Tuesday, December 30, 2008

Tahniah

 

-Post kali ni ditujukan kepada pelajar MATRI khususnya-

Dalam kesempatan ini cuma nak ucapkan tahniah kepada pelajar2  yg dapat 9A dlm PMR yg keputusannya baru keluar hari ni.Ucapan tahniah ditujukan khas kepada pelajar sekolah lama saya iaitu pelajar2 Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI) iaitu:

1)Muhammad Nafis Akhtiar

2)Sayyid Sofwan Bin Syed Ahmad Helmi

3)Amanina Binti Ahmad Saleh

4)Nabilah Izzati Binti Mohd Fauzi

5)Nur Dalilah Binti Baharudin

6)Wan Fatin Najwa Binti Wan Ab Aziz

kalau nak keputusan penuh klik sini

Nampaknya kali ni bilangan perempuan yg dpt 9A lebih dari lelaki.Apa nak jadi dengan laki ni…ish3.Takpa2…hero menang kemudian,bagi peluang dulu…he3

Kepada yg tak memperoleh 9A jangan bersedih.Ini tidak bermakna anda gagal atau kurang bijak.Semua ini rezeki dari Allah.

PMR bukan ada apa sangat sebenarnya.Ini hanyalah ujian yg dibuat manusia dan dinilai juga oleh manusia(maksud saya keputusan).Ada lagi ujian yg lebih penting iaitu ujian dari Allah.Maka bergusarlah sekiranya gagal dlm ujian yang Allah beri.Inilah antara sebab kenapa bersekolah di MATRI.Bukan nak mantap akademik yang menjadi keutamaan.Jikalau nak lulus cemerlang PMR atau apa2 peperiksaan lain semata-mata,byk lagi sekolah lain.Jangan salah faham,ini tidak bermaksud kita iaitu MATRI tidak berhajatkan kepada kecemerlangan akademik.Lihat saja syiar yg MATRI cuba bawa iaitu “ulama’ pewaris Nabi”.

Diharapkan kejayaan dalam PMR ini Islam dapat tumpang.Tak bermakna sekiranya sistem ciptaan manusia yang menumpang kejayaan kalian.Kalian merupakan harapan Islam…

Kepada no3,dengar kata dia merupakan 1st dapat 9A dlm keluarga dia.Dengar kata lagi,abang2 dia  tak dapat pun 9A dalam PMR tapi dlm SPM kira boleh tahan gak dan ada yang dah sambung kat UM dan KUIN.Yang ni mesti kena mantap lagi dr abang2 dia dalam SPM nanti.Kalau tak malu la….huhu….bamzah bas…

Sunday, December 28, 2008

غزة مدينة الدم

Seperti hari2 biasa sebelum ni,aku perlu ke jamiah hari ni(ahad) kerana ada muhadarah setelah 3 hari bercuti.Hari aku lebih gembira nak ke muhadarah berbanding sebelum ni.Biasa la baru balik bercuti.Aku pun pergi ke jamiah dan terus ke kelas M4202 tempat aku belajar chemistry.Masuk je dlm kelas aku terlihat ada kertas2 bertaburan di kerusi blkg aku.Terdetik dalam hati aku kenapa serabut sangat ni.Sebelum ni tak macam ni pun.Aku biarkan saja.Takda mood nak baca sebab kertas tu bertulisan arab.Lepas habis kelas chemistry,aku capai kertas tu untuk saja2 baca.Mula2 ingat kan artikel apa.Tapi bila baca sekerat:

غزة مدينة الدم

بدماء أكثر من 210 شهداء و 400 جريح فاضت شوارع غزة بدمائهم الزكية

….

