Monday, November 24, 2008

Rindu Kat Matri




Rasanya dah nak cukup setahun ana tinggalkan MATRI.Sejak tu hanya 4 kali (kot) pergi ziarah MATRI.1st masa awal tahun hantar adik,2nd ambil keputusan SPM,3rd saja pergi awal bulan Mei dan yg terakhir sebelum fly ke Jordan ni.Rasa rugi pula tak pergi banyak kali.Dah la terlepas sambutan 2 dekad masa bulan Mei hari tu sebab dah start belajar.Time tu sedih la jugak sebab tak dapat pi.Tapi alhamdulillah ada gak sahabat yg menemani ketika itu yang senasib dgn ana iaitu Tg Fahmi.

Banyak kenangan yg sukar dilupakan ketika berada di MATRI.Sahabat2,guru2,ustaz ustazah dan juga pakcik2 kg Tunjung.Bagi ana zaman menuntut kat MATRI lah merupakan masa yang paling ana rasa gembira jika nak dibandingkan dengan kehidupan di INTEC dan di Jordan ni.Walaupun kawan ana kat sini ada yg mengatakan zaman INTEC lah yang paling best sebab enjoy dan ukhwah yg sgt rapat antara pelajar Middle East Program tapi tidak bagi ana.Bagi ana kehidupan di INTEC merupakan period yang ana nak habiskan dgn cepat,tak nak duk lama2.Mana daknya,rasa tak selesa sebab dekat INTEC agak 'open'.Jordan ni kira boleh tahan r.

Sahabat2 di Matri memang tiada pengganti hingga kini.Walaupun sekarang ni dikelilingi banyak orang2 yg hebat dan ada jugak dari Matri(batch berlainan),tapi sejujurnya takda siapa lagi yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan hampir setahun lalu.Lutfi,Ihsan,Bashier,Ikhwan,Muhaimin,Luqman Rejab,Radhi dan tak lupa juga sahabat yang ana rasa paling rapat dan kenali sejak kecil lagi iaitu Iqbal.Tak lupa juga Amin Roseli yang duduk sebelah masa form 5 dulu.Ana sangat merindui kalian.Apakah yang antum sedang lakukan sekarang??Boleh kata setiap hari ana terfikir ttg apa yang kalian sedang lakukan ketika itu.Sudah banyak susah dan senang kita lalui bersama.Walaupun kadang2 bergaduh,tapi itulah asam garam dalam bersahabat dan kadang2 ia menyebabkan kami lebih rapat.Namun apakan daya,masing2 perlu terus berjuang di medan masing dan hidup ini bukan sekadar kat Matri.Masing2 perlu bertebaran barulah Islam dapat disebarkan di seluruh dunia.
gambar masa sambutan 2 dekad.Sedih tak dapat turut serta

Apabila terbaca dalam discusssion friendster ttg reunion yg batch ana nak buat rasa iri hati pulak sebab tak leh pi.Harap2 kita masih ada masa untuk berjumpa.Jika kawan2 kat Jordan ni perasan,kadang2 ana suka bersendirian apabila berjalan ke Jamiah atau ke balad.Bukan nak mengasingkan diri,tapi sekadar ingin menenangkan fikiran dan masih mencari sahabat yang memahami dan 'sekepala'.

Yang paling utama,ana rindukan suasana ketika berada di Matri walaupun kadang2 tu langgar juga peraturan sekolah.Suasana yang ana rasa ana takkan jumpa di mana jua.Suasana yang dapat mendidik jiwa dan Iman.Iaitu tarbiyah.Dulu tak perlu risau akan perlu tundukkan pandangan dan ikhtilat sebab kelas laki perempuan diasingkan tapi sekarang amat sukar untuk menjaga pandangan.Mungkin sebab inilah juga ana ni tak pandai sangat nak berkomunikasi dengan perempuan.Setiap hari rasanya semakin banyak karat yang melekat di hati ini dan rasa semakin payah nak bersihkan.Kalau anda perasan,dalam kebanyakan pos ana,ana ada menyebut tentang tundukkan pandangan ni kerana bagi ana ini merupakan ujian yang amat berat dan amat sukar dan mungkin hati semakin rasa jauh dari Allah sebab ini.Rasa2 bila la biah Solehah akan kembali dalam kehidupan masyarakat.

~Hati ini rasa semakin rindu apabila bersendirian dalam keadaan yang sunyi.Rindu akan proses pembentukan Iman dan sahabat2.Tak tau kat mana nak diluahkan.Jadi terluah la coretan ringkas dalam blog ni.Nak tulis panjang2 tak mampu tambah2 hujung minggu ni ada exam

8 comments:

  1. Ana yang dekat pun tak terdaya lagi nak pergi MATRi..
    Reunion pun ana tak sure..
    Namun ana akan cuba hargai nikmat masa yang diberi..
    semoga berjaya disana..
    doakan kejayaan kami disini..

    ReplyDelete
  2. Mencurahkan apa yang dirasai juga adalah kekuatan.Yg brlalu adalah sejarah yg perlu diambil iktibar.lalui realiti hari ini.Hargai pluang dan masa.Bersedia mehdpi yg akn dtg dengan ilmu dan Iman.Ujian sentiasa ada dimana sja.Sentiasa letakkan Allah dihadapan dalam apa jua keadan

    ReplyDelete
  3. I.Allah ana sentiasa mendoakan shbt2 akan kejayaan dunia dan akhirat.
    Duk jauh dr malaysia mmg akan terkenang kat malaysia walaupun kalau duk malaysia pun tak tentu teringat sbb dekat.Dah jauh baru teringat.Itulah manusia,bila dah takda baru nak teringat.Yang disisi tak mau jaga.
    ~peringatan utk diriku~

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah..

    kat matri tu.. tmpat mngumpul kekuatan..
    dah kluar nnt.. tmpt memberi dan berbakti pula..

    mari berusaha mewarnakan dunia dgn ruh Islam sebenar..

    ReplyDelete
  5. kepada anonymous
    terima kasih krn beri peringatan..

    ayuh kita bangun...

    ReplyDelete
  6. eh gambar aku x da pon 2 dekad..
    (x cemerlang cam diorang)

    ReplyDelete
  7. aku mmg x cemerlang cam diorang ni la..tu x de gambar..pelajar biasa je..hahaha.

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..