Saturday, August 16, 2008

In The Begining Of The Journey


Setelah lebih 3 bulan ana meneruskan perjuangan di bumi Intec,detik terakhir hampir tiba.Segala exam sudah pun dilalui bila ana tulis post ni(harap2 Allah bagi kejayaan).walaupun hanya 3 bulan kehidupan di Intec byk mendidik ana mengenal realiti di universiti dan realiti masyarakat malaysia yang pelbagai ragam dan kerena

Kami yang bawah tajaan JPA perlu lulus cemerlang dalam exam.Maka berusaha keraslah kami untuk study agar dapat lulus cemerlang.Bila time nak habis exam ada suara2 yang mengatakan "lepas ni kita jerit merdeka nak".Kemudian terdengar pulak suara lain "buat apa nak jerit merdeka,padahal ini hanyalah permulaan.banyak lagi cubaan dan ujian yang menanti".Alhamdulillah ada gak orang yang tolong peringatkan supaya tak terlalu seronok.Betul jugak yang kata ini "ini hanyalah permulaan".Kami yang mengambil bidang perubatan perlu belajar 6tahun untk dapat degree.Ni baru 3 bulan.Terima kasih kepada yang mengingatkan itu.

Memang kalo difikirkan balik hidup ni penuh ngan ujian.Ujian hanya akan terhenti bila kita dah dipanggil Allah.Mungkin kita lulus ujian yang pertama dan kedua tapai yang seterusnya siapa yang tahu....Mungkin juga kita gagal yang pertama tapi yang seterusnya mungkin berjaya.Tapi yang paling penting kita doakan pada Allah agar kita lulus ujian-Nya walaupun gagal dalam ujian manusia dan jangan hanya lulus ujian manusia tapi gagal menghadapi ujian Allah.jadilah manusia yang berjaya kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..