Hati aku bagai terhenti sebentar,biar betul.Aku terus tanya sorang member aku ni,apa yg dah terjadi kat Palestin.Dia pun jawab sebagaimana yg telah tertulis dlm kertas tu.Aku tak tahu apa yg telah terjadi di tanah suci umat Islam yg ke3 hinggalah saat itu.Baru semalam je aku nampak tanah Palestin yg telah diduduki Israel laknatullah(tebing barat) dari pantai aqabah dan laut mati.Hati aku rasa kembali panas dan marah.Bila difikir balik kenapa aku marah?Padahal ketika detik itu aku bersuka ria tak ingat dunia di petra,aqabah,laut mati dan wadi rum.Tetapi saudara2 seaqidahku di Ghaza tiada dlm kamus hidup mereka bersuka ria.Ketika itu seorang mak atau ayah kehilangan anak mereka,seorang anak kehilangan ayah atau mak mereka.Seorang sahabat kehilangan sahabatnya.Seorang lelaki kehilangan saudaranya,seorang perempuan kehilangan saudaranya.Dan mungkin ayah atau mak atau datuk atau adik atau kakak atau abang sahabat Palestin aku disini telah meninggalkannya selama-lamanya.Rasa bersalah amat sangat menyerang diri aku.Apa yang telah aku lakukan?Seseorang telah bertanya kepada Salahuddin Al-Ayyubi kenapa dalam hidup beliau tidak pernah bergelak-ketawa pun.Beliau jawab macam mana aku masih boleh bergelak ketawa sedangkan alquds masih ditawan.

Ana yakin peristiwa terburuk sejak pengisytiharan negara Israel laknatullah 60 tahun lalu meninggalkan kesan mendalam kepada umat Islam.Ana yang berada di tanah yang berhampiran dengan Palestin begitu terasa dengan kejadian ini.Seorang housemate ana siap kata jom pergi ghaza.

Reaksi Masyarakat Jordan

Menurut member aku,pada malam tersebut dia pelik tengok ramai orang arab tonton berita.Dia ingatkan apa,rupanya Ghaza diserang.Pada malam tu juga,masjid jamiah yg sebelum ni tak pernah baca doa lepas solah,Syeikh Makmum telah bacakan doa lepas solat.Jika sebelum ni masyarakat Jordan tak pernah baca doa qunut hatta solat subuh sekalipun,tapi kali ni doa qunut dibaca dalam setiap solah hatta solah zohor sekalipun.Di JUST telah dianjurkan demonstrasi aman oleh pelajar Palestin di sini.

Seperti biasa kerajaan Jordan hanya berdiam.Padahal Jordan ni sangat dekat dengan Ghaza dan bersebelahan dengan tebing barat.Menurut sumber yg boleh dipercayai,Jordan ada perjanjian senjata dengan US dan US bagi banyak duit kat Jordan setiap tahun.Mungkin ini antara sebab pemimpin tertinggi hanya berdiam diri dan benarkan Israel gunakan ruang udaranya.Inilah hasil perancangan yahudi dengan mewujudkan negara bangsa.Hal Palestin tiada kena mengena dengan Jordan.Orang arab menyangka mereka ialah bangsa terbaik dan terpuji kerana Rasulullah saw dari kalangan mereka.Ini lagi satu penyebab umat Islam lemah.

Tapi ana pelik,masyarakat Islam sini dalam saat membicarakan apa yang telah terjadi di Palestin,masih ada yang terkepit di mulutnya rokok yg menjadi penyumbang utama kepada ekonomi yahudi.Inilah sikap kita umat Islam,demi kepentingan duniawi diri,saudara seaqidah sanggup dikorbankan.Ana pernah terdengar orang kata Amerika masih mampu tersenyum jika orang arab ni naik bas pun masih berebut.Sungguh mendalam maknanya.

Masih ingatkah kita akan kisah zaman Sultan Almu’tasim.Dimana ketika itu seorang wanita yang telah diganggu orang kafir telah berteriak “mu’tasim,tolong aku”,dengan serta merta Almu’tasim menghantar sepasukan tentera untuk membantu wanita itu.Kini……..ramai yg berteriak tetapi apa yang umat Islam hantar.Sekurang-kurangnya marilah kita berdoa kepada Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.Inilah kesannya apabila tiadanya khilafah Islamiyah.Mungkin kita tidak perlu berbicara jauh untuk mewujudkan khilafah Islamiyah di atas muka bumi ini.Lihatlah diri kita.Adakah kita berusaha mewujudkan daulah Islamiyah dlm diri kita???Bagaimana dengan Iman kita,ibadah kita, syakhsiah kita??Teringat satu kata2(tak ingat siapa),jika kamu nak menegakkan daulah Islamiyah di bumi ini,tegakkanlah daulah Islamiyah dalam diri kamu.Jika diri pun tak mampu,jangan bermimpi daulah Islamiyah akan tertegak atas muka bumi ini.

