Friday, October 17, 2008

Muhasabah 18 Tahun



Hari ini mengikut masihi genaplah umur aku 18 tahun.Jika diikutkan hijrah,sudah lama aku berumur 18 iaitu pada 28 rabiulawal yang lepas lagi.Tidak kisah lah nak ikut yang mana satu.Walakin kulluhu mush dhoruri.Aku tertanya-tanya pada diri aku,apakah yang telah aku lakukan selama 18 tahun ini.Bagaiamana dengan tanggungjawab aku pada diriku,tanggungjawab pada kawan2 dan sahabat,tanggungjawab aku pada ibu bapa,tanggungjawab pada adik-beradik,tanggungjawab dengan study aku,tanggungjawab pada murabbiku,tanggungjawab aku pada masyarakat dan banyak lagi dan yang paling penting bagaimana dengan dakwah dan tarbiyah ku.Adakah aku berjaya melaksanakan tugas2 ini dengan jayanya atau adakah aku telah berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin atau aku hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat.Adakah aku hanya seperti orang2 kebiasaan yang hanya bangun pagi pergi belajar kemudian balik. Petang main, malamnya study dan kemudian tidur. Pertanyaan2 yang menerjah fikiran ini begitu menyesakkan jiwa dan menyebabkan aku berfikir kembali siapa sebenarnya aku dan apakah tugas sebenar aku di muka bumi ini. Adakah aku digolongkan dalam golongan ghuraba’ atau tidak. Jika tidak maka sia-sialah hidup aku.Teringat aku pada satu ayat yang agak selalu didengari, “hari lahir bukanlah satu hari yang patut di sambut dengan berseronok-seronok tanpa tujuan,tapi perlulah disambut dengan penuh kesyukuran dan munasabah diri kerana meningkatnya umur kita maka dekatlah kita dengan kematian”.

Mungkin mereka yang menyambut dengan parti yang bercampur gender telah bersedia menghadapi hari kematian.Secara jujurnya aku rasa aku belum bersedia untuk menghadapi kematian berdasarkan apa yang telah aku laksanakan walaupun aku tahu kematian itu boleh datang bila-bila sahaja. Mungkin sebentar lagi atau mungkin bertahun-tahun lagi.Jika diikutkan umur umat Nabi Muhammad saw lebih kurang 60 tahun.Maka aku telah habiskan 1/3 hidup. Itupun jika hidup sampai 60 maka aku masih berpeluang untuk mengubah diri,jika sebentar lagi adakah aku sempat?Orang selalu kata pada majlis perkahwinan,kawin sekali ja sepanjang hidup(kalau betul sekali),jadi buatla betul2.Begitulah dgn kematian.Murabbi aku di Matri pernah mengingatkan kematian hanya sekali sahaja dan tiada yang kedua.Terpulang lah kepada kita untuk macam mana kita nak hadapi peristiwa yang berlaku hanya sekali itu sahaja.

Allahumma takhtim ‘alaina bi husnilkhatimah wa la takhtim ‘alaina ya Allah bi suuilkhatimah

(ya Allah matilah aku dalam keadaan yang berIman dan jgn Engkau matikan aku dalam keadaan yang hina)

Mengingat kembali sepanjang perjalanan hidup ini terutamanya sepanjang tahun 2008 ini menyebabkan aku berfikir aku masih belum layak untuk menjadi graduan MATRI dan kadang2 terfikir aku akan sebuah hadis Nabi saw yang maksudnya lebih kurang “siapa yang hari ini lebih baik dari semalam dialah orang yang beruntung,siapa yang sama sahaja(tiada peningkatan) hari ini dari semalam dia ialah orang yang rugi dan siapa yang hari ini lebih teruk dari semalam dia ialah orang yang celaka”.Di manakah kedudukan aku??pertama,kedua atau ketiga.Banyak sahabat2 yang kata aku ni dah berubah dari segi percakapan.Aku pun tak perasan akannya tapi aku yakin mereka tidak menipu berdasarkan kata2 jika kamu ingin mengenali seseorang tanyalah jirannya.

Impian Aku Sempena 18 tahun Aku Hidup

Aku harap aku mampu terus melalui jalan yang telah dipelopori oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan juga yang telah diikuti para ulama. Walaupun aku tahu jalan ini penuh dengan ranjau,onak dan duri dan penuh dengan perkara2 yang berlawanan dengan nafsu dan aku tahu jalan ini tidak dihampiri dengan karpet merah tapi aku yakin inilah satu2 nya jalan yang paling selamat dan cepat untuk aku sampai ke syurga Allah.Aku juga berharap aku di masukkan dalam toifah yang benar2 memperjuangkan dan cuba menegakkan agama Tauhid di bumi Allah ini.Aku tidak ingin menjadi orang biasa,aku ingin menjadi orang luar biasa kerana aku ada tugas penting yang perlu aku laksanakan.


Ya Allah ampunkanlah dosa2 hambaMU ini dan bebaskan aku dari fitnah harta dan wanita dan berikanlah aku kekuatan untuk menempuh jalan menuju redhaMU.

1 comment:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..