Thursday, October 9, 2008

Diari Aidilfitri

Walaupun Aidilfitri sudah agak lama berlalu dan orang Islam sedunia kini sibuk berpuasa enam dan jugak sibuk dengan rumah terbuka,ana rasa belum terlambat untuk menceritakan pengalaman pertama ana beraya di luar Negara.

Alhamdulillah tahun ini Allah mengizinkan ana untuk merasai sendiri pengalaman yagng jarang2 dinikmati orang lain iaitu beraya jauh dari kampung halaman dan keluarga. Tapi kami di sini juga mempunyai sebuah keluarga yang besar yang terdiri dari semua pelajar melayu yang menuntut samada di U.Yarmuk atau JUST.

Sebelum menulis lebih lanjut,kami yang berada di bumi syams Urdun terlebih dahulu meraikan Hari Kebesaran Aidilfitri daripada penduduk Malaysia walaupun waktu Malaysia lebih cepat 5 jam dari Jordan.Kami beerpuasa 29 hari berbanding di Malaysia yang berpuasa 30 hari.

Malam raya pertama(29 september)

Ana mendapat tahu keesokan hari ialah Aidilfitri melalui televisyen di sebuah kedai makan.Ketika itu sedang berbuka puasa.Apabila dapat saja tahu esok ialah raya,terus capai henset nak hantar sms raya kat Malaysia.tapi line pulak sibuk.Try beberapa kali baru dapat hantar.Yang tu pun dah lepas Isyak baru dapat sent.Lewat malam baru dapat sms balas dari Malaysia.Sebab masa hantar sms tu Malaysia awal pagi.Bila baca sms balas dari Malaysia, rupa2 nya Malaysia belum raya lagi.Takpa lah hantar ucapan awal sikit.Lepas Isyak dan takbir raya di sini.kami pelajar melayu berkumpul ramai2 di masjid jami’ah Yarmuk dan bertakbir versi melayu.Takbir versi arab xda lagu mendayu-dayu dan sedih2 macam melayu.Orang2 Arab kerumun budak2 melayu sebab takbir pelik.Siap pakai mikrofon masjid lagi.Habis ja takbir di masjid,pelajar2 lelaki berpecah kerumah pelajar perempuan untuk bertakbir.Ana pun pergi la jugak dan kena takbir dan tersangkut la jugak sebab tak hafal(malu gak).sebelum ni x pernah pun kena lead takbir raya. Kemudian kami pun balik rumah masing2.Balik ja rumah ada seorang kawan ana di sini semangat nak masak rending.Kalau ana sambut biasa2 sudah.Tapi kawan punya pasal,ana pun tolong dia masak rendang dan ketupat segera.Malam terpaksa lah tidur lewat.

Hari Raya Pertama(30 september)

Kami di sini solah sunat raya pada 715 pagi.Khutbah dia dapat dengar ja la.Faham tak pun.Belum masyi Arab lagi.Habis ja khutbah raya kami bersalam-salaman dengan Imam Besar sini yang dikenali Syeikh Makmun dan sesame kami pelajar melayu.Sempat la juga bergambar untuk dijadikan nostalgia.Lepas t uterus balik rumah.Mula2 ingatkan disini sambut Aidilfitri biasa2 ja.Rupa2nya meriah jugak Amalan ziarah-menziarahi diamalkan.Ana pun dengan kawan2 kat sini saling menziarahi rumah masing2 dan juga rumah senior.Hari tersebut memang memenatkan,dah la semalam nya tidur lewat.

Hari Raya Kedua(1 oktober)

Pada hari raya kedua kami dijemput untuk ke rumah terbuka Jabatan Penuntut Malaysia di Amman yang mengambil masa lebih kurang dua jam utk sampai.Mula2 rasa malas sebab jauh dan meletihkan dan kena bayar tambang 4 dinar.Tapi nak pengalaman punya pasal,ana pun pergi. Tak la menyesal sgt pergi sebab dapat makan sedap2 tapi next time xmau pergi dah sebab pergi makan ja.Xda apa yg best.

Ana rasa yang ni ja kot ana nak kongsi beraya di Jordan sebab hari2 selepas itu biasa2 ja just ada rumah terbuka orang buat.Boleh kata 4 hari ana tak yah masak.Semua makan kat rumah orang lain.Ok sekarang ana nak cerita pulak camna orang Arab sini beraya.Tadi ana cerita camna ana beraya disini.

Dari segi persiapan raya,orang sini turut melakukan persiapan yang agak meriah mungkin tapi depa tak tinggal solat kat masjid cam Malaysia.Lagi hujung ramadhan lagi ramai terutamanya malam 27,Depa yakin malam tu malam al-qadr.Dari isyak sampai subuh masjid penuh.Terdapat juga kedai2 yang menjual kuih raya disini.Tapi kuih raya sini la.Bila nak dekat raya,kuih2 sgt byk sampai ada satu kedai terpaksa simpan dia punya meja kerusi.Seperti ana tulis sebelum ni,takbir disini xda lagu dan depa mula start takbir lepas Isyak dan sebelu subuh sampai la solah sunat.Pagi raya disini jalan menjadi begitu lengang sampai zohor.Semua kedai tutup kecuali kedai makan.Walaupun menyambut Aidilfitri,kedai2 disini tetap bukak untuk cari rezeki.Jika di Malaysia ada istilah balik kampong tapi disini balik bandar.Tempat yang ana tinggal merupakan bandar dan bila menjelang tengah hari byk budak jalan kat syari’ jami’ah(satu jalan famous kat sini) dengan gaya tersendiri.Masa ni boleh kata yang ada kat syari’ jami’ah semua budak2 yang datang entah dari hulu mana.Time bukan raya xda pon.Depa dah conquer jalan sini.Dah berlagak macam orang besar dari segi pakaian dan tanpa segan silu budak belasan tahun menghisap rokok.

Setakat ini saja post raya.Akhir kata jangan jadikan Aidilfitri ini menghapuskan segala amalan kita pada bulan Ramadhan.Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..