Monday, July 28, 2008

Doktor vs Hamba Allah

Baru-baru ni ana berpeluang menyertai satu program yang telah disusun oleh INTEC.program itu ialah program “future doctor”.Ana dapati program ini amat bermanfaat bagi student2 medic.Walaupun didalam kesibukan banyak test,presentation dan assignment,alhamdulillah dengan izin ALLAH ana dapat menghadirinya dari awal hingga habis.

Ana amat tertarik akan satu slot yang disampaikan oleh Dr.Zaki Ibrahim iaitu life as a muslim doctor.Mula2 dia suruh kami tulis apa matlamat kami atas satu kertas dan kemudian tulis apa dia masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan camna nak atasi.Macam2 matlamat yang ditulis oleh para peserta dan mostly tulis nak jadi doktor yang berjaya.Tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat pulak,ramai tulis tentang masalah akhlak yang melanda sekarang.
Kemudian beliau mengemukakan tujuan hidup sebenar kita.Sebenarnya tujuan hidup kita telah ditetapkan oleh pencipta kita iaitu menjadi hamba kepada ALLAH.perkara ini kita x boleh nak pertikai dah.Beliau mengatakan tujuan untuk menjadi doktor yang berjaya hanyalah sebahagian daripada langkah untuk menjadi hamba ALLAH yang berjaya.Jadi jangan letakkan doktor sebagai matlamat kita kerana apabila dah jadi doktor nak buat apa pulak??

Penyampaian ini amat bermakna kerana dapat menyedarkan peserta supaya jangan letakkan profesion sebagai matlamat yang lebih tinggi atau sama taraf dengan matlamat menjadi hamba ALLAH.Kalau kita letak sama atau lebih kita akan abaikan proses pembentukan diri untuk menjadi hamba ALLAH yang dari erti kata sebenar.

Dari sini ana dapati ramai ramai antara kita yang masih ragu-ragu untuk memenuhi neraca manusia ataupun neraca ALLAH.Neraca masyarakat mengatakan bahawa doktor,peguam,engineer dan seangkatannya merupakan orang yang mulia.Manakala penjaga gate keretapi,tukang sapu sampah berkedudukan di kasta bawah.Tetapi neraca ALLAH mengatakan orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa.ALLAH berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya “semulia-mulia antara kamu ialah orang yang lebih bertaqwa.“

Ramai orang yang berusaha untuk mmenuhi neraca manusia tetapi berapa ramai yang berusaha untuk menjadi insan yang bertaqwa.Tukang sapu sampah yang bertaqwa lebih mulia dari seorang doktor lepasan universiti luar negara yang tidak bertaqwa.
Walaupun masyarakat sibuk mengatakan tentang permasalahan sosial blablabla…tetapi hakikatnya semuanya hanya bermain di mulut.Kita lihat begitu sedikit yang berusaha untuk tingkatkan kedudukan mereka disisi ALLAH tapi yang ramainya berusaha untuk tingkatkan kedudukan mereka disisi manusia.

Masalah ni turut berlaku dikalangan doktor tapi mungkin lain sedikit.Apabila diajukan kepada pelajar perubatan sebab apa nak jadi doktor,majoriti kata sebab nak tolong orang tp bila dah jadi doktor pakat masuk private practise nak buat duit.Kemana pergi niat awal-awal nak tolong orang.Ana x kata xboleh kerja kat swasta tapi tengok balik niat kita.
Akhir kata janganlah berfikiran bila dah berjaya dalam profesion dan kaya merupakan kemuncak segala-galanya.Duit yang tidak digunakan dijalan ALLAH tidak mampu membeli syurga ALLAH.Fikir-fikirkanlah……

Janganlah kita tertipu dengan dunia kerana sesungguhnya Rasulullah mengibaratkan dunia ni ibarat bangkai,kalau bagi free pun x mau.

No comments:

Post a Comment

komen dan pendapat amat dialu-alukan..