Sunday, December 14, 2008

Cara Sambut Tetamu

Islam itu amat indah.Ia meliputi seluruh kehidupan kita dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara.Setiap perkara telah ditetapkan garis panduannya.Ini lah keistimewaan Islam yang tidak terdapat dalam agama lain.Malah nak potong kuku pun ada caranya.

Kali ni nak kongsi sikit tentang adab menyambut tetamu.

video yg ditayangkan pada malam Jom Korban PERMAI 2008

Video diatas menunjukkan adab menyambut tetamu dari segi praktikalnya.

Secara ringkasnya antara adab2 menyambut tetamu ialah:

-sentiasa bersedia menerima kehadiran tetamu malah berlumba-lumba menyambut kunjungan sambil bermanis muka

-sentiasa melayan tetamu dengan penuh mesra dan hormat,mengucapkan kata2 yg sedap didengar serta menjamu tetamu dengan makanan dan minuman(sekadar termampu)Yang penting keikhlasan dan tidak membebankan.

-bincangkan topik bermanfaat,elakkan mengumpat.Bincanglah mengenai bagaimana hendak memperbaiki kehidupan kearah lebih dekat dengan Allah.

-jangan menunjukkan reaksi seperti menghalau tetamu yg bertandang.Jika tetamu hendak pulang,iringi mereka ke muka pintu dan mempelawa tetamu agar berkunjung lagi.Ini akan menunjukkan kita gembira menerima kedatangan mereka.

Sebenarnya banyak lagi adab2 menyambut tetamu yg telah digariskan oleh Islam dan telah ditunjukkan oleh Muhammad Rasulullah saw.Ini hanyalah antara beberapa adab dari banyak2 adab yg selalu kita alpa.

Moga perkongsian ini kita dapat manfaatnya bersama..

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Harap komen saya tidak mengganggu saudara.
    MasyaAllah video ini bagus. Memaparkan apa yang selalu nya berlaku.Esspecially bila duduk sendiri/ dengan kawan2. Dengan keluarga ada jugak kot, not sure.
    Lakonan para pelakon....quite funny and entertaining! Semua asyik tersenyum2 je...wouldnt something with a little bit more of seriousness be better??

    ReplyDelete
  2. kepada itminaan90

    kadang2 manusia tu lalai..
    lebih ingin menarik penonton bergembira drp ingin menyampaikan mesej...

    terima kasih kerna mengingatkan...

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..