Sunday, October 5, 2008

Indah Khabar Dari Rupa

Setelah agak lama menyepi,ana rasa ana patut tulis sesuatu dalam blog ni. Sebelum tu ana nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini atau sesiapa yang baca post ni.

Setelah lebih sebulan ana berada di perantauan,ana dapati Jordan ni tidak sehebat yang dicanang.Memang tidak dapat dinafikan di sini terdapat banyak ulama'2 besar yang boleh kita berguru.Tetapi disini juga terdapat...........Jadi ada satu perumpamaan yang sangat sesuai bagi Jordan ni.Di bumi syams ni terdapat malaikat yg paling baik sekali dan di sini jugak terdapat syaitan yang paling jahat.

Sebelum ana datang bumi Urdun ni ana hanya menyangka orang arab ni kasar,besar dan ganas.Yang paling ana tak sangka pakaian orang tempatan sini.Astaghfirullah.Sangat sukar menjaga pandangan disini tambhan pula kalau belajar dikelas.Kalau duduk belakang memang tak boleh nak ghaddulbasar dah.Boleh kata lagi teruk dari Malaysia.(semoga Allah kuatkan Iman diri ini).jangan menyangka lelaki arab semua hebat macam Rasulullah saw,ada jugak macam Abu Jahal dan bukan semua perempuan arab macam Khadijah.

Dan baru2 ni ana ada dengar seorang sahabat sebut bahawa Rasulullah pernah bersabda, jika penduduk syams rosak maka rosaklah semua penduduk bumi(aukamaqal).Wallahualam.Mungkin sebab tu Hassan AlBanna diizinkan Allah lahir dikalangan orang arab kerana bangsa arab bagaikan lambang bagi umat Islam sejagat.

1 comment:

  1. Salam,
    teruskan perjuangan dan jgn patah semangat.

    Abu Salman

    ReplyDelete

komen dan pendapat amat dialu-alukan..