Tuesday, December 30, 2008

Tahniah

 

-Post kali ni ditujukan kepada pelajar MATRI khususnya-

Dalam kesempatan ini cuma nak ucapkan tahniah kepada pelajar2  yg dapat 9A dlm PMR yg keputusannya baru keluar hari ni.Ucapan tahniah ditujukan khas kepada pelajar sekolah lama saya iaitu pelajar2 Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI) iaitu:

1)Muhammad Nafis Akhtiar

2)Sayyid Sofwan Bin Syed Ahmad Helmi

3)Amanina Binti Ahmad Saleh

4)Nabilah Izzati Binti Mohd Fauzi

5)Nur Dalilah Binti Baharudin

6)Wan Fatin Najwa Binti Wan Ab Aziz

kalau nak keputusan penuh klik sini

Nampaknya kali ni bilangan perempuan yg dpt 9A lebih dari lelaki.Apa nak jadi dengan laki ni…ish3.Takpa2…hero menang kemudian,bagi peluang dulu…he3

Kepada yg tak memperoleh 9A jangan bersedih.Ini tidak bermakna anda gagal atau kurang bijak.Semua ini rezeki dari Allah.

PMR bukan ada apa sangat sebenarnya.Ini hanyalah ujian yg dibuat manusia dan dinilai juga oleh manusia(maksud saya keputusan).Ada lagi ujian yg lebih penting iaitu ujian dari Allah.Maka bergusarlah sekiranya gagal dlm ujian yang Allah beri.Inilah antara sebab kenapa bersekolah di MATRI.Bukan nak mantap akademik yang menjadi keutamaan.Jikalau nak lulus cemerlang PMR atau apa2 peperiksaan lain semata-mata,byk lagi sekolah lain.Jangan salah faham,ini tidak bermaksud kita iaitu MATRI tidak berhajatkan kepada kecemerlangan akademik.Lihat saja syiar yg MATRI cuba bawa iaitu “ulama’ pewaris Nabi”.

Diharapkan kejayaan dalam PMR ini Islam dapat tumpang.Tak bermakna sekiranya sistem ciptaan manusia yang menumpang kejayaan kalian.Kalian merupakan harapan Islam…

Kepada no3,dengar kata dia merupakan 1st dapat 9A dlm keluarga dia.Dengar kata lagi,abang2 dia  tak dapat pun 9A dalam PMR tapi dlm SPM kira boleh tahan gak dan ada yang dah sambung kat UM dan KUIN.Yang ni mesti kena mantap lagi dr abang2 dia dalam SPM nanti.Kalau tak malu la….huhu….bamzah bas…

Sunday, December 28, 2008

غزة مدينة الدم

Seperti hari2 biasa sebelum ni,aku perlu ke jamiah hari ni(ahad) kerana ada muhadarah setelah 3 hari bercuti.Hari aku lebih gembira nak ke muhadarah berbanding sebelum ni.Biasa la baru balik bercuti.Aku pun pergi ke jamiah dan terus ke kelas M4202 tempat aku belajar chemistry.Masuk je dlm kelas aku terlihat ada kertas2 bertaburan di kerusi blkg aku.Terdetik dalam hati aku kenapa serabut sangat ni.Sebelum ni tak macam ni pun.Aku biarkan saja.Takda mood nak baca sebab kertas tu bertulisan arab.Lepas habis kelas chemistry,aku capai kertas tu untuk saja2 baca.Mula2 ingat kan artikel apa.Tapi bila baca sekerat:

غزة مدينة الدم

بدماء أكثر من 210 شهداء و 400 جريح فاضت شوارع غزة بدمائهم الزكية

….

