Thursday, October 23, 2008

Perubatan Dalam Al-Quran

Al Quran telah diturunkan oleh Allah sejak 14 kurun yang lampau sebagai rujukan dan panduan bagi manusia. Sebagai sebuah kitab yang lengkap dari segenap sudut, ia mengandungi pelbagai ilmu yang perlu diterokai oleh manusia. Selain dari sebagai panduan utama, al quran juga di gunakan oleh manusia untuk mengubati penyakit. Rasulullah telah mengajar terdapat ayat Al Quran yang boleh dijadikan ikhtiar untuk mengubati penyakit. Fiman Allah Surah Al Isra’: 82

Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Kebanyakan ulama menafsir syifa’ sebagai penyembuh walaupun ada yang kadang-kadang menafsirnya sebagai penawar. Menurut para ulama, al-Quran sebagai kitab suci ini antara lainnya diturunkan bagi menyembuhkan penyakit zahir dan batin. Penyakit zahir termasuklah sakit jantung, kayap dan sebagainya manakala penyakit batin adalah seperti hasad, dengki, sombong dan lain-lain. Ia diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w., “Hendaklah kamu menggunakan dua perkara untuk penyembuh iaitu al-Quran dan madu lebah.”Adakah semua ayat al-Quran itu boleh digunakan sebagai penyembuh? Bukan semua ayat Allah itu menjadi penyembuh tetapi pernyataan itu adalah secara umum. Bagi mereka yang mempunyai penyakit was-was dan resah gelisah, mungkin dengan membaca al-Quran ia boleh hilang.Bagaimanapun, ada ayat khusus untuk penyakit yang khusus. Ini boleh diketahui jika mendalami atau kita mengkaji tentang penggunaan ayat-ayat al-Quran dalam perubatan Islam.Bagaimanapun, bagi tujuan perubatan, kita mestilah yakin apabila mengamalkan bacaan ayat tertentu. Ia pula perlu dilakukan berulang-ulang dan istiqamah, bukannya baca sekali dua sahaja. Melalui cara ini, insya-Allah penyakit itu akan sembuh.Apakah contoh ayat yang boleh dijadikan penyembuh penyakit manusia?Ada pandangan sesetengah ulama bahawa ayat 1-6 surah Taha adalah ayat pelembut hati.Ini berdasarkan kisah Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat garang dan bengis beriman kepada Allah dengan hanya mendengar adiknya membaca ayat ini secara sepintas lalu.Bagaimanapun, jangan salahkan ayat-ayat al-Quran ini jika usaha kita tidak berjaya.Begitu juga ada ulama yang berkata, untuk menambahkan kasih suami kepada isteri boleh diamalkan membaca ayat 23 daripada surah Yusuf.Menurut Ahmad at Tabrani daripada Kaab bin Malik, Nabi bersabda, “Apabila salah seorang kamu berasa sakit maka hendaklah ia meletak tangannya di tempat yang berasa sakit dan membaca doa, aku minta berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya di atas segala apa kesakitan yang aku rasai.”

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..