orang buat kerja sebab nak dapat duit,ada yang takut kena marah,ada yang nak sanjungan manusia,yang belajar pulak bersungguh-sungguh untuk dapatkan 1st class degree dan pelbagai lagi ragam manusia.

Aku bukanlah seorang motivator yang telah menghadiri beratus-ratus seminar. Maka sudah pastilah aku bukannya seorang manusia yang layak untuk membincangkan pasal tajuk ini..Tambahan pula dengan kehidupan aku yang masih terumbang-ambing.Siapalah aku untuk membincangkan hal ini.Tapi aku ada sesuatu yang ingin dikongsikan sebagai peringatan untuk diri aku terutamanya.

Semua contoh yang disebut diatas boleh dikatakan sesuatu yang tidak kekal.Duit dan nama bukanlah sesuatu yang kekal.Tapi kenapa kita li8hat manusia sanggup bersusah payah untuk semua itu? Cuba kita fikir jauh sikit,kalau kita buat sebab duit,apalah sangat yang ada pada duit.Mati nanti bukan berguna pun duit tu.Kalau kita belajar untuk dapatkan 1st class degree,apalah sangat nilai 1st class degree,bukan boleh bawa akhirat pun.Kalau kita buat untuk dapat nama,kalau tidak dapat nama maka kita akan berhenti buat kerja.Kalau dapat nama pun,ia bukannya sesuatu yang kekal.

Perkara-perkara macam ni jika kita fikirkan secara mendalam,rasanya berbaloikah kita berpenat lelah untuknya??

Cuba kita fikir,bagi seorang mukmin kita mengImani hari akhirat.Mati itu bukan pengakhiran segala-galanya.Mati itu hanyalah perhentian sebelum ke kampung akhirat.Kematian ialah kerehatan sebenar bagi seorang mukmin.Dunia ialah medan amal untuk kutip sebanyak mungkin bekalan untuk bekalan pulang ke kampung akhirat.Hidup didunia tak sampai 0.001% pun daripada hidup diakhirat.Maka bila difikir secara mendalam,wajarkah kita susah bersusah payah demi kehidupan yang sedikit itu.

Ada satu potong hadis yang maksudnya lebih kurang “…hiduplah kamu didunia ini macam mana yang kamu nak,sesungguhnya dunia itu tidak kekal…”.Alangkah rugi jika kita hanya hidup untuk dunia.Cuba kita tingkatkan sikit,kita hidup untuk akhirat.

Pekerjaan untuk dunia aku rasa amatlah tidak manfaat.Rasulullah sendiri umpamakan dunia ini bagaikan bangkai.Begitulah betapa rendahnya nilai dunia yang sebenarnya.Jadi kenapa kita nak jadikan sesuatu yang rendah nilainya sebagai penggerak kita.Inilah antara sebab aku rasa amat tidak berbaloi dan memadai jika dunia yang menggerakkan kita.

Kita semua akan mati,tidak terkecuali seorangpun.Maka kita perlu siapkan diri kita untuk kehidupan selepas mati.Medan persiapan bukannya selepas kematian.Selepas mati,ia merupakan medan untuk kita menuai apa yang kita tanam dalam hidup kita.Addunya mazra’atul akhirah (dunia ladang akhirat)

Benarlah “manusia yang bijak ialah manusia yang mengingati mati”.Ataupun dalam erti kata lain kita ini sebenarnya hidup untuk mati.Aku bukan bermaksud kita kena bunuh diri.Inilah manusia yang cerdik.Dia tahu dunia ini hanyalah sebentar dan kenapa dia perlu berpenat untuk dunia.Kehidupan bahagia di akhirat yang perlu dikejar.

Sebelum tamat,aku sangat tersentuh dgn satu sms yang pernah dihantar seorang sahabatku lama dulu yang kini masih menuntut di MATRI:

-sahabatku… “hawa nafsu tak pernah mengajar kita membuat kebaikan,sabarlah..sat je kita hidup”

Akhir kalam,ada satu kata-kata,tak pasti juga siapa yang kata(siapa tahu boleh bgtau), “jika kita mengejar dunia,kita akan dapat dunia.Jika kita kejar akhirat,kita akan dapat dunia dan akhirat.”

Jadi yang mana satu lebih untung??

alhamdulillah selesai sudah 2 semester pengajian aku di JUST.Insya Allah,kalau diizinkan,aku akan mencoretkan sikit tentang perkara2 menarik 2nd sem aku di JUST ni selepas aku balik menunaikan umrah.Bak status seorang member aku di Jordan ni,dari anatomy yang byk dan organic chemistry yang entah apa2.Masa yang ada sekarang tidak mengizinkan aku untuk menulis.Jarak antara habis exam dan waktu aku bertolak lebih kurang 5 jam saja.Maka tak sempat untuk menulis.Aku perlu bersiap-siap untuk pergi.Post ni pun sebenarnya dalam file draft.Saja tunggu masa untuk publish.Ok jumpa lg nnt(bajet ada org baca),doakan aku selamat pergi dan balik dari menunaikan umrah dan ibadah aku diterima Allah.Insya Allah aku akan balik semula ke Irbid,10 hari kemudian.Kalau ada apa2,bolehlah hubungi henset aku.

