Thursday, December 4, 2008

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam



Camna nak mula post kali ni dan nak bagi tajuk apa ha...Setelah berhempas pulas cari idea,last sekali hentam ja la

Pada beberapa hari lepas dengan izin Allah,aku telah pun melalui imtihan sani bagi semester ula dan aku amat bersyukur kerana setakat ni semua imtihan ada peningkatan..(alhamdulillah)..Kalau tak meningkat pun tetap tak menurun iaitu kekal pada tahap yang lama.Kali ini bukan nak fokus pada pencapaian aku ni,tapi terngiang-ngiang di telinga aku pada awalnya adakah aku berjaya dikategorikan dalam menjadi lebih baik dari semalam dalam erti kata sebenarnya.

Ada satu hadis yang mafhumnya:
"barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari,dia adalah orang yang beruntung.Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam,dia adalah orang yang rugi dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari hari semalam dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t" 

Hal ini menyebabkan aku termuhasabah sekejap.Adakah dapat keputusan imtihan lebih baik dapat dikategorikan dalam golongan orang yang beruntung.Aku rasa keputusan imtihan tidak boleh dijadikan ukuran.Kita hanya berusaha,Allah yang tentukan segalanya.Mungkin seseorang itu malas tapi dapat markah yang tinggi,adakah layak bagi dia dikategorikan orang yang beruntung?Dan adakah layak seseorang itu yang semakin berusaha dalam menghadapi imtihan sani berbanding imtihan ula tapi markah imtihan ula lebih baik dari imtihan sani(kita ambil konteks untuk imtihan)?
Sesetengah orang mungkin berkata kita telah jadi lebih baik dari semalam kerana kita dapat markah lebih tinggi kali ini.

Bagaimanakah maksud sebenar orang yang beruntung ini.Orang yang beruntung ialah sesiapa yang dia berusaha takkan biarkan diri dia sama atau lebih teruk dari masa lalu.Jika hari ini baca Al-Quran satu muka,esok baca dua muka.Jika hari ni kadang2 ja solat jamaah kat masjid,esok cuba untuk solat 5 waktu kat masjid.Jika hari ini main game 2 jam,esok cuba kurangkan 1 jam.Aku rasa inilah kefahaman yang boleh digunapakai.Kalau salah tolong komen. 

Manusia selalu menghukum dengan apa yang dia nampak sahaja kerana sifat manusia yg terbatas,tetapi Allah yang Maha Menghukum.Segalanya terpulang kepada Allah.Yang peliknya kenapa masih ramai yang terkejar-kejar kepada pujian dan pujaan manusia dan meninggalkan untuk mencari kemuliaan disisi Allah.Kita selalu kejar markah tinggi-tinggi dan yang menyedihkan ada yang sanggup melakukan perkara yang dilarang bagi mencapai matlamat itu.Adakah kita berkira dapat markah tinggi melebihi kepentingannya dari mendapat redha Allah?Adakah kita tidak tahu atau tidak yakin bahawa rezeki itu ditangan Allah? 

Pada zaman sekolah menengah dulu,keputusan peperiksaan sahabat(pelajar lelaki) lebih baik dari sahibah(pelajar perempuan) walhal kalau nak diikutkan sahibah punya study lebih hebat dari sahabat.Tak tau la betul atau tidak,dengar orang kata.Nak dipendekkan cerita,ada seorang guru Biology aku merangkap satu-satunya guru yang ajar dari tingkatan satu iaitu Cikgu Norizan pernah sebut banyak kali satu persoalan dalam kelas beliau.Mana satu lebih baik,banyak usaha tak score atau malas tapi tetap score.Mana satu diberi ganjaran oleh Allah.Mana tidak nya,ada ja sahabat yang tidur masa kelas beliau(aku la) dan sahibah nampak macam beri perhatian yang penuh ketika proses pembelajaran berlangsung tapi bila exam tetap sahabat yang score(bukan aku).Persoalan beliau boleh dipandang dari dua sudut.Sudut pertama sebagai motivasi.Yang kedua sebagai peringatan supaya tidak berbangga dengan keputusan duniawi yang dikecapi.Jadi sejak itu aku cuba tanam dalam diri dan mind setting supaya ganjaran Allah yang lebih utama berbanding pandangan manusia.

1 comment:

  1. hei hei...

    ana teringat guru besar sekolah rendah ana ada cakap,

    " Berjaya dengan usaha dan berjaya tanpa usaha ini dua perkara berbeza"

    Sebabkan, berjaya dengan usaha, maka kita akan dapat dua pahala. Pahala usaha, pahala berjaya. Kalau berjaya tanpa usaha, mungkin tak dapat apa-apa. Sebab, satu, tanpa usaha, maka pergantungan kepada ALLAH telah menjadi silap sebenarnya. Sebab ALLAH suruh kita usaha. Kedua,tanpa usaha, memudahkan kita alpa. Ketiga, kemungkinan besar itu adalah istidraj(na'uzubillah).

    korang bukan tak berusaha sebenarnya. Cuma sempoi. Usaha tu ada. Ana nampak. HA ha...

    terus berjaya. Bangga ada rakan serumah terer. Ha ha...

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..