Sunday, August 31, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan


Hari ini dah 51 tahun negara kita bebas dari penjajahan fizikal oleh kuasa asing(dalaman tak tau la..fikir sendiri).So selamat menyambut kemerdekaan.


Ana tertarik ngan tema kemerdekaan tahun ini iaitu perpaduan teras kejayaan.Memang tidak dapat dinafikan bagi mencapai kejayaan sesebuah persatuan,kelab atau yang lebih besar iaitu negara perpaduan antara ahli memang memainkan peranan utama.Tanpa perpaduan yang mantap kejayaan mungkin sukar digapai.


Walaubagaimanapun kita perlu tahu atas perpaduan hanya dapat didirikan atas satu dasar iaitu atas dasar kefahaman yang sama.Jika dalam sesebuah persatuan itu terdapat pelbagai kefahaman, kejayaan hakiki amat jauh sekali dari genggaman.


Ana teringat kata2 seorang mentor yang mengatakan kita hanya boleh bersatu bila kita ada kefahaman yang sama.Begitulah juga bagi umat Islam.Kita perlu mempunyai kefahaman Islam yang sebenar bagi membolehkan kita bersatu dan seterusnya bangkit maju di bumi Allah ini.

Friday, August 29, 2008

Musafir Ke Jordan

Pada 26hb ogos hari tu Allah telah mengizinkan ana untuk bermusafir ke bumi kinanah Jordan dalam rangka untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Harapnya perjalanan yang mengambil masa lebih 24 jam itu dikira ibadah lillahitaala.Dan juga sepanjang ana di bumi Jordan moga-moga dikira berada di jalan fisabilillah.


dengan keluarga sebelum pergi di KLIA
di airport mumbai
airport dubai
wajah gembira tiba di amman
di airport amman


Monday, August 25, 2008

Perjalanan Hampir Bermula


Esok mungkin jadi detik yg bersjarah bg ana kerana akan pergi ke negara asing utk meneruskan jihad menuntut ilmu.Harap2 lepas tu boleh sumbang kepada Islam.Kalo blaja teruk2 tp Islam x leh tumpang tak guna apa yg kita blaja.Semua tu hanya tahan kat dunia ja kalau tak dak niat nak sumbang pada Islam.

Dalam kesibukan menyiapkan barang2 yang nak bawak ana terlupa satu perkara yang agak penting.Mungkin sebab kelalaian ana.Ana lupa ana juga kian menghampiri satu madrasah tapi ana belum buat apa2 persediaan lagi.

Ana tenggelam dalam kesibukan duniawi dan lupa kepada madrasah yang mendidik hati kita iaitu madrasah ramadhan.Madrasah yg cukup istimewa yg disediakan Allah sebulan setahun utk hambaNya.Di dalam nya terdpt satu mlm yg lebih baik dari seribu bulan(wow).

Tahun ni rasa kurang di tekankan ditempat blaja ttg penghayatan ramadhan.So diri ni pun seperti hanyut dalam arus yg hampir lupa akan kehadiran Ramadhan(mungkin masing2 ada urusan).

Wednesday, August 20, 2008

Berakhir satu perhentian

Hari ini berakhirlah kehidupan ana sebagai pelajar Intec.Ini hanyalah salah satu perhentian anan dalam kehidupan ini.Selepas ini ana meneruskan ke perhentian yang seterusnya iaitu di Jordan Insya ALLAH.Jadi dalm ruangan ni nak share sikit beberapa nostalgia di Intec.dalam kelas dgn lecturer english

Hari penutup INPRO

Hari penutup INPRO

Baru habis exam

Grand Diner

my classmates and lecturers

Monday, August 18, 2008

Selamat Nisfu Syaaban

Sedar tak sedar kita sudah melepasi separuh syaaban dan ana rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut nisfu syaaban kepada semua.Rasa cam baru semalam ja sambut sambutan isra' mikraj.Dan secara simboliknya kita semua juga sudah hampir dengan bulan mendidik.bulan hadiah,bulan yang berkat,bulan yang bertujuan meningkatkan taqwa dimana pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya.Bulan tersebut tidak lain tidak bukan ialah bulan Ramadhan al-mubarak.

Sudahkah kita melakukan persiapan bagu menghadapi bulan mulia tersebut.Bulan ramadhan yang diibaratkan sebagai bulan yang istimewa perlu kita masukinya dengan persediaan yang mantap bagi mendapat kelebihannya semaksima mungkin.Jika kita melakukan persediaan yang rapi bagi memasuki universiti kenapa tidak kita melakukan persiapan yang rapi juga bagi memasuki bulan didikan ini.Jadi masih tidak terlambat bagi kita untuk menyiapkan diri bagi menghadapi bulan ini.Di kesempatan yang ada marilah kita latih tangan2 kita supaya ringan memberi,kita latih badan2 kita supaya ringan bangun menunaikan solah2 sunat agar pada bulan ramadhan nanti kita mampu melakukan amal2 itu dengan lebih ikhlas dan tanpa berat hati.

