Thursday, July 17, 2008

Kini...

Sudah 7 bulan ana meninggalkan alam sek menengah.Rasa rindu pulak pada biah solehah yang ada kt sekolah.Kalau dulu ni x boleh,tu x boleh.Lani xda sapa pun yang kawal.Nak buat apa pun boleh.

Lani barula nak menyedari hakikat kehidupan yang sebenar.Kat sek ada senior2 jaga,skrg suma bergantung pada Iman sendiri.Dah xda orang nak peringat kita.Kalau iman kuat xpa la,kalau lemah………Saya masih ingat ada sorang abang tu pernah kata,bila keluar Matri baru kita tau sapa kita.Matri hanyalah medan teori kat luarlah tempat praktikal.Adakah kita mampu amalkan tarbiyah yang kita dapat kat Matri.

Kini ana rindu sangat pada suasana yang mampu menjaga hati.Tapi ana rasa xpatut jadikan ia sebagai alasan untuk terus lemah.Kalau biarkan ia sebagai alasan untuk lemah maka Islam xkan sampai pada kita sebab Rasulullah pun diutuskan pada zaman yang pekat jahiliyahnya.Tapi kita lihat bagaimana Baginda bersama-sama para sahabat mampu melebarkan da’wah Islamiyah ke serata tanah arab.Ana teringat satu kata-kata,setiap kita ialah penjuru-penjuru Islam,jagalah sudut masing2.Kata2 ini ibarat wasiat bagi setiap muslim mukmin supaya terus mengamalkan syakhsiah Islamiah kamilah walau dimana berada dan diketika mana pun.

Ana rasa setiap kita perlu iltizam ngan tarbiyah yang diperolehi dan tidak melupakan core business kita iaitu da’wah.Lani terpulanglah pada kita untuk membiarkan Iman atau nafsu yang mengawal hidup.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..