Ya Allah bantulah kami,

tetapkanlah hati kami dijalanMu,

berikanlah kami keImanan yg benar-benar sempurna,

Ya Allah musnahkanlah Amerika dan Israel...

dicoret oleh hamba yang mengimpikan kehidupan dimana AlQuran dan Assunnah menjadi panduan dan rujukan utama……

Jelajah Jordan

 

      Setelah tertinggal trip pertama pada cuti raya Korban hari tu ,alhamdulillah telah diizinkan Allah ana dapat gak menjelajah Jordan.Dalam entry kali ni hanya nak cerita sikit(letih nak tulis panjang2) tentang perjalanan kami sepanjang 3 hari bermula 25/12 hingga 27/12.

       Dalam entry yg lepas ana telah ceritakan sebab apa tak dapat join trip pertama.Jadi cuti 3 hari kerana krismas diambil kesempatan sepenuhnya oleh kami budak2 teater dengan  beberapa orang lagi yg belum berkesempatan menjelajah Jordan.Alhamdulillah kami ditemani oleh Abg Musaddiq iaitu senior Yarmuk,perjalanan kami lebih mudah apabila ada org masyi ‘ammi.

       Kami bertolak dari Irbid lebih kurang pukul 1 pagi 25hb dengan menaiki coaster yg telah ditempah khas untuk rombongan seramai 16 orang.

Hari Pertama(25/12/2008)

Pada hari pertama kami telah pergi ke Petra.Subhanallah,tempat ni memang besar.Bandar Petra terdiri drp bukit2 yg telah diukir dengat amat cantik.Mula2 rasa mcm bersalah pulak nak bergambar dekat sini sebab tempat ni sebenarnya tempat Allah murka.Tapi takpalah.Apabila melihat keindahan bukit2 yg diukir oleh manusia,terlintas di hati lagi hebat  pencipta kita Allah kerana mencipta manusia yg mampu mengukir bukit.

  DSCN1327 DSCN1350 DSCN1345 DSCN1392 terpaksa bukak sweater sebab berpeluh naik bukit

DSCN1432 pengalaman pertama tunggang keldai.mula2 nak naik unta tapi mahal sgt

Kami duk kat Petra dari pagi hingga maghrib.Lepas tu kami bertolak pulak ke Aqabah.Salah satu drp 2 pantai yg terdapat di Jordan.

Hari Kedua(26/12/2008)

Kami bemalam di aqabah.Lebih kurang lepas sarapan kami pergi ke pantai aqabah.Pantai aqbah sebenarnya bukan best sgt pun.Persisiran laut dia banyak sampah dan juga lalat.Ana tak mandi walaupun ada beberapa antara kami yg mandi laut(laut merah).Tujuan utama pergi sini nak mkn ikan setelah kempunan beberapa bulan.Dari persisiran laut aqabah boleh nampak negara Palestin.Taktau la bandar tu dah diduduki Israel laknatullah ke belum.Takut nak tanya kat orang arab sini.Depa sensitif bab ni.DSCN1435 

DSCN1442

bajet ada terumbu karang lawa2.yg ada kereta kebal.Tanya pakcik yg bawa kami(ana tulis terjemah BM) sebab apa ada kereta kebal dlm laut?Pakcik tu jawab “saja letak utk pelancongan”

DSCN1467

dapat gak mkn ikan

Lepas tu kami pergi pulak ke wadi rum.Ingatkan tempat tinggalan zaman rom sampai ada sorang member tu cakap kat abang dia kat Malaysia ada colloseum,teater tapi hakikatnya wadi rum ni satu lembah(wadi=lembah)yang dikiri kanan bukit2 batu yg amat cantik.Subhanallah. 

DSCN1484DSCN1499DSCN1513

sunset kat wadi rum

Hari Ketiga(27/12/2008)

Hari terakhir perjalanan kami.Kami pergi ke satu tempat yg semua orang boleh terapung iaitu bahrilmayyit=laut mati.Satu lagi tempat yg dimurkai Allah.

DSCN1521DSCN1524 

sebelum ni hanya dengar kata dan melihat foto orang boleh terapung di laut mati.Kini berpeluang sendiri terapung di laut mati.Yang tak pandai berenag pun boleh pergi tempat dalam.Tak payah takut mati lemas.Cuma kena jaga mata,hidung mulut dari masuk air ja.