Perlu kita ingat bulan ramadhan bukannya bulan yang baru kita nak berjinak-jinak dengan amal soleh.Jika pada bulan tersebut baru kita berjinak-jinak dengan amal soleh kita tak dapat menggunakan semaksima mungkin peluang yang ada yang hanya tiba sekali setahun.

Akhir kalam,persediaan rapi perlu dilakukan sebelum memasuki ramadhan sebagaimana kita melakukan persiapan untuk ke universiti atau sekolah dan marilah kita sam2 berdoa agar umur kita disampaikan hingga bulan ramadhan.

"Allahumma baariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna fi ramadhan"

Saturday, August 16, 2008

In The Begining Of The Journey


Setelah lebih 3 bulan ana meneruskan perjuangan di bumi Intec,detik terakhir hampir tiba.Segala exam sudah pun dilalui bila ana tulis post ni(harap2 Allah bagi kejayaan).walaupun hanya 3 bulan kehidupan di Intec byk mendidik ana mengenal realiti di universiti dan realiti masyarakat malaysia yang pelbagai ragam dan kerena

Kami yang bawah tajaan JPA perlu lulus cemerlang dalam exam.Maka berusaha keraslah kami untuk study agar dapat lulus cemerlang.Bila time nak habis exam ada suara2 yang mengatakan "lepas ni kita jerit merdeka nak".Kemudian terdengar pulak suara lain "buat apa nak jerit merdeka,padahal ini hanyalah permulaan.banyak lagi cubaan dan ujian yang menanti".Alhamdulillah ada gak orang yang tolong peringatkan supaya tak terlalu seronok.Betul jugak yang kata ini "ini hanyalah permulaan".Kami yang mengambil bidang perubatan perlu belajar 6tahun untk dapat degree.Ni baru 3 bulan.Terima kasih kepada yang mengingatkan itu.

Memang kalo difikirkan balik hidup ni penuh ngan ujian.Ujian hanya akan terhenti bila kita dah dipanggil Allah.Mungkin kita lulus ujian yang pertama dan kedua tapai yang seterusnya siapa yang tahu....Mungkin juga kita gagal yang pertama tapi yang seterusnya mungkin berjaya.Tapi yang paling penting kita doakan pada Allah agar kita lulus ujian-Nya walaupun gagal dalam ujian manusia dan jangan hanya lulus ujian manusia tapi gagal menghadapi ujian Allah.jadilah manusia yang berjaya kedua-duanya.

Friday, August 1, 2008

Masa-Waktu-Time


Minggu yang menyibukkan hampir berlalu.Minggu ini mungkin minggu terakhir ana belajar di Intec.Nex week dah tak belaja sebab pegi BTN then lepas tu ada final exam.Rasa masa 2 bulan lebih ana kat Intec sekejap ja.Masa minggu nilah pelbagai test dan assignment perlu dihantar.Boleh kata minggu ni merupakan minggu paling sibuk kat Intec.

Bila fikir-fikir balik ana rasa silap ana yang menjadikan minggu ni paling sibuk.Sebab apa ana kata camtu sebab masa-masa awal dulu waktu time lapang xmau buat bagi habis assignment.Sekarang barulah kalut nak buat.Time ni lah baru nak merasai berharganya nikmat masa lapang.Benarlah sabda nabi junjungan 2 nikmat yang manusia sering alpa iaitu nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan.Baginda juga pernah bersabda bahawa jagalah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

kesihatanmu sebelum datang sakit

masa lapang sebelum sibuk

kaya sebelum datangnya kemiskinan

zaman muda sebelum tua

hidup kamu sebelum kamu mati

Kehidupan ana sebagai mahasiswa baru ja nak bermula,masa yang mendatang pasti lebih sibuk.Tambahan jika ALLAH mengizinkan ana menjadi menjadi pelajar perubatan di sebuah universiti di timur tengah(doakan ana).Kebanyakan informasi yang ana dapat belajar medic memang payah.Perlu luangkan at least 2 jam sehari untuk study sendiri.fuh……lama tu(harap-harap boleh buat nanti).Dan satu lagi kalau study medic tak boleh study last minit sebab nanti banyak benda kena cover.

Ana rasa semua ni memang betul tapi pada pendapat ana tak kira kita ambik bidang apa pun kita selaku umat Nabi Muhammad yang mengaku berIman perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak bertangguh.Ingat pesan Rsulullah supaya jaga 5 perkara sebelum datang 5 perkara.Hal ini kerana kita sebenarnya tiada masa untuk berehat kerana core business kita merupakan satu kerja yang besar iaitu membina ummah.Dan pada hakikatnya kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada.