Friday, August 1, 2008

Masa-Waktu-Time


Minggu yang menyibukkan hampir berlalu.Minggu ini mungkin minggu terakhir ana belajar di Intec.Nex week dah tak belaja sebab pegi BTN then lepas tu ada final exam.Rasa masa 2 bulan lebih ana kat Intec sekejap ja.Masa minggu nilah pelbagai test dan assignment perlu dihantar.Boleh kata minggu ni merupakan minggu paling sibuk kat Intec.

Bila fikir-fikir balik ana rasa silap ana yang menjadikan minggu ni paling sibuk.Sebab apa ana kata camtu sebab masa-masa awal dulu waktu time lapang xmau buat bagi habis assignment.Sekarang barulah kalut nak buat.Time ni lah baru nak merasai berharganya nikmat masa lapang.Benarlah sabda nabi junjungan 2 nikmat yang manusia sering alpa iaitu nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan.Baginda juga pernah bersabda bahawa jagalah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

kesihatanmu sebelum datang sakit

masa lapang sebelum sibuk

kaya sebelum datangnya kemiskinan

zaman muda sebelum tua

hidup kamu sebelum kamu mati

Kehidupan ana sebagai mahasiswa baru ja nak bermula,masa yang mendatang pasti lebih sibuk.Tambahan jika ALLAH mengizinkan ana menjadi menjadi pelajar perubatan di sebuah universiti di timur tengah(doakan ana).Kebanyakan informasi yang ana dapat belajar medic memang payah.Perlu luangkan at least 2 jam sehari untuk study sendiri.fuh……lama tu(harap-harap boleh buat nanti).Dan satu lagi kalau study medic tak boleh study last minit sebab nanti banyak benda kena cover.

Ana rasa semua ni memang betul tapi pada pendapat ana tak kira kita ambik bidang apa pun kita selaku umat Nabi Muhammad yang mengaku berIman perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak bertangguh.Ingat pesan Rsulullah supaya jaga 5 perkara sebelum datang 5 perkara.Hal ini kerana kita sebenarnya tiada masa untuk berehat kerana core business kita merupakan satu kerja yang besar iaitu membina ummah.Dan pada hakikatnya kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada.


No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..