Kami pun bertolak pulang ke Irbid lepas pergi laut mati.Dalam perjalanan pulang kami hanya berkesempatan melalui makam Abu Ubaidah Al-Jarrah.Tempat ni telah ditutup apabila kami sampai agak lewat malam.

Sebenarnya banyak lagi gambar dan dalam usaha nak upload lagi gambar.Tapi ada internet problem sikit.Kena amik masa.Nanti bila dah upload ana bagi link.

Lega sikit rasa kecewa markah chemistry menurun….

Sunday, December 21, 2008

Kita Ni Kadang-Kadang…

-Kita ni kadang2 boleh menangis bila tengok cerita Korea ke apa ke

Tapi tak nangis pun bila tengok saudara kita kat Palestin kena bunuh dan kena tindas tiap2 hari..

-Kita ni kadang2 sanggup bersusah payah nak tiru pemain bola sepak.Rambut,kasut apa dia pakai,baju apa dia pakai,habis semua perhati.Padahal pemain tu tak kisah kita pun malah tak bagi apapun kat kita

Tapi rasa payah bila nak ikut sunnah Rasulullah saw..

-Kita ni kadang2 sanggup bangun awal pagi sebab nak tengok perlawanan bola

Tapi bila nak bangun qiamullail punya la payah.Bukan setakat qiam,subuh pun payah..

-Kita ni kadang2 bila tengok bola boleh menjiwai pasukan yg kita sokong.Bila kalah rasa bengang.Bila pemain yg kita minat di kasari kita marah

tapi bila tengok umat Islam tertindas tak pernah marah pun,siap bantu lagi mereka..

-Kita ni kadang2 rasa senang je nak bawak keluar duit beratus-ratus untuk beli baju berjenama

tapi rasa berat nak bawa keluar walau seringgit untuk derma…

-Kita ni kadang2 rasa sedih sgt bila tak score dlm exam

Tapi tak pernah sedih pun bila bangun subuh lewat.Kalau sekali sekala ok la.Tapi kalau selalu lewat..

-Kita ni kadang2 boleh luangkan masa berjam-jam untuk layari internet

tapi kat Al-Quran bagi 5 minit je…

-Kita ni kadang2 sanggup jalan jauh2 nak pegi tengok wayang ke apa.

tapi nak pegi masjid rasa malas sangat,padahal dekat je

-Kita ni kadang2 sanggup bayar mahal2 nak masuk stadium ke konsert ke

tapi nak pegi masjid yg free tu tak nak pulak…

-Kita ni kadang2 laju je bila orang ajak tengok movie

tapi banyak pulak alasan bila ajak nak pegi solat dan baca Al-Quran…

-Kita ni kadang2 rasa manusia yg tentukan segala-galanya..

padahal Allah dah berfirman kita ialah perancang tapi Allah sebaik-baik perancang..

-Kita ni kadang2 kata nak bawa Islam

tapi dari segi syakhsiah tak macam nak bawa Islam

Bila ditanya kepada kita “hang nak masuk syurga ke neraka?”

Kita jawab “syurga la,takkan nak masuk neraka”

Layakkah kita?Itulah kita makhluk bernama manusia.Selalu mengharapkan sesuatu tapi kurang berusaha ke arah itu.Ops silap,bukan kita tapi aku.

Kadang-kadang rasa malu pulak bila nak mintak syurga Allah…


Entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa tapi lebih kepada diri ini yang selalu alpa dengan nikmat pemberian ArRahmanurRahim…

Marilah kita saling takmil waistikmal

Wednesday, December 17, 2008

Islam+Jahiliyah=Jahiliyah

 

Milk_glass-300

 

Saudara-saudari sekalian,

Cuba bayangkan satu gelas yang kotor kita nak isinya dengan susu.Adakah susu itu akan kekal keasliannya?? Atau adakah kita nak minum segelas air yg dalamnya ada setitik air kencing??

Kita nak bina sebuah bangunan konkrit atas satu tapak ni.Tapi kat situ ada sebuah rumah buruk.Adakah kita boleh terus bina bangunan konkrit tanpa merobohkan dahulu rumah buruk itu??

Islam merupakan agama atau cara hidup yang suci.Ia akan hilang kesuciannya apabila dicampur dengan bahan lain walaupun sedikit.Ini bermakna apabila kita mengatakan kita ni muslim maka kita perlulah tinggalkan perkara2 yang dilarang oleh Allah atau jahiliyah secara total sebagaimana sahabat2 Rasulullah saw dulu yang apabila mereka masuk Islam mereka meninggalkan sepenuhnya jahiliyah.Walaupun sebelum tu mereka suka akan sesuatu perkara itu tapi bila Allah larang mereka terus tinggal tanpa sedikit alasan pun.Inilah contoh yang kita nak cuba tiru.

Mungkin kadang2 kita sayang sangat nak tinggal sesuatu perkara tu seperti mengumpat.Mengumpat ni rasa best sangat.Tapi bila kita kata kita berIman kepada Allah kita kena lah tinggal perkara tu walaupun dah jadi darah daging dan sangat sukar dikikis.Disini dapat tengok adakah kita sanggup bemujahadah untuk buang karat-karat jahiliyah atau kita hanya biarkan saja karat itu.Sepertimana kita tahu,jika kita tak buang karat,karat itu akan lebih merebak seperti berkaratnya besi.Kalau tak buang karat akan semakin banyak dan semakin sukar nak buang.Lebih baik kita buangnya dengan segera kerana akan ada karat baru melekat pada hati kita.

Kita nak isi hati kita dengan sesuatu yang mulia maka kita perlu membersihkannya terlebih dahulu seperti misalan yang awal tadi.Sebagai contoh,apabila Sultan atau Agong nak lalu sesuatu jalan,kita perlu mengosongkan jalan tersebut untuk beri mereka lalu.Inikan pulak kita nak isi hati kita dengan tauhid kepada Allah.Inilah yang dinamakan proses tazkiyatun nafs,proses menyucikan jiwa.

Islam dan jahiliyah tak ada titik pertembungan atau persilangan dulu,kini dan selamanya.Islam hanya akan berdiri diatas runtuhan jahiliyah.Jika Islam naik dan jahiliyah turut naik,maka yang sebenarnya ialah jahiliyah yang telah naik.Islam tidak akan sesekali bercampur dengan jahiliyah.Apabila bercampur ia adalah jahiliyah bukan lagi Islam.Teringat masa kat sekolah menengah dulu terutamanya masa baru2 masuk MATRI abang2 selalu peringatkan Islam hanya akan tertegak atas runtuhan jahiliyah,maka kita perlu robohkan jahiliyah dulu.Setelah agak lama tidak mendengar kata-kata ini,ia kembali terngiang-ngiang dalam teater “ADHA” hari tu.Kata-kata Rahman atau adik membuatkan aku terfikir kembali dan pencetus kepada entry kali ini.

Sebab itulah dalam Al-Quran tidak menyuruh kepada amar ma’ruf semata-mata tetapi juga nahi munkar.Memang tidak dinafikan di Malaysia terutamanya sudah banyak kerja2 amar maaruf dilaksanakan tetapi kita juga lihat banyak juga amar munkar dilaksanakan.Macam mana Islam nak tertegak kalau perkara munkar diperbanyakkan.Ingat sudah memadai ke amar maaruf tanpa nahi munkar.

Inilah yang menjadi masalah kini.Kenapa amar maaruf kita tengok tak berapa berkesan.Program2 amar maaruf dah banyak tetapi masyarakat tetap tak faham Islam.Kita terlupa satu lagi aspek iaitu nahi munkar.Tengok saja televisyen, rancangan2 berbentuk Islam hanya berapa peratus je dari keseluruhannya.Rancangan yang menjauhkan diri dari Allah lebih banyak dari rancangan yang nak mendekatkan penonton dengan Allah.

islam solution 

Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 138 yang mafhumnya:

138. (Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".

Kenapa kita perlu cedok sikit dari jahiliyah bila kita nak buat Islam?

Kenapa kita perlu guna jalan bukan Islam untuk menegakkan tauhid di muka bumi ini?

Adakah Islam tidak menyediakan jalan2nya?

Akibat dari kurangnya kefahaman dalam Islam kita boleh lihat kini trend konsert amal.Konsert yang mendedahkan aurat dan bercampur laki2 dan perempuan tapi kononnya untuk menderma dan dapat pahala.Adakah Islam mengajar kita begini?

Sunday, December 14, 2008

Cara Sambut Tetamu

Islam itu amat indah.Ia meliputi seluruh kehidupan kita dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara.Setiap perkara telah ditetapkan garis panduannya.Ini lah keistimewaan Islam yang tidak terdapat dalam agama lain.Malah nak potong kuku pun ada caranya.

