Sunday, August 31, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan


Hari ini dah 51 tahun negara kita bebas dari penjajahan fizikal oleh kuasa asing(dalaman tak tau la..fikir sendiri).So selamat menyambut kemerdekaan.


Ana tertarik ngan tema kemerdekaan tahun ini iaitu perpaduan teras kejayaan.Memang tidak dapat dinafikan bagi mencapai kejayaan sesebuah persatuan,kelab atau yang lebih besar iaitu negara perpaduan antara ahli memang memainkan peranan utama.Tanpa perpaduan yang mantap kejayaan mungkin sukar digapai.


Walaubagaimanapun kita perlu tahu atas perpaduan hanya dapat didirikan atas satu dasar iaitu atas dasar kefahaman yang sama.Jika dalam sesebuah persatuan itu terdapat pelbagai kefahaman, kejayaan hakiki amat jauh sekali dari genggaman.


Ana teringat kata2 seorang mentor yang mengatakan kita hanya boleh bersatu bila kita ada kefahaman yang sama.Begitulah juga bagi umat Islam.Kita perlu mempunyai kefahaman Islam yang sebenar bagi membolehkan kita bersatu dan seterusnya bangkit maju di bumi Allah ini.

1 comment:

komen dan pendapat amat dialu-alukan..