Wednesday, December 17, 2008

Islam+Jahiliyah=Jahiliyah

 

Milk_glass-300

 

Saudara-saudari sekalian,

Cuba bayangkan satu gelas yang kotor kita nak isinya dengan susu.Adakah susu itu akan kekal keasliannya?? Atau adakah kita nak minum segelas air yg dalamnya ada setitik air kencing??

Kita nak bina sebuah bangunan konkrit atas satu tapak ni.Tapi kat situ ada sebuah rumah buruk.Adakah kita boleh terus bina bangunan konkrit tanpa merobohkan dahulu rumah buruk itu??

Islam merupakan agama atau cara hidup yang suci.Ia akan hilang kesuciannya apabila dicampur dengan bahan lain walaupun sedikit.Ini bermakna apabila kita mengatakan kita ni muslim maka kita perlulah tinggalkan perkara2 yang dilarang oleh Allah atau jahiliyah secara total sebagaimana sahabat2 Rasulullah saw dulu yang apabila mereka masuk Islam mereka meninggalkan sepenuhnya jahiliyah.Walaupun sebelum tu mereka suka akan sesuatu perkara itu tapi bila Allah larang mereka terus tinggal tanpa sedikit alasan pun.Inilah contoh yang kita nak cuba tiru.

Mungkin kadang2 kita sayang sangat nak tinggal sesuatu perkara tu seperti mengumpat.Mengumpat ni rasa best sangat.Tapi bila kita kata kita berIman kepada Allah kita kena lah tinggal perkara tu walaupun dah jadi darah daging dan sangat sukar dikikis.Disini dapat tengok adakah kita sanggup bemujahadah untuk buang karat-karat jahiliyah atau kita hanya biarkan saja karat itu.Sepertimana kita tahu,jika kita tak buang karat,karat itu akan lebih merebak seperti berkaratnya besi.Kalau tak buang karat akan semakin banyak dan semakin sukar nak buang.Lebih baik kita buangnya dengan segera kerana akan ada karat baru melekat pada hati kita.

Kita nak isi hati kita dengan sesuatu yang mulia maka kita perlu membersihkannya terlebih dahulu seperti misalan yang awal tadi.Sebagai contoh,apabila Sultan atau Agong nak lalu sesuatu jalan,kita perlu mengosongkan jalan tersebut untuk beri mereka lalu.Inikan pulak kita nak isi hati kita dengan tauhid kepada Allah.Inilah yang dinamakan proses tazkiyatun nafs,proses menyucikan jiwa.

Islam dan jahiliyah tak ada titik pertembungan atau persilangan dulu,kini dan selamanya.Islam hanya akan berdiri diatas runtuhan jahiliyah.Jika Islam naik dan jahiliyah turut naik,maka yang sebenarnya ialah jahiliyah yang telah naik.Islam tidak akan sesekali bercampur dengan jahiliyah.Apabila bercampur ia adalah jahiliyah bukan lagi Islam.Teringat masa kat sekolah menengah dulu terutamanya masa baru2 masuk MATRI abang2 selalu peringatkan Islam hanya akan tertegak atas runtuhan jahiliyah,maka kita perlu robohkan jahiliyah dulu.Setelah agak lama tidak mendengar kata-kata ini,ia kembali terngiang-ngiang dalam teater “ADHA” hari tu.Kata-kata Rahman atau adik membuatkan aku terfikir kembali dan pencetus kepada entry kali ini.

Sebab itulah dalam Al-Quran tidak menyuruh kepada amar ma’ruf semata-mata tetapi juga nahi munkar.Memang tidak dinafikan di Malaysia terutamanya sudah banyak kerja2 amar maaruf dilaksanakan tetapi kita juga lihat banyak juga amar munkar dilaksanakan.Macam mana Islam nak tertegak kalau perkara munkar diperbanyakkan.Ingat sudah memadai ke amar maaruf tanpa nahi munkar.

Inilah yang menjadi masalah kini.Kenapa amar maaruf kita tengok tak berapa berkesan.Program2 amar maaruf dah banyak tetapi masyarakat tetap tak faham Islam.Kita terlupa satu lagi aspek iaitu nahi munkar.Tengok saja televisyen, rancangan2 berbentuk Islam hanya berapa peratus je dari keseluruhannya.Rancangan yang menjauhkan diri dari Allah lebih banyak dari rancangan yang nak mendekatkan penonton dengan Allah.

islam solution 

Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 138 yang mafhumnya:

138. (Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".

Kenapa kita perlu cedok sikit dari jahiliyah bila kita nak buat Islam?

Kenapa kita perlu guna jalan bukan Islam untuk menegakkan tauhid di muka bumi ini?

Adakah Islam tidak menyediakan jalan2nya?

Akibat dari kurangnya kefahaman dalam Islam kita boleh lihat kini trend konsert amal.Konsert yang mendedahkan aurat dan bercampur laki2 dan perempuan tapi kononnya untuk menderma dan dapat pahala.Adakah Islam mengajar kita begini?

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..