Kali ni nak kongsi sikit tentang adab menyambut tetamu.

video yg ditayangkan pada malam Jom Korban PERMAI 2008

Video diatas menunjukkan adab menyambut tetamu dari segi praktikalnya.

Secara ringkasnya antara adab2 menyambut tetamu ialah:

-sentiasa bersedia menerima kehadiran tetamu malah berlumba-lumba menyambut kunjungan sambil bermanis muka

-sentiasa melayan tetamu dengan penuh mesra dan hormat,mengucapkan kata2 yg sedap didengar serta menjamu tetamu dengan makanan dan minuman(sekadar termampu)Yang penting keikhlasan dan tidak membebankan.

-bincangkan topik bermanfaat,elakkan mengumpat.Bincanglah mengenai bagaimana hendak memperbaiki kehidupan kearah lebih dekat dengan Allah.

-jangan menunjukkan reaksi seperti menghalau tetamu yg bertandang.Jika tetamu hendak pulang,iringi mereka ke muka pintu dan mempelawa tetamu agar berkunjung lagi.Ini akan menunjukkan kita gembira menerima kedatangan mereka.

Sebenarnya banyak lagi adab2 menyambut tetamu yg telah digariskan oleh Islam dan telah ditunjukkan oleh Muhammad Rasulullah saw.Ini hanyalah antara beberapa adab dari banyak2 adab yg selalu kita alpa.

Moga perkongsian ini kita dapat manfaatnya bersama..

Saturday, December 13, 2008

Dapat Gak Jalan2

 

Alhamdulillah dapat juga diri ini menjelajah beberapa tempat menarik di Jordan seperti Qal’ah Ajlun,Jerash dan gua Ahlilkahfi.Walaupun dalam perancangan awal nak pergi lebih jauh iaitu Petra,Aqabah,Laut Mati dan banyak lagi,namun perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.Banyak hikmah disebalik tak dapat pergi ikut bersama member2 laen.Mula2 frust gak sebab rancang punya la semangat dengan Atiff,Pali,Luqman tapi ana dan Pali tak diizinkan turut serta.

Kami kena berkampung sebentar bersama keluarga teater.Memang saat yg tak dapat dilupakan.Kembali kepada tajuk asal,member2 sini telah menyusun satu trip untuk ke Ajlun,Jerash dan Amman dengan menaiki coaster yg disewa khas.Perjalanan yg mengambil masa sehari ini bermula pada 8 pagi dan kembali ke rumah pukul 10.30 malam.

DSCN1172 Istana Ajlun yg dibina oleh anak saudara Salehuddin Al-Ayyubi

DSCN1198cuba meneropong Alquds dari atas istana tapi tak nampak sebab cuaca tak elok

DSCN1192

disebalik bukit2 tu tanah suci umat Islam yg ke3 yg kini dijajah oleh Israel laknatullah

DSCN1284Pintu masuk gua ashabulkahfi edisi Jordan.Sebab apa ana kata begitu,sebab  dengar kata ada 7 tempat yg dipercayai gua ashabulkahfi.Dekat Turki dan Mesir pun ada.Wallahualam yg mana betul.Yg penting kita ambil pengajaran dari kisah 7 pemuda yg mempertahankan tauhid kepada Allah tu.Tempat tak penting. 

DSCN1262 Satu pose kat Jerash.Jerash ni tempat tamadun dulu.Ada banyak temple dan 2 theater kat sini.Ada jugak Masjid Omayyad tapi tinggal tapak je.

Habis ja kami melawat tempat2 sejarah ni,kami pergi ke Mecca Mall iaitu sebuah pasaraya kat Jordan ni.Pergh,memang pergi tengok saja.Semua barang mahal2 belaka.Cuba bayang rambutan 7 biji tak la elok sangat berharga 15 JD.Kali lima sama ngan 60 ringgit.Orang kaya mana la nak beli.Mula2 cadang  nak beli beg buat pi jami’ah,tengok harga terus tak jadi.

Kalau nak tengok lagi gambar,klik sini

Cuti nak habih dah,study satu apa pun tak.Apalah nak jadi ngan aku ni….