Hati aku bagai terhenti sebentar,biar betul.Aku terus tanya sorang member aku ni,apa yg dah terjadi kat Palestin.Dia pun jawab sebagaimana yg telah tertulis dlm kertas tu.Aku tak tahu apa yg telah terjadi di tanah suci umat Islam yg ke3 hinggalah saat itu.Baru semalam je aku nampak tanah Palestin yg telah diduduki Israel laknatullah(tebing barat) dari pantai aqabah dan laut mati.Hati aku rasa kembali panas dan marah.Bila difikir balik kenapa aku marah?Padahal ketika detik itu aku bersuka ria tak ingat dunia di petra,aqabah,laut mati dan wadi rum.Tetapi saudara2 seaqidahku di Ghaza tiada dlm kamus hidup mereka bersuka ria.Ketika itu seorang mak atau ayah kehilangan anak mereka,seorang anak kehilangan ayah atau mak mereka.Seorang sahabat kehilangan sahabatnya.Seorang lelaki kehilangan saudaranya,seorang perempuan kehilangan saudaranya.Dan mungkin ayah atau mak atau datuk atau adik atau kakak atau abang sahabat Palestin aku disini telah meninggalkannya selama-lamanya.Rasa bersalah amat sangat menyerang diri aku.Apa yang telah aku lakukan?Seseorang telah bertanya kepada Salahuddin Al-Ayyubi kenapa dalam hidup beliau tidak pernah bergelak-ketawa pun.Beliau jawab macam mana aku masih boleh bergelak ketawa sedangkan alquds masih ditawan.

Ana yakin peristiwa terburuk sejak pengisytiharan negara Israel laknatullah 60 tahun lalu meninggalkan kesan mendalam kepada umat Islam.Ana yang berada di tanah yang berhampiran dengan Palestin begitu terasa dengan kejadian ini.Seorang housemate ana siap kata jom pergi ghaza.

Reaksi Masyarakat Jordan

Menurut member aku,pada malam tersebut dia pelik tengok ramai orang arab tonton berita.Dia ingatkan apa,rupanya Ghaza diserang.Pada malam tu juga,masjid jamiah yg sebelum ni tak pernah baca doa lepas solah,Syeikh Makmum telah bacakan doa lepas solat.Jika sebelum ni masyarakat Jordan tak pernah baca doa qunut hatta solat subuh sekalipun,tapi kali ni doa qunut dibaca dalam setiap solah hatta solah zohor sekalipun.Di JUST telah dianjurkan demonstrasi aman oleh pelajar Palestin di sini.

Seperti biasa kerajaan Jordan hanya berdiam.Padahal Jordan ni sangat dekat dengan Ghaza dan bersebelahan dengan tebing barat.Menurut sumber yg boleh dipercayai,Jordan ada perjanjian senjata dengan US dan US bagi banyak duit kat Jordan setiap tahun.Mungkin ini antara sebab pemimpin tertinggi hanya berdiam diri dan benarkan Israel gunakan ruang udaranya.Inilah hasil perancangan yahudi dengan mewujudkan negara bangsa.Hal Palestin tiada kena mengena dengan Jordan.Orang arab menyangka mereka ialah bangsa terbaik dan terpuji kerana Rasulullah saw dari kalangan mereka.Ini lagi satu penyebab umat Islam lemah.

Tapi ana pelik,masyarakat Islam sini dalam saat membicarakan apa yang telah terjadi di Palestin,masih ada yang terkepit di mulutnya rokok yg menjadi penyumbang utama kepada ekonomi yahudi.Inilah sikap kita umat Islam,demi kepentingan duniawi diri,saudara seaqidah sanggup dikorbankan.Ana pernah terdengar orang kata Amerika masih mampu tersenyum jika orang arab ni naik bas pun masih berebut.Sungguh mendalam maknanya.

Masih ingatkah kita akan kisah zaman Sultan Almu’tasim.Dimana ketika itu seorang wanita yang telah diganggu orang kafir telah berteriak “mu’tasim,tolong aku”,dengan serta merta Almu’tasim menghantar sepasukan tentera untuk membantu wanita itu.Kini……..ramai yg berteriak tetapi apa yang umat Islam hantar.Sekurang-kurangnya marilah kita berdoa kepada Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.Inilah kesannya apabila tiadanya khilafah Islamiyah.Mungkin kita tidak perlu berbicara jauh untuk mewujudkan khilafah Islamiyah di atas muka bumi ini.Lihatlah diri kita.Adakah kita berusaha mewujudkan daulah Islamiyah dlm diri kita???Bagaimana dengan Iman kita,ibadah kita, syakhsiah kita??Teringat satu kata2(tak ingat siapa),jika kamu nak menegakkan daulah Islamiyah di bumi ini,tegakkanlah daulah Islamiyah dalam diri kamu.Jika diri pun tak mampu,jangan bermimpi daulah Islamiyah akan tertegak atas muka bumi ini.

