Monday, October 13, 2008

Ujian


Hidup ini penuh dengan ujian samada kita sedar atau tidak.Mungkin umum beranggapan ujian itu apabila kita miskin,kematian orang disayangi tapi perlulah kita ingat bahawa ujian Allah tidak terbatas pada itu sahaja.Boleh jadi harta yang dikurniakan kepada kita ialah ujian dari-NYA.Sebab apa Allah menguji kita??Sebelum tu mari kita tengok sebab apa kita kena ambil banyak ujian dan exam di tempat pengajian kita?Tentu untuk melayakkan kita ke peringkat seterusnya.Ambil SPM untuk masuk IPT.Begitulah juga dengan ujian Allah.Allah menguji kita untuk meningkatkan darjat kita. Sekali kita lepas satu ujian Allah,Allah akan angkat kita ke peringkat yang lebih tinggi.Namun ia tidak berhenti setakat itu sahaja.Selepas itu ada pula ujian lain.Macam lepas SPM ada pula Diploma atau Matrikulasi.Ini semua bertujuan untuk melihat ketulenan Iman kita. Adakah kita hanya mampu berkata-kata tapi tidak mampu beramal atau kedua-duanya.

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 214 maksudnya:

214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu?

Sesetengah orang mungkin mampu lepas ujian kemiskinan tapi tidak dari segi perempuan atau mungkin sebaliknya.Mungkin kita boleh pergi kelas awal tapi tidak awal pada solat.Mungkin kita mampu hormati ibu bapa kita tapi tidak guru2 kita.Mungkin kita akan infaqkan harta kita kepada jalan Allah apabila Allah beri kita harta yang banyak atau mungkin kita sanggup jual agama Allah untuk dapat harta.Disini lah Allah ingin melihat Iman sebenar kita.Adakah kita benar2 berIman atau tidak.Ramai yang antara kita yang tertanya-tanya kenapa ujian ni Allah hanya berikan kepada orang Islam tidak kepada orang kafir.Kita lihat orang kafir begitu mudah capai kejayaan berbanding orang Islam.Ada juga yang menyatakan kenapa orang kafir yang berjudi dan minum arak boleh Berjaya tapi kita yang solat tiap2 hari tak pun.Ana nak bawa satu cerita yang ana pernah dengar dari seorang sahabat(tak tau la cerita ni betul atau rekaan semata-mata)

Ada 2 orang nelayan sedang menjala di sebatang sungai. Seorang dari mereka muslim manakala seorang lagi kafir.Pada saat nak tebar jala,si kafir baca naa tuhan dia dan tebar jala.Yang si muslim pulak baca basmalah sebelum tebar jala.Tapi si kafir dapat ikan lebih banyak dari si muslim padahal yang muslim menyebut nama Allah.Malaikat ternampak peristiwa itu dan kesian dengan orang Islam tersebut lalu memberitahu Allah kenapa orang Islam tersebut mendapat ikan yang sikit padahal dia menyebut nama Engkau kenapa tidak orang kafir itu yang mendapat ikan sikit.Kenapa Engkau menguji hamba MU itu??.Lalu Allah jawab buat apa Aku nak uji orang kafir itu kerana dia memang sudah kafir.Aku uji hambaKu itu untuk melihat adakah dia benar2 berIman kepadaKu.

Dari cerita ini kita dapat konklusikan kenapa Allah uji kita dan tidak uji orang kafir.Orang kafir memang sudah di janjikan neraka,buat apa nak uji lagi.Manakala bagi kita orang Islam,kita diuji untuk menentukan adakah kita benar2 layak untuk masuk syurga Allah.Jadi ambillah perhatian atas setiap tindakan kita kerana ia akan menentukan dimana kedudukan di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..