Thursday, December 11, 2008

Korban

        

             Kawan, korban tu bukan sembelih binatang sahaja. Sebenarnya yang ALLAH mahu adalah untuk kita manifestasikan ruh pengorbanan itu di dalam kehidupan. Kita mengorbankan nyawa binatang yang kita beli dengan duit kita sendiri, Sebab itu kalau kita lihat, Raya Korban juga dinamakan raya haji. Ibadah haji itu pun memerlukan pengorbanan yang banyak, duit, masa, kesabaran dan sebagainya. Jadi, dari dua ibadah ini, ALLAH hendak manusia itu berfikir, dan cuba menterjemahkan pengorbanan itu di dalam kehidupan mereka.

             ALLAH memberikan manusia pelbagai perkara. Tetapi, manusia di dalam kehidupannya, hendak berkorban sedikit pun tak boleh. Manusia tidak faham erti pengorbanan yang sebenar. Sebenarnya, ALLAH tidak ambil percuma pengorbanan kita. ALLAH bayar balik dengan syurga yang lagi mahal.

            Kawan, hidup kita dilimpahi pelbagai nikmat. Nikmat-nikmat ini, selain merupakan kasih sayang ALLAH, ia juga merupakan ujian daripada ALLAH. Ia ibarat garam dalam makanan. Diambil berlebihan masin, diambil kurang tawar. Sebab itulah, kita perlu berkorban. Bukan sahaja harta, tetapi juga kesenangan hidup kita, waktu kita. Kau tahu, ada sahabat-sahabat kita di luar sana, yang berkorban nyawa mereka untuk ISLAM. Walaupun mereka tahu mereka tidak akan menang, tetapi mereka yakin dengan janji pembayaran ALLAH kepada pengorbanan mereka. Kita di sini mungkin hannya perlu mengorbankan sedikit kesenangan kita, berkorban sedkit duit kita untuk bersedekah, berkorban sedikit kelenangan kita untuk bersungguh belajar, berkorban sedikit ego kita untuk merendah diri, berkorban sedikit waktu kita untuk berkerja kepada ALLAH. Orang-orang awal sebelum kita juga berkorban, dan ALLAH bayar pengorbanan mereka di dunia dan di akhirat.

(sedutan dari teater ADHA)3086086573_8f5ac0a102

Alhamdulillah tamat sudah teater ADHA.Mantap sungguh korang berlakon tambah2 watak ayah/abi.Hehe

Terima kasih kepada semua yg menjayakan pementasan ADHA dari pengarah hinggalah yang jaga prop.Moga usaha kita dikira sebagai amal soleh..

Minta maaf banyak2 kalau ada kesilapan sepanjang kita bersama dalam keluarga teater .

Monday, December 8, 2008

كل سنة و أنتم طيب

adha1

Sedar tak sedar sudah 2 kali aku beraya di Jordan walaupun baru 3 bulan lebih disini.Mungkin inilah pengorbanan yg perlu aku lakukan untuk mencari redha Ilahi.Walaupun nampak kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan saudara2 kita di Palestin,Iraq dan di mana2 sahaja.Apatah lagi jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, dan bagai 2 penghujung dunia jika nak dibandigkan dengan pengorbanan Muhammad Rasulullah saw dan para sahabat yang sanggup pertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan akhirat kita.Namun aku berharap ia jadi pemangkin kepada pengorbanan yang lebih besar.

Dalam kesempatan ini nak mendedikasikan selamat menyambut I’duladha kepada:

Mak,abah,bg cak,nina dan azhad yg berada dekat rumah

bgcik yg kini berada di Jakarta

batch ke 13 MATRI

member2 Jordan

member2 INTEC

sesiapa yg mengenali diri ini dan baca blog ni

dan kepada semua muslimin dan muslimat

Semoga I’diladha kali ini memberi makna kepada kita dan semoga kita dapat menjejaki ruh pengorbanan

Kawan,korban tu bukan sembelih binatang sahaja,sebenarnya….

(dipetik dari teater ADHA)

Saturday, December 6, 2008

"ADHA"

Sempena program Jom Korban PERMAI,akan diadakan pementasan sebuah teater yg bertajuk ADHA.Jadi mari tengok trailer dia dulu sebelum tengok yang realnya 11hb ni...

Thursday, December 4, 2008

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam



Camna nak mula post kali ni dan nak bagi tajuk apa ha...Setelah berhempas pulas cari idea,last sekali hentam ja la

Pada beberapa hari lepas dengan izin Allah,aku telah pun melalui imtihan sani bagi semester ula dan aku amat bersyukur kerana setakat ni semua imtihan ada peningkatan..(alhamdulillah)..Kalau tak meningkat pun tetap tak menurun iaitu kekal pada tahap yang lama.Kali ini bukan nak fokus pada pencapaian aku ni,tapi terngiang-ngiang di telinga aku pada awalnya adakah aku berjaya dikategorikan dalam menjadi lebih baik dari semalam dalam erti kata sebenarnya.

Ada satu hadis yang mafhumnya:
"barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari,dia adalah orang yang beruntung.Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam,dia adalah orang yang rugi dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari hari semalam dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t" 

Hal ini menyebabkan aku termuhasabah sekejap.Adakah dapat keputusan imtihan lebih baik dapat dikategorikan dalam golongan orang yang beruntung.Aku rasa keputusan imtihan tidak boleh dijadikan ukuran.Kita hanya berusaha,Allah yang tentukan segalanya.Mungkin seseorang itu malas tapi dapat markah yang tinggi,adakah layak bagi dia dikategorikan orang yang beruntung?Dan adakah layak seseorang itu yang semakin berusaha dalam menghadapi imtihan sani berbanding imtihan ula tapi markah imtihan ula lebih baik dari imtihan sani(kita ambil konteks untuk imtihan)?
Sesetengah orang mungkin berkata kita telah jadi lebih baik dari semalam kerana kita dapat markah lebih tinggi kali ini.

Bagaimanakah maksud sebenar orang yang beruntung ini.Orang yang beruntung ialah sesiapa yang dia berusaha takkan biarkan diri dia sama atau lebih teruk dari masa lalu.Jika hari ini baca Al-Quran satu muka,esok baca dua muka.Jika hari ni kadang2 ja solat jamaah kat masjid,esok cuba untuk solat 5 waktu kat masjid.Jika hari ini main game 2 jam,esok cuba kurangkan 1 jam.Aku rasa inilah kefahaman yang boleh digunapakai.Kalau salah tolong komen. 

Manusia selalu menghukum dengan apa yang dia nampak sahaja kerana sifat manusia yg terbatas,tetapi Allah yang Maha Menghukum.Segalanya terpulang kepada Allah.Yang peliknya kenapa masih ramai yang terkejar-kejar kepada pujian dan pujaan manusia dan meninggalkan untuk mencari kemuliaan disisi Allah.Kita selalu kejar markah tinggi-tinggi dan yang menyedihkan ada yang sanggup melakukan perkara yang dilarang bagi mencapai matlamat itu.Adakah kita berkira dapat markah tinggi melebihi kepentingannya dari mendapat redha Allah?Adakah kita tidak tahu atau tidak yakin bahawa rezeki itu ditangan Allah? 

Pada zaman sekolah menengah dulu,keputusan peperiksaan sahabat(pelajar lelaki) lebih baik dari sahibah(pelajar perempuan) walhal kalau nak diikutkan sahibah punya study lebih hebat dari sahabat.Tak tau la betul atau tidak,dengar orang kata.Nak dipendekkan cerita,ada seorang guru Biology aku merangkap satu-satunya guru yang ajar dari tingkatan satu iaitu Cikgu Norizan pernah sebut banyak kali satu persoalan dalam kelas beliau.Mana satu lebih baik,banyak usaha tak score atau malas tapi tetap score.Mana satu diberi ganjaran oleh Allah.Mana tidak nya,ada ja sahabat yang tidur masa kelas beliau(aku la) dan sahibah nampak macam beri perhatian yang penuh ketika proses pembelajaran berlangsung tapi bila exam tetap sahabat yang score(bukan aku).Persoalan beliau boleh dipandang dari dua sudut.Sudut pertama sebagai motivasi.Yang kedua sebagai peringatan supaya tidak berbangga dengan keputusan duniawi yang dikecapi.Jadi sejak itu aku cuba tanam dalam diri dan mind setting supaya ganjaran Allah yang lebih utama berbanding pandangan manusia.

Wednesday, December 3, 2008

Mari Kita Rebut

3072811686_450908ba43

~seorang mukmin tak akan mensia-siakan peluang

yang diberikan Allah kepadanya~