Ya Allah bantulah kami,

tetapkanlah hati kami dijalanMu,

berikanlah kami keImanan yg benar-benar sempurna,

Ya Allah musnahkanlah Amerika dan Israel...

dicoret oleh hamba yang mengimpikan kehidupan dimana AlQuran dan Assunnah menjadi panduan dan rujukan utama……

Jelajah Jordan

 

      Setelah tertinggal trip pertama pada cuti raya Korban hari tu ,alhamdulillah telah diizinkan Allah ana dapat gak menjelajah Jordan.Dalam entry kali ni hanya nak cerita sikit(letih nak tulis panjang2) tentang perjalanan kami sepanjang 3 hari bermula 25/12 hingga 27/12.

       Dalam entry yg lepas ana telah ceritakan sebab apa tak dapat join trip pertama.Jadi cuti 3 hari kerana krismas diambil kesempatan sepenuhnya oleh kami budak2 teater dengan  beberapa orang lagi yg belum berkesempatan menjelajah Jordan.Alhamdulillah kami ditemani oleh Abg Musaddiq iaitu senior Yarmuk,perjalanan kami lebih mudah apabila ada org masyi ‘ammi.

       Kami bertolak dari Irbid lebih kurang pukul 1 pagi 25hb dengan menaiki coaster yg telah ditempah khas untuk rombongan seramai 16 orang.

Hari Pertama(25/12/2008)

Pada hari pertama kami telah pergi ke Petra.Subhanallah,tempat ni memang besar.Bandar Petra terdiri drp bukit2 yg telah diukir dengat amat cantik.Mula2 rasa mcm bersalah pulak nak bergambar dekat sini sebab tempat ni sebenarnya tempat Allah murka.Tapi takpalah.Apabila melihat keindahan bukit2 yg diukir oleh manusia,terlintas di hati lagi hebat  pencipta kita Allah kerana mencipta manusia yg mampu mengukir bukit.

  DSCN1327 DSCN1350 DSCN1345 DSCN1392 terpaksa bukak sweater sebab berpeluh naik bukit

DSCN1432 pengalaman pertama tunggang keldai.mula2 nak naik unta tapi mahal sgt

Kami duk kat Petra dari pagi hingga maghrib.Lepas tu kami bertolak pulak ke Aqabah.Salah satu drp 2 pantai yg terdapat di Jordan.

Hari Kedua(26/12/2008)

Kami bemalam di aqabah.Lebih kurang lepas sarapan kami pergi ke pantai aqabah.Pantai aqbah sebenarnya bukan best sgt pun.Persisiran laut dia banyak sampah dan juga lalat.Ana tak mandi walaupun ada beberapa antara kami yg mandi laut(laut merah).Tujuan utama pergi sini nak mkn ikan setelah kempunan beberapa bulan.Dari persisiran laut aqabah boleh nampak negara Palestin.Taktau la bandar tu dah diduduki Israel laknatullah ke belum.Takut nak tanya kat orang arab sini.Depa sensitif bab ni.DSCN1435 

DSCN1442

bajet ada terumbu karang lawa2.yg ada kereta kebal.Tanya pakcik yg bawa kami(ana tulis terjemah BM) sebab apa ada kereta kebal dlm laut?Pakcik tu jawab “saja letak utk pelancongan”

DSCN1467

dapat gak mkn ikan

Lepas tu kami pergi pulak ke wadi rum.Ingatkan tempat tinggalan zaman rom sampai ada sorang member tu cakap kat abang dia kat Malaysia ada colloseum,teater tapi hakikatnya wadi rum ni satu lembah(wadi=lembah)yang dikiri kanan bukit2 batu yg amat cantik.Subhanallah. 

DSCN1484DSCN1499DSCN1513

sunset kat wadi rum

Hari Ketiga(27/12/2008)

Hari terakhir perjalanan kami.Kami pergi ke satu tempat yg semua orang boleh terapung iaitu bahrilmayyit=laut mati.Satu lagi tempat yg dimurkai Allah.

DSCN1521DSCN1524 

sebelum ni hanya dengar kata dan melihat foto orang boleh terapung di laut mati.Kini berpeluang sendiri terapung di laut mati.Yang tak pandai berenag pun boleh pergi tempat dalam.Tak payah takut mati lemas.Cuma kena jaga mata,hidung mulut dari masuk air ja.

Kami pun bertolak pulang ke Irbid lepas pergi laut mati.Dalam perjalanan pulang kami hanya berkesempatan melalui makam Abu Ubaidah Al-Jarrah.Tempat ni telah ditutup apabila kami sampai agak lewat malam.

Sebenarnya banyak lagi gambar dan dalam usaha nak upload lagi gambar.Tapi ada internet problem sikit.Kena amik masa.Nanti bila dah upload ana bagi link.

Lega sikit rasa kecewa markah chemistry menurun….

Sunday, December 21, 2008

Kita Ni Kadang-Kadang…

-Kita ni kadang2 boleh menangis bila tengok cerita Korea ke apa ke

Tapi tak nangis pun bila tengok saudara kita kat Palestin kena bunuh dan kena tindas tiap2 hari..

-Kita ni kadang2 sanggup bersusah payah nak tiru pemain bola sepak.Rambut,kasut apa dia pakai,baju apa dia pakai,habis semua perhati.Padahal pemain tu tak kisah kita pun malah tak bagi apapun kat kita

Tapi rasa payah bila nak ikut sunnah Rasulullah saw..

-Kita ni kadang2 sanggup bangun awal pagi sebab nak tengok perlawanan bola

Tapi bila nak bangun qiamullail punya la payah.Bukan setakat qiam,subuh pun payah..

-Kita ni kadang2 bila tengok bola boleh menjiwai pasukan yg kita sokong.Bila kalah rasa bengang.Bila pemain yg kita minat di kasari kita marah

tapi bila tengok umat Islam tertindas tak pernah marah pun,siap bantu lagi mereka..

-Kita ni kadang2 rasa senang je nak bawak keluar duit beratus-ratus untuk beli baju berjenama

tapi rasa berat nak bawa keluar walau seringgit untuk derma…

-Kita ni kadang2 rasa sedih sgt bila tak score dlm exam

Tapi tak pernah sedih pun bila bangun subuh lewat.Kalau sekali sekala ok la.Tapi kalau selalu lewat..

-Kita ni kadang2 boleh luangkan masa berjam-jam untuk layari internet

tapi kat Al-Quran bagi 5 minit je…

-Kita ni kadang2 sanggup jalan jauh2 nak pegi tengok wayang ke apa.

tapi nak pegi masjid rasa malas sangat,padahal dekat je

-Kita ni kadang2 sanggup bayar mahal2 nak masuk stadium ke konsert ke

tapi nak pegi masjid yg free tu tak nak pulak…

-Kita ni kadang2 laju je bila orang ajak tengok movie

tapi banyak pulak alasan bila ajak nak pegi solat dan baca Al-Quran…

-Kita ni kadang2 rasa manusia yg tentukan segala-galanya..

padahal Allah dah berfirman kita ialah perancang tapi Allah sebaik-baik perancang..

-Kita ni kadang2 kata nak bawa Islam

tapi dari segi syakhsiah tak macam nak bawa Islam

Bila ditanya kepada kita “hang nak masuk syurga ke neraka?”

Kita jawab “syurga la,takkan nak masuk neraka”

Layakkah kita?Itulah kita makhluk bernama manusia.Selalu mengharapkan sesuatu tapi kurang berusaha ke arah itu.Ops silap,bukan kita tapi aku.

Kadang-kadang rasa malu pulak bila nak mintak syurga Allah…


Entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa tapi lebih kepada diri ini yang selalu alpa dengan nikmat pemberian ArRahmanurRahim…

Marilah kita saling takmil waistikmal

Wednesday, December 17, 2008

Islam+Jahiliyah=Jahiliyah

 

Milk_glass-300

 

Saudara-saudari sekalian,

Cuba bayangkan satu gelas yang kotor kita nak isinya dengan susu.Adakah susu itu akan kekal keasliannya?? Atau adakah kita nak minum segelas air yg dalamnya ada setitik air kencing??