Friday, June 12, 2009

تربية في أيدكم, في أيدكم فقط

 

Pernahkah anda terdengar kata-kata ini??

Kalau tidak,mari saya nak kongsi sikit berdasarkan ilmu saya yang cetek ni.

Kata-kata ini sering diperkatakan di sekolah menengah saya dulu.Dari situlah saya mula dengar kata-kata ini.Tapi macam biasa saya masih mentah masa tu untuk memahami maksudnya.Dari segi bahasa saya tahulah iaitu “tarbiyah di tangan kamu dan di tangan kamu sahajalah”.

Saya rasa siapa yang tak pernah dengar mesti peningkan.Saya pun dulu pening juga.Apalah sangat dengan ungkapan ini.Selalu sangat diulang-ulangkan.Itulah apa yang saya fikir dulu.Kemudian masa saya tingkatan 4,ungkapan ini ditulis di papan putih dalam bilik pengawas.Masa itulah saya benar-benar ingat ungkapan ini sehinggalah sekarang.Masa tu pun saya tetap tak faham sangat apa yang hendak dimaksudkan dengan ungkapan itu.

Kini setelah terpisah dari keluarga dan sekolah yang mengawal kehidupan,barulah saya mula memahaminya.barulah saya sedar kenapa ia sangat penting hingga sering diulang-ulangkan.Apabila hidup bersendirian barulah faham sikit.

Kenapa dikatakan tarbiyah di tangan kamu dan ditangan kamu sahaja.Dalam kehidupan ini banyak perkara memerlukan kita membuat pilihan.Antaranya kita memilih untuk cara hidup kita.Cara hidup Islam atau sebaliknya.Kita yang perlu pilih untuk mana satu.Waktu kecil dulu ibubapa yang membuat keputusan untuk kita.Di sekolah,sekolah yang bantu kita.Sekarang tiada lagi siapa yang mengawal kita.

Inilah yang dikatakan تربية في ايدكم في ايديكم فقط.Kita yang menentukan kehidupan kita.Orang lain hanya mampu membantu.Keputusan terletak atas kita.Orang lain hanya mampu mengetuk pintu,kita yang perlu membukanya atau biarkan sahaja.Sudah tiada siapa yang memaksa kita.Jika kita merasai kepentingan tarbiyah,maka kita akan cuba duduk dalam proses itu.Kalau tidak wanauzubillah.

Sebab apa saya kata kini baru saya mula memahami ungkapan ini.Bila duduk berseorangan,dalam bilik berseoranagn,saya yang menentukan tarbiyah apa untuk diri saya.Tarbiyah Imaniyah atau tarbiyah jahiliyah.Tarbiyah Imaniyah perlu kepada penyerahan hati secara sukarela.Tarbiyah yang dipaksa-paksa oleh orang lain tidak membawa kesan yang mendalam dalam hati kita.Malah mungkin kita memberontak.Jika diri sendiri yang memilh ia lebih berkesan sebab memang kita yang nak.Tarbiyah Imaniyah targetnya ialah hati bukan jasad semata-mata.Jika target utamanya jasad,maka mudahlah dakwah berjalan di atas bumi ini.Tetapi tidak.Hati yang menjadi sasaran utama tarbiyah.Maka orang itu sendiri yang perlu menyerahkan hatinya untuk ditarbiyah.

Ancaman jahiliyah menyerang kita dari segenap sudut hinggakan dalam bilik seorang daie sekalipun.Contoh mudah dan praktikal ialah internet.Sumber segala perkara.Ditangan kita hendak ambil yang baik atau buruk.Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 256 maksudnya:

“tidak ada paksaan dalam agama,sesungguhnya telah jelas(perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.”

Memang tiada paksaan dalam kita beragama.Tetapi ingat Allah juga telah sebut kepada kita dengan jelas perbezaan hak dan batil.Maka atas kitalah untuk memilih.Sambung ayat itu lagi,

“barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan berIman kepada Allah,maka dia telah berpegang kepada tali yang sanagt kuat dan tidak akan putus…”

Jadi sekarang tepulang kepada kita nak mana satu.Jika berpegang pada tali Allah janjinya syurga dan jika berpegang pada tali taghut balasannya neraka(nauzubillahiminzalik).

Tarbiyah fiaidina fiaidina bas….(ni versi Jordan)

509px-Simian_crease2

gambar ni tiada kena mengena dgn penulis…

kalau hebat,cuba teka apa perbezaan yg ada pada tapak tangan ni??

 

Saturday, June 6, 2009

انا و انجليزي

 

بسم الله الرحمن الارحيم

Berdasarkan tajuk di atas,aku nak menceritakan serba sedikit tentang aku dan BI.Walaupun ia sbuplu2mungkin hanyalah satu subjek,apa special sangat dengan BI kan.Tapi bagi aku,subjek BI meninggalkan banyak memori menarik dalam hidup ini.Aku memilih untuk tulis tentang aku dan BI pada hari ni kerana esok mungkin kali terakhir aku akan mengambil exam BI(xtau la lepas ni kalau ada lagi)

Best dan syok,itulah yang aku boleh luahkan bila esok ialah kali terakhir aku amik exam BI.Sebenarnya BI ni meninggalkan kenangan yang buruk dalam hidup aku.tapi  tak la buruk sangat.Saja nak menghiperbolakan.Sepanjang aku belajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dulu,subjek ni la subjek killer bagi aku.Mungkin orang lain bila nak SPM akan kata subjek add math,fizik atau bio sebagai killer subjek.Tidak pernah lagi aku dengar orang kata english subjek killer.Aku rasa macam aku sorang ja kot.Pasal tu aku tak sabar-sabar nak habiskan zaman belajar english.Walaupun bila dekat universiti,subjek ni dah jadi tak paling susah bagi aku sebab subjek lain lagi susah.

Meh nak cerita sejarah masa UPSR dulu.Masa sekolah rendah dulu,sejak darjah 4,aku x pernah dapat A dalam BI.Asyik C memanjang.Darjah 1 hingga 3 pernah kot,aku pun dah lupa.Tapi sejak darjah 4 memang aku ingat.Nak dapat B pun punya susah dan tak pernah-pernah.Hinggalah percubaan UPSR,baru aku dapat B.Seronok habis masa tu,biasala tak pernah dapat B.Tu baru B.Aku pun taktau la sebab apa aku x minat sangat dengan BI.Nak kata cikgu tak best,orang lain kata cikgu tu best.Ingat lagi cikgu BI masa UPSR,teacher Lily orang panggil.Dia masa aku darjah 6,dia ada buat kelas tambahan untuk BI,tapi aku sekali pun x pernah pergi.Punya aku malas nak belajar BI.Subjek lain pun serupa gak malas.Tapi BI lagi aku malas.Kesannya, UPSR aku hanya dapat 4A.Satu lagi BI aku dapat B.Tu pun kira ok la dapat B,kalau C x ke naya.Kalau x silap aku,cikgu aku masa sekolah rendah memang tak target aku dapat 5A.Semuanya gara-gara BI la.

Masuk pula sekolah menengah.Kena pulak aku generasi pertama PPSMI,belajar sains math dalam english.Cuak aku dengar awal2.BI pun baru merangkak,kena belajar sains math dalam BI pulak.Tapi alhamdulillah,math tu aku boleh la,sebab dia banyak angka saja.Sains aku kantoi.English lagi la.Untuk PMR pula,sepanjang tingkatan 1 sampai 3,aku tak pernah dapat A dalam BI.B pun kadang2,selalu C.PMR pun aku dapat B.Masa tingkatan 3,aku terpikir gak,camna aku nak improve english aku,takkan nak biar saja PMR aku.Tapi last2,aku x buat apa jugak untuk tingkatkan aku punya BI.Akhirnya PMR pun tak dapat lagi A.

Bila masuk tingkatan 4 pulak.3 subjek sains dan 2 math aku belajar dalam english.Masa tu,aku tak kisah dah ngan belajar dalam english.Kira boleh tangkap la.Tapi(ada tapi lagi),BI tetap aku punya killer subjek.Orang lain kata add math susah la,aku pulak,BI la susah.Tak pernah aku skor A.Add math selalu ja.Masa tingkatan 4 juga tak pernah dapat A walaupun A2 utk english 1119.Hinggalah percubaan SPM.Baru dapat A,Tu pun A2.Ingat lagi markah aku masa tu,72.Bila dapat 72,aku rasa seronok la jugak,aku mula berangan untuk dapat A1 dalam SPM betul..Masa SPM aku jugak amik EST.EST masa ujian2 biasa pernah la jugak aku dapat A1.Masa trial pun aku dapat A1.Bila SPM betul,tengok2 english aku boleh dapat A1.Syok tak kira la masa tu.Tak pernahnya dapat A1,time SPM betul dapat.Malangnya,EST aku pulak kantoi.Tengok slip dah lawa dah,tapi bila sampai bawah sekali,adusss. Kantoi, C5 ja yang aku mampu.Kalau tidak EST la aku boleh lagi compare ngan english 1119.Masa aku dapat keputusan SPM,cikgu masa PMR aku tengok,beliau pun macam terkejut bila tengok aku dapat A1 dalam english.Dia kata aku banyak improve dalam BI SPM.Terima kasih cikgu.

Aku pun taktau la rahsia-rahsia kenapa aku boleh skor A1 dalam SPM walaupun aku punya EST hancuss.Aku yakin semua ni kehendak dan pemberian ALLAH.Nak ikut usaha,ciput sangat.Antara apa yang aku buat untuk improve english aku masa SPM mungkin aku banyak news kot.Time tu baru ada kesedaran pentingnya BI dalam hidup.Kalau x,nak biarkan dah.Hancur pun hancur la.Kalau hancur,x datang la aku ke Jordan bawah JPA.Sebenarnya ada lagi peristiwa menarik berkaitan dengan BI lepas SPM dan di Jordan,terutamanya masa interview JPA,tapi malas aku nak tulis.Ingatkan datang Jordan dah tak belajar BI,malangnya sangkaan tu meleset.

Lagi satu aku rasa antara penyebab BI aku ok sikit masa sekolah menengah ialah pembelajaran sains math dalam english.Aku dapat banyak vocab pun bila belajar sains math la.Jadi aku sebagai generasi pertama SPM sains math dalam BI,aku nak mengajak semua marilah kita sokong PPSMI….hahaha(kepada pencinta sastera jangan marah).Walaupun masa interview JPA aku cakap tak setuju.:p

Cerita Tasjil Fasal Soifi(daftar summer sem)

Untuk summer sem,aku kena amik satu subjek ikhtiari(pilihan),punya la payah nak pilih.Yang senang-senang dan menarik habis penuh.Kami budak 1st year daftar lambat.3rd year dan 2nd year daftar dulu.Habis depa sapu.Yang tinggal semua tak menarik dan berkemungkinan belajar dalam arab.Akhirnya pikir punya pikir aku pilih nak amik intro to management science walaupun ramai batch aku amik contemporary problem.Aku pakat dengan dua tiga orang member aku untuk amik subjek ni.Kalau tak silap,kira kami la bakal perintis untuk madah ni.Tak pernah dengar lagi senior amik.Dengar pulak akhawat batch aku pun xda yang amik subjek ni,memang perintis betul la.Takpa nanti kalau senang boleh promote dekat junior.Masa tasjil aku hampir2 saja tak dapat madah ikhtiari yang aku nak tu.Laptop buat hal.Masa nak tasjil la buat hal.Aku tasjil madah ikhtiari tu pun dalam keadaan laptop yang hang.Ingatkan sistem tak terima,check balik,alhamdulillah sistem terima.Kalau tidak kesian Afnan(member aku kat Jordan) berseorangan amik madah tu.Masa laptop aku hang tu,teman serumah aku cakap yang madah ikhtiari aku nak tu dah penuh.Cuak dah aku.Alhamdulillah pentasjilan aku masa laptop hang diterima.

Cerita Final Exam

Sekarang ni kira fatrah imtihan untuk budak2 JUST.Tak kira la medic atau dentist.Aku jeles tul ngan budak dentist.Boleh kata senang la apa yang depa belajar.Paling aku tak boleh tahan,datang rumah aku ajak study food preservation(ni madah ikhtiari).Heaven gila.Paling aku tak tahan dengar,aku dengar budak dentist akhawat ada yang siap buat nota untuk environmental protection(ni lagi satu madah ikhtiari).Best gila.Kalau aku tau,aku bagi aku punya buku anatomy tortora mintak tolong depa buat nota.Aku malas buat nota.Lepas tu,ada sekali seebelum exam histo hari tu,aku pergi library Yarmuk,sikit2 nampak budak dentist.Memang rajin la aku cakap.Ni baru 1st year dah rajin.2nd year nanti mesti lagi rajin dan mungkin sampai tak keluar rumah sebab exam memanjang untuk dentist 2nd year.Masa tu aku dengan Hashemi dan Mursyid.Kami sembang,kalau(kalau lagi)kami dentist,dah lama duk rumah tengok movie

Ok dah setakat ni post kali ni.Maaf kalau post ni agak panjang dan xda manfaat.Macam biasa,aku tak suruh pun hampa baca,sapa suruh baca.Terima kasih jika sudi terus membaca hingga ke huruf ini.Dah2 pergi study,esok exam.

Monday, May 25, 2009

Blog Ummi

Ana (nak guna ana la pulak,lama x guna) baru terjumpa satu blog tentang Ummi Halimaton.Blog ni ditulis oleh anaknya Ustazah Amani, jadi nak kongsi kepada pembaca tentang Allahyarhamha guru ana ni.Ni link blog.

Sunday, May 24, 2009

Catatan Hujung Minggu

 

Erm..macam mana nak start cerita…minta maaf la kalau tak jelas apa yang ditulis, aku tulis ni rasanya dalam keadaan yang letih dan nak cepat.

Ok,hujung minggu baru-baru ni,aku dengan beberapa member aku disini telah pergi berjalan-jalan ke selatan Jordan,apa lagi kalau bukan Aqabah.Perjalanan yang tak dirancang sangat.Siang tau kena pergi,malam bertolak dah.Sebenarnya,kami nak hantar seorang brader yang datang dari Dublin ke Mu’tah.Jadi alang-alang dah sampai Mu’tah,depa ajak pegi Aqabah terus.

Yang menariknya,kami pergi ke sana dengan menggunakan kereta sewa.Fuh pengalaman yang sangat menarik.Mula-mula,masa seorang member aku (Fazli) ajak pegi Aqabah dengan kereta,terkejut jugak aku.Tanya dia,sapa yang pergi sekali.Nama yang dia sebut,semua budak 1st year.Habis tu aku tanya dia,sapa nak drive,dia balas balik “ko tau drive kan”.Aku cakap la,aku ada lesen tapi bukan tahu sanagt pun.Ada lesen tak bererti pandai drive.Dah lah perjalanan jauh dan kat Jordan ni,driver sebelah kiri.Bukan macam Malaysia.Ini yang membuatkan aku berfikir sekejap untuk pergi atau tidak.Akhirnya aku pun setuju la.Dan Fazli pun cakap,takpa kalau tak biasa memandu kat Jordan,malam ni kita biasakan.

Sekarang nak cerita sikit tentang perjalanan kami.

Awal pagi Jumaat lebih kurang 2 pagi,kami memulakan perjalanan.Konvoi 2 buah kereta.Semua dalam kereta 1st year dan brader Dublin.Kereta 1st,Ziya,Muhd,Rozail dan brader tu.Kemudian kereta kami, aku,Fazli,hilmi,Ideris dan jugak Luqman.Hala tuju pertama kami ialah Mu’tah.Kereta mula-mula dipandu oleh Fazli,tapi disebabkan skill memandunya yang diragui,Ideris pun ambil alih.Dia memandu sepenuhnya ke Mu’tah.Perjalanan yang ambil masa lebih kurang 5 jam campur berhenti solah.

Sampai di Mu’tah kami singgah rumah pelajar sana.Kemudian kami pusing-pusing wilayah Karak yang hampir dengan Mu’tah.Masa ni,Hilmi pula ambil alih sebagai pemandu.Kami singgah sebentar di Qal’ah Karak.Satu lagi binaan batu.batu,batu,batu….

Dah boring melihat batu.Kami pergi situ pun nak teman brader tu.Kemudian,kami pergi pulak ketempat yang dikatakan penduduku tempatan sini sebagai Makam Nabi Nuh as dan dan kapal Nabi Nuh.Tempat ni dikatakan tak la tepat sangat.Kalau tak silap,kapal Nabi Nuh juga dikatakan di Turki.Tapi,penduduk sini kata,

“mana ada,Nabi-nabi semua berasal dari sini tanah syams.Yang dekat Turki,Iraq ke apa-apa pun tak betul.Sini yang betul”

Biar depalah.Asalkan ambil pengajarannya.Kalau nak berbangga dengan tempat saja,buat apa.Bukan Allah hitung pun.

Disebabkan masa tak sempat dan hampir nak solah Jumaat,hanya 2 tempat itu saja yang sempat kami pergi.Memang kami boleh jama’ saja,tapi kami memerlukan travel guide dan travel guide kami pelajar Mu’tah dan dia perlu solah Jumaat.Maka kami pun meneruskan perjalanan ke Aqabah.Berader Dublin tu kami tinggalkan kat sini.Sebelum terus ke Aqabah,kami pergi balad Mu’tah sekejap untuk beli bahan untuk di BBQ kan.Selepas tu baru ke Aqabah.Kali ni giliran aku pulak untuk memandu.

IMG_2864

pemandu berhemah

Sebenarnya,sepanjang perjalanan, inilah detik yang sangat menarik untuk dijadikan kenangan.Memandu di negara Jordan.Aku dekat Malaysia pun tak pernah bawa sejauh ni.Mu’tah ke Aqabah lebih lebih daripada 300 km.Jarak yang agak jauh untuk aku yang bertaraf amatur untuk memandu.Alhamdulillah,sampai jugak ke Aqabah petang Jumaat setelah lebih kurang 4 jam memandu.1st time aku bawa lama-lama dan kat Jordan pulak tu.

Kami pusing-pusing dulu bandar Aqabah sebelum ke pantai.Aktiviti kami di Aqabah hanyalah mandi dan BBQ ayam dan ikan.Lagi satu yang sangat menarik,kami di Aqabah tak sewa bilik untuk bermalam.Biasala,nak kurang bajet.Kami hanya tidur pantai dengan berlapikkan pasir,berbumbungkan langit dan berbantalkan beg baju.Pergh…sejuk gila.Walaupun pada musim soifi (summer),angin kuat tetap menyejukkan.Tak dapat tidur dengan nyenyak sangat disebabkan angin yang kadang-kadang turut membawa pasir pantai.Tapi ia tetap best.

Pagi-pagi lagi lepas subuh,kami pun bertolak ke Amman untuk join sekali batch kami buat program main paintball.Kali ni,aku resign sebagai driver.Hilmi ambil alih untuk ke Amman.Tempat yang sesak-sesak,semua bagi Hilmi..huhu.Perjalanan ke Amman hanya 4 jam.Sampai Amman lebih kurang pukul 10 pagi.Paintball start main pukul 12.Dekat Amman,kereta yang aku naik dengan kereta lagi satu terpisah.Maka, kami xda peta,ni 1st time memandu di Amman,kami pun sesat.Lebih kurang 2jam la jugak kami kat Amman cari jalan ke tempat main paintball.Setelah bertanya sana sini dan beberapa masalah,kami smapi jugak ke tempat main paintball.Kereta lagi satu dah sampai lama dan rombongan naik van dari Irbid pun dah sampai lama.Kami pun suruh depa start main.Kami dah lambat.Taknak depa tunggu.

Teringat kata-kata Ideris dalam kereta yang berbaur kemarahan,

“kami taknak main,korang start dulu,aku tengah pening ada masalah dan jangan  call kami lagi.”

(lebih kurang la setelah diedit)

Pelbagai peristiwa menarik sepanjang perjalan ke tempat main paintball. Peristiwa yang aku rasa aku ingat sampai bila-bila.Antaranya,nak mencari tandas.Bila tak jumpa akhirnya pergi kedai makan,beli air mineral sebotol dan minta tumpang tandas.Kemudian nak cari setesen minyak pulak.lampu amaran dah nyala.Jumpa setesen minyak,takda elektrik pulak.Stesen yang kedua baru boleh isi.Sebenarnya banyak lagi peristiwa menarik sepanjang perjalanan ke tempat main paintball,tapi aku tak larat tulis kat sini.Semua peristiwa benar-benar menguji.

Bila sampai kat tempat main paintball,ingatkan depa dah start.Rupa-rupanya,depa tak start lagi.Tunggu apa lagi,join sekai la.Ni jugak merupakan 1st time aku main paintball.Banyak betul 1st time dalam picnic kali ni.Best la jugak main paintball ni tambah-tambah bila dapat tembak orang.Setahun sekali ok la.Mahal…

Lebih kurang pukul 3 game pun habis.Kami yang naik kereta nak balik terus ke Irbid,member yang naik van nak pergi Mecca mall dulu.Entah apa yang best dekat Mecca Mall pun aku tak tau.Hanya sedap mata memandang,barang-barang kat situ,mahal sangat.Tak berbaloi.

Sekali-lagi kami 2 buah kereta terpisah.Penat juga nak mencari jalan balik.Tapi alhmadulillah,jumpa juga.Ideris ambil alih sebagai driver pulak kali ni.Bersyukur aku,kereta kami ada 3 driver kalau nak banding dengan kereta satu lagi yang hanya 2 orang dalam tu ada lesen.Tak la penat sangat.

Akhirnya sampai balik   Irbid yang kucinta dan rindu pada petang Sabtu.Perjalanan yang memenatkan fizikal dan mental.Alhamdulillah hari ni Ahad dan esok Isnin aku cuti.Ada la jugak masa untuk rehat dan study kalau aku rajin.Selalunya malas.

Dah setakat ni catatan hujung minggu aku dalam kesibukan orang lain prepare for final exam.Sekali lagi minta maaf kalau tak banyak gambar.Kamera bawa tapi bateri buat hal pulak.Kena pinjam kamera kawan.

Kepada yang naik kereta sekali dengan aku,  Ideris, Hilmi dan Luqman.Korang memang best.

 

IMG_2881 dekat pantai Aqabah.Ideris tiada dalam gambar.

Nak bgtau  sikit tentang final exam sem kedua ni:

Histology-2 Jun ---->tak tau lagi dah lulus ke belum

English-6 Jun   ---->dah lulus

Physiology-10 Jun  ---->dah lulus

Anatomy-13 Jun    ---->tak cukup lg untuk  lulus

organic chemistry-16 Jun    ---->dah lulus

Takkan nak lulus saja.Doakan aku cemerlang tau.Kepada JUST 08,buat yang terbaik semua.

Wednesday, May 20, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

 

20  Mei 2008

Hari ini 20 mei genap setahun aku memasuki alam baru iaitu alam IPT.Menurut Abul A’ala Al-Maududi kepada golongan yang baru masuk alam ini,beliau menguc apkan takziah sebab anda akan dipancung oleh sistem jahiliyah.Alam IPT memang berlainan sungguh dengan sekolah menengah terutamanya kepada budak macam aku yang bersekolah di sekolah kampung(jgn salah faham aku x bangga dengan sekolah aku.cuma kadang2 rasa segan nak ngaku sebab xnak sekolah aku dapat fitnah sebab sikap aku).Bukan setakat cikgu berubah pensyarah,ana anta berubah aku ko,kantin berubah cafe,pelajar berubah mahasiswa, tapi ia lebih kepada perubahan suasana.Dari biah yg dikawal kepada yg payah dikawal.

Kalau disekolah dulu,sering disebut,inilah medan sebenar kita.Medan praktikal kita.Setelah 5 tahun di medan teori.

Sebenarnya aku bukan nak ingat sangat tarikh ni,tapi ia merupakan sejarah dalam hidup aku.Aku tak cuba untuk mengingat pun.Tapi nak buat macam mana,bagi manusia seorang lepasan sekolah menengah kampung, bukan senang nak diterima JPA.Tarikh ni tahun lepas,aku mula menjejakkan kaki ke alam IPT iaitu INTEC(sapa xtau INTEC boleh la meng‘google’) untuk buat kursus persediaan ke timur tengah.Tempat yang secara jujurnya aku tak pernah termimpi pun untuk sambung belajar.2 orang termasuk aku dari Matri yang masuk INTEC.Seorang lagi  Tengku Fahmi,dia masuk program persediaan ke Korea.

Kali ni aku nak kongsi sikit beberapa memori di INTEC dan beberapa muhasabah untuk kita.Ni cuma nak mengembalikan memori aku.Kalau hampa dah tau dan boring aku asyik sebut benda sama, taknak sambung baca pun tidak mengapa.Aku tak paksa.

Aku sebenarnya tidak lah bercita-cita besar nak ambil medic sebelum aku dapat keputusan SPM.Kadang-kadang tu ada juga,tapi tidak la serius.Bila aku masuk INTEc aku rasa inferior sangat.Mana tidaknya,tengok orang lain hebat-hebat belaka.Keputusan SPM pun dah cukup gemapak.Aku rasa dalam kalangan yang buat kursus persediaan perubatan di INTEC, aku la yg dapat paling rendah.Kalau tak percaya hampa boleh survey dan bgtau aku,sapa lagi rendah.Setakat yg aku tanya,aku la paling rendah.Aku berbisik dalam hati aku, ALLAH tak pandang semua tu.Semua tu dunia saja.Taqwa kita yg membezakan(bukan nk kata aku lebih taqwa,ni untuk melegakan hati aku yg rasa inferior).

Dah la datang dari sekolah yang tak terkenal sangat.Tapi aku fikir,peduli apa,masa ni la aku nak naikan nama sekolah aku.Bila ada orang tanya sekolah ko berapa orang dapat sekali dengan aku,segan juga nak jawab.Aku akui, sekolah aku bukannya sekolah yang cemerlang akademik.Sekolah aku ada tujuannya yg tersendiri.Siapa yang nak cemerlang akademik semata-mata,jangan mai sekolah aku.

Teringat aku bila mula-mula start bahagi kumpulan untuk minggu orientasi.Kagum gila aku dengan ahli sekumpulan aku.Dah la sesat masuk group darul Quran.Fuh,bertambah rendah diri aku.Nak cakap pun fikir sepuluh kali.

Bila masuk kelas pula,alhamdulillah aku dimasukkan ke kelas yang satu-satunya laki lagi ramai dari perempuan.Mudah sikit bagi aku.Sebab aku tak biasa kelas sekali dengan perempuan.Aku rasa aku antara orang yang tak la semangat sangat nak jadi doktor perubatan.Masa tu aku bukan ambik kisah sangat pathway sebagai medical student.Aku pakat redah ja.Anatomy pun aku taktau apa dia. Fisiologi dan Histologi pun sama la.Member-member lain kadang2 sembang ada sebut nanti kita kena belajar benda ni. Tapi bagi aku,itu apa??  Pernah dengar tapi taktau apa maksudnya(xda semangat nak jadi medical student tul).