Kita nak bina sebuah bangunan konkrit atas satu tapak ni.Tapi kat situ ada sebuah rumah buruk.Adakah kita boleh terus bina bangunan konkrit tanpa merobohkan dahulu rumah buruk itu??

Islam merupakan agama atau cara hidup yang suci.Ia akan hilang kesuciannya apabila dicampur dengan bahan lain walaupun sedikit.Ini bermakna apabila kita mengatakan kita ni muslim maka kita perlulah tinggalkan perkara2 yang dilarang oleh Allah atau jahiliyah secara total sebagaimana sahabat2 Rasulullah saw dulu yang apabila mereka masuk Islam mereka meninggalkan sepenuhnya jahiliyah.Walaupun sebelum tu mereka suka akan sesuatu perkara itu tapi bila Allah larang mereka terus tinggal tanpa sedikit alasan pun.Inilah contoh yang kita nak cuba tiru.

Mungkin kadang2 kita sayang sangat nak tinggal sesuatu perkara tu seperti mengumpat.Mengumpat ni rasa best sangat.Tapi bila kita kata kita berIman kepada Allah kita kena lah tinggal perkara tu walaupun dah jadi darah daging dan sangat sukar dikikis.Disini dapat tengok adakah kita sanggup bemujahadah untuk buang karat-karat jahiliyah atau kita hanya biarkan saja karat itu.Sepertimana kita tahu,jika kita tak buang karat,karat itu akan lebih merebak seperti berkaratnya besi.Kalau tak buang karat akan semakin banyak dan semakin sukar nak buang.Lebih baik kita buangnya dengan segera kerana akan ada karat baru melekat pada hati kita.

Kita nak isi hati kita dengan sesuatu yang mulia maka kita perlu membersihkannya terlebih dahulu seperti misalan yang awal tadi.Sebagai contoh,apabila Sultan atau Agong nak lalu sesuatu jalan,kita perlu mengosongkan jalan tersebut untuk beri mereka lalu.Inikan pulak kita nak isi hati kita dengan tauhid kepada Allah.Inilah yang dinamakan proses tazkiyatun nafs,proses menyucikan jiwa.

Islam dan jahiliyah tak ada titik pertembungan atau persilangan dulu,kini dan selamanya.Islam hanya akan berdiri diatas runtuhan jahiliyah.Jika Islam naik dan jahiliyah turut naik,maka yang sebenarnya ialah jahiliyah yang telah naik.Islam tidak akan sesekali bercampur dengan jahiliyah.Apabila bercampur ia adalah jahiliyah bukan lagi Islam.Teringat masa kat sekolah menengah dulu terutamanya masa baru2 masuk MATRI abang2 selalu peringatkan Islam hanya akan tertegak atas runtuhan jahiliyah,maka kita perlu robohkan jahiliyah dulu.Setelah agak lama tidak mendengar kata-kata ini,ia kembali terngiang-ngiang dalam teater “ADHA” hari tu.Kata-kata Rahman atau adik membuatkan aku terfikir kembali dan pencetus kepada entry kali ini.

Sebab itulah dalam Al-Quran tidak menyuruh kepada amar ma’ruf semata-mata tetapi juga nahi munkar.Memang tidak dinafikan di Malaysia terutamanya sudah banyak kerja2 amar maaruf dilaksanakan tetapi kita juga lihat banyak juga amar munkar dilaksanakan.Macam mana Islam nak tertegak kalau perkara munkar diperbanyakkan.Ingat sudah memadai ke amar maaruf tanpa nahi munkar.

Inilah yang menjadi masalah kini.Kenapa amar maaruf kita tengok tak berapa berkesan.Program2 amar maaruf dah banyak tetapi masyarakat tetap tak faham Islam.Kita terlupa satu lagi aspek iaitu nahi munkar.Tengok saja televisyen, rancangan2 berbentuk Islam hanya berapa peratus je dari keseluruhannya.Rancangan yang menjauhkan diri dari Allah lebih banyak dari rancangan yang nak mendekatkan penonton dengan Allah.

islam solution 

Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 138 yang mafhumnya:

138. (Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".

Kenapa kita perlu cedok sikit dari jahiliyah bila kita nak buat Islam?

Kenapa kita perlu guna jalan bukan Islam untuk menegakkan tauhid di muka bumi ini?

Adakah Islam tidak menyediakan jalan2nya?

Akibat dari kurangnya kefahaman dalam Islam kita boleh lihat kini trend konsert amal.Konsert yang mendedahkan aurat dan bercampur laki2 dan perempuan tapi kononnya untuk menderma dan dapat pahala.Adakah Islam mengajar kita begini?

Sunday, December 14, 2008

Cara Sambut Tetamu

Islam itu amat indah.Ia meliputi seluruh kehidupan kita dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara.Setiap perkara telah ditetapkan garis panduannya.Ini lah keistimewaan Islam yang tidak terdapat dalam agama lain.Malah nak potong kuku pun ada caranya.

Kali ni nak kongsi sikit tentang adab menyambut tetamu.

video yg ditayangkan pada malam Jom Korban PERMAI 2008

Video diatas menunjukkan adab menyambut tetamu dari segi praktikalnya.

Secara ringkasnya antara adab2 menyambut tetamu ialah:

-sentiasa bersedia menerima kehadiran tetamu malah berlumba-lumba menyambut kunjungan sambil bermanis muka

-sentiasa melayan tetamu dengan penuh mesra dan hormat,mengucapkan kata2 yg sedap didengar serta menjamu tetamu dengan makanan dan minuman(sekadar termampu)Yang penting keikhlasan dan tidak membebankan.

-bincangkan topik bermanfaat,elakkan mengumpat.Bincanglah mengenai bagaimana hendak memperbaiki kehidupan kearah lebih dekat dengan Allah.

-jangan menunjukkan reaksi seperti menghalau tetamu yg bertandang.Jika tetamu hendak pulang,iringi mereka ke muka pintu dan mempelawa tetamu agar berkunjung lagi.Ini akan menunjukkan kita gembira menerima kedatangan mereka.

Sebenarnya banyak lagi adab2 menyambut tetamu yg telah digariskan oleh Islam dan telah ditunjukkan oleh Muhammad Rasulullah saw.Ini hanyalah antara beberapa adab dari banyak2 adab yg selalu kita alpa.

Moga perkongsian ini kita dapat manfaatnya bersama..

Saturday, December 13, 2008

Dapat Gak Jalan2

 

Alhamdulillah dapat juga diri ini menjelajah beberapa tempat menarik di Jordan seperti Qal’ah Ajlun,Jerash dan gua Ahlilkahfi.Walaupun dalam perancangan awal nak pergi lebih jauh iaitu Petra,Aqabah,Laut Mati dan banyak lagi,namun perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.Banyak hikmah disebalik tak dapat pergi ikut bersama member2 laen.Mula2 frust gak sebab rancang punya la semangat dengan Atiff,Pali,Luqman tapi ana dan Pali tak diizinkan turut serta.

Kami kena berkampung sebentar bersama keluarga teater.Memang saat yg tak dapat dilupakan.Kembali kepada tajuk asal,member2 sini telah menyusun satu trip untuk ke Ajlun,Jerash dan Amman dengan menaiki coaster yg disewa khas.Perjalanan yg mengambil masa sehari ini bermula pada 8 pagi dan kembali ke rumah pukul 10.30 malam.

DSCN1172 Istana Ajlun yg dibina oleh anak saudara Salehuddin Al-Ayyubi

DSCN1198cuba meneropong Alquds dari atas istana tapi tak nampak sebab cuaca tak elok

DSCN1192

disebalik bukit2 tu tanah suci umat Islam yg ke3 yg kini dijajah oleh Israel laknatullah

DSCN1284Pintu masuk gua ashabulkahfi edisi Jordan.Sebab apa ana kata begitu,sebab  dengar kata ada 7 tempat yg dipercayai gua ashabulkahfi.Dekat Turki dan Mesir pun ada.Wallahualam yg mana betul.Yg penting kita ambil pengajaran dari kisah 7 pemuda yg mempertahankan tauhid kepada Allah tu.Tempat tak penting. 