Yang paling aku kagum,bila masa taaruf.Kenapa nak jadi doktor?   dan kenapa pilih timur tengah?  Pelbagai jawapan yang mantap  diberikan termasuklah  aku.Antara jawapan yang aku ingat hingga sekarang:

-nanti nak tubuhkan satu charity group

-nak bina hospital Islam

-Rasulullah ada bersabda yang “sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada orang lain”.Maka nak sahut bermanfaat pada orang lain,pilih perubatan.

-saya nak jadi doktor sebab doktor merupakan antara kerjaya selain guru yang melibatkan hubungan terus dengan manusia.Maka ini adalah peluang  dakwah.

-saya pilih timur tengah sebab sayang bahasa Arab.Tak nak tinggal bahasa Arab.

-saya pilih timur tengah sebab bukan saja nak belajar ilmu medic tapi nak dapat juga ilmu deen.

Ini antara jawapan yang kita berikan.Besar sungguh cita-cita kita.Tengok pulak diri kita sekarang macam mana??

Ada sekali tu aku sembang dengan seorang member aku.Dia ada sebut “dulu kat INTEC semua bukan main lagi.Aku pun kagum gila dengan semua.Tapi bila mai sini semua hampeh.Study pun entah ke mana”

Itulah kita.Opss silap lagi, itulah aku. Medan kata-kata amat berbeza dengan medan amal.Ingatkan bila datang bumi syam boleh bertambah Iman.

IMG_0796 kenangan MEJ1 INTEC ‘08. Semua soleh lagi….ahaks…. jangan marah

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

السلام عليكم ورحمة الله

Bila tengok blog member-member,banyak tulis tentang hari  guru.Dekat status YM pun banyak tulis tentang hari guru semalam.Jadi aku pun rasa tak nak ketinggalan la untik tulis sesuatu tentang hari guru.Walaupun aku tau cikgu-cikgu aku bukan baca pun blog nih,tapi aku nak tulis gak.Sebab tanpa cikgu(sudah pasti yg pertama sebab ALLAH),tak jadi aku macam hari nih.

Mula-mula sekali aku nak ucap selamat hari guru kepada(ni la satu-satunya cikgu yg mungkin baca blog aku) sudah pastinya mak abah aku,mereka berdua ialah cikgu sekolah rendah dan menengah.Mereka jugak cikgu aku kat rumah.

DSCN0830

kurusnya aku time nih…

Seterusnya kepada cikgu-cikgu,ustaz-ustazah Sekolah Kebangsaan Toh Johan dan Sekolah Agama Al-Islahiyah,tempat aku belajar dari pra-sekolah hinggalah darjah 6.

Tak lupa jugak cikgu-cikgu sekolah memandu(apa nama entah,aku x ingat),lecturer2 di INTEC dan jugak doktor2 di JUST.

Kemudian, ucapan istimewa buat cikgu-cikgu dekat Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI).Aku rasa cikgu-cikgu dekat m3 lah yg paling istimewa.Dalam kelas bukan setakat mengisi otak dengan pelajaran,tapi turut membantu dalam pembentukan diri.Kalau nak sebut satu-persatu banyak sangat cikgu kat m3 yg mengajar ana,cukuplah secara umum kepada semua cikgu termasuklah ustaz-ustazah.Bagi ana,semua cikgu kat m3 macam ustaz-ustazah,malah mengalahkan ustaz-ustazah lain.

Kepada cikgu-cikgu ganti juga(yg ni mungkin baca blog nih),ana mengucapkan selamat hari guru kepada kalian.Walaupun cuma sebentar mengajar ana,tapi kalian tetap mengajar.Kepada sahabat-sahabat yg ada mengajar ana.Kira cikgu la jugak.

Walaupun,gaji tak seberapa,kalian tetap mengajar dengan penuh dedikasi.Dan ucapan khas buat Allahyarhamah Datin Halimaton,guru ana yang baru beberapa hari lepas pulang ke rahmatullah,ana doakan Umi berada bersama para solihin.Kepada sesiapa yg baca post nih,marilah sama-sama doakan jugak.

Memang payah nak jumpa cikgu-cikgu macam dekat m3.Pengorbanan yg dibuat sangat besar.Ada yg sanggup meninggalkan kerja yg lebih bergaji besar semata-mata untuk tinggal mengajar di sebuah sekolah kampung.

Walaupun kadang-kadang rasa segan sebab banyak nasihat dan amanat yang ana tak buat terutamanya dari mak abah dan cikgu-cikgu m3, doakan waih supaya diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang diwariskan oleh  Rasulullah saw.

Akhir kalam SYUKRAN LIKULLI MU’ALLIMIN

(kalerful la pulak post kali nih)