DSCN1262 Satu pose kat Jerash.Jerash ni tempat tamadun dulu.Ada banyak temple dan 2 theater kat sini.Ada jugak Masjid Omayyad tapi tinggal tapak je.

Habis ja kami melawat tempat2 sejarah ni,kami pergi ke Mecca Mall iaitu sebuah pasaraya kat Jordan ni.Pergh,memang pergi tengok saja.Semua barang mahal2 belaka.Cuba bayang rambutan 7 biji tak la elok sangat berharga 15 JD.Kali lima sama ngan 60 ringgit.Orang kaya mana la nak beli.Mula2 cadang  nak beli beg buat pi jami’ah,tengok harga terus tak jadi.

Kalau nak tengok lagi gambar,klik sini

Cuti nak habih dah,study satu apa pun tak.Apalah nak jadi ngan aku ni….

Thursday, December 11, 2008

Korban

        

             Kawan, korban tu bukan sembelih binatang sahaja. Sebenarnya yang ALLAH mahu adalah untuk kita manifestasikan ruh pengorbanan itu di dalam kehidupan. Kita mengorbankan nyawa binatang yang kita beli dengan duit kita sendiri, Sebab itu kalau kita lihat, Raya Korban juga dinamakan raya haji. Ibadah haji itu pun memerlukan pengorbanan yang banyak, duit, masa, kesabaran dan sebagainya. Jadi, dari dua ibadah ini, ALLAH hendak manusia itu berfikir, dan cuba menterjemahkan pengorbanan itu di dalam kehidupan mereka.

             ALLAH memberikan manusia pelbagai perkara. Tetapi, manusia di dalam kehidupannya, hendak berkorban sedikit pun tak boleh. Manusia tidak faham erti pengorbanan yang sebenar. Sebenarnya, ALLAH tidak ambil percuma pengorbanan kita. ALLAH bayar balik dengan syurga yang lagi mahal.

            Kawan, hidup kita dilimpahi pelbagai nikmat. Nikmat-nikmat ini, selain merupakan kasih sayang ALLAH, ia juga merupakan ujian daripada ALLAH. Ia ibarat garam dalam makanan. Diambil berlebihan masin, diambil kurang tawar. Sebab itulah, kita perlu berkorban. Bukan sahaja harta, tetapi juga kesenangan hidup kita, waktu kita. Kau tahu, ada sahabat-sahabat kita di luar sana, yang berkorban nyawa mereka untuk ISLAM. Walaupun mereka tahu mereka tidak akan menang, tetapi mereka yakin dengan janji pembayaran ALLAH kepada pengorbanan mereka. Kita di sini mungkin hannya perlu mengorbankan sedikit kesenangan kita, berkorban sedkit duit kita untuk bersedekah, berkorban sedikit kelenangan kita untuk bersungguh belajar, berkorban sedikit ego kita untuk merendah diri, berkorban sedikit waktu kita untuk berkerja kepada ALLAH. Orang-orang awal sebelum kita juga berkorban, dan ALLAH bayar pengorbanan mereka di dunia dan di akhirat.

(sedutan dari teater ADHA)3086086573_8f5ac0a102

Alhamdulillah tamat sudah teater ADHA.Mantap sungguh korang berlakon tambah2 watak ayah/abi.Hehe

Terima kasih kepada semua yg menjayakan pementasan ADHA dari pengarah hinggalah yang jaga prop.Moga usaha kita dikira sebagai amal soleh..

Minta maaf banyak2 kalau ada kesilapan sepanjang kita bersama dalam keluarga teater .

Monday, December 8, 2008

كل سنة و أنتم طيب

adha1

Sedar tak sedar sudah 2 kali aku beraya di Jordan walaupun baru 3 bulan lebih disini.Mungkin inilah pengorbanan yg perlu aku lakukan untuk mencari redha Ilahi.Walaupun nampak kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan saudara2 kita di Palestin,Iraq dan di mana2 sahaja.Apatah lagi jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, dan bagai 2 penghujung dunia jika nak dibandigkan dengan pengorbanan Muhammad Rasulullah saw dan para sahabat yang sanggup pertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan akhirat kita.Namun aku berharap ia jadi pemangkin kepada pengorbanan yang lebih besar.

Dalam kesempatan ini nak mendedikasikan selamat menyambut I’duladha kepada:

Mak,abah,bg cak,nina dan azhad yg berada dekat rumah

bgcik yg kini berada di Jakarta

batch ke 13 MATRI

member2 Jordan

member2 INTEC

sesiapa yg mengenali diri ini dan baca blog ni

dan kepada semua muslimin dan muslimat

Semoga I’diladha kali ini memberi makna kepada kita dan semoga kita dapat menjejaki ruh pengorbanan

Kawan,korban tu bukan sembelih binatang sahaja,sebenarnya….

(dipetik dari teater ADHA)

Saturday, December 6, 2008

"ADHA"

Sempena program Jom Korban PERMAI,akan diadakan pementasan sebuah teater yg bertajuk ADHA.Jadi mari tengok trailer dia dulu sebelum tengok yang realnya 11hb ni...

Thursday, December 4, 2008

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam



Camna nak mula post kali ni dan nak bagi tajuk apa ha...Setelah berhempas pulas cari idea,last sekali hentam ja la

Pada beberapa hari lepas dengan izin Allah,aku telah pun melalui imtihan sani bagi semester ula dan aku amat bersyukur kerana setakat ni semua imtihan ada peningkatan..(alhamdulillah)..Kalau tak meningkat pun tetap tak menurun iaitu kekal pada tahap yang lama.Kali ini bukan nak fokus pada pencapaian aku ni,tapi terngiang-ngiang di telinga aku pada awalnya adakah aku berjaya dikategorikan dalam menjadi lebih baik dari semalam dalam erti kata sebenarnya.

Ada satu hadis yang mafhumnya:
"barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari,dia adalah orang yang beruntung.Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam,dia adalah orang yang rugi dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari hari semalam dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t" 

Hal ini menyebabkan aku termuhasabah sekejap.Adakah dapat keputusan imtihan lebih baik dapat dikategorikan dalam golongan orang yang beruntung.Aku rasa keputusan imtihan tidak boleh dijadikan ukuran.Kita hanya berusaha,Allah yang tentukan segalanya.Mungkin seseorang itu malas tapi dapat markah yang tinggi,adakah layak bagi dia dikategorikan orang yang beruntung?Dan adakah layak seseorang itu yang semakin berusaha dalam menghadapi imtihan sani berbanding imtihan ula tapi markah imtihan ula lebih baik dari imtihan sani(kita ambil konteks untuk imtihan)?
Sesetengah orang mungkin berkata kita telah jadi lebih baik dari semalam kerana kita dapat markah lebih tinggi kali ini.

Bagaimanakah maksud sebenar orang yang beruntung ini.Orang yang beruntung ialah sesiapa yang dia berusaha takkan biarkan diri dia sama atau lebih teruk dari masa lalu.Jika hari ini baca Al-Quran satu muka,esok baca dua muka.Jika hari ni kadang2 ja solat jamaah kat masjid,esok cuba untuk solat 5 waktu kat masjid.Jika hari ini main game 2 jam,esok cuba kurangkan 1 jam.Aku rasa inilah kefahaman yang boleh digunapakai.Kalau salah tolong komen. 

Manusia selalu menghukum dengan apa yang dia nampak sahaja kerana sifat manusia yg terbatas,tetapi Allah yang Maha Menghukum.Segalanya terpulang kepada Allah.Yang peliknya kenapa masih ramai yang terkejar-kejar kepada pujian dan pujaan manusia dan meninggalkan untuk mencari kemuliaan disisi Allah.Kita selalu kejar markah tinggi-tinggi dan yang menyedihkan ada yang sanggup melakukan perkara yang dilarang bagi mencapai matlamat itu.Adakah kita berkira dapat markah tinggi melebihi kepentingannya dari mendapat redha Allah?Adakah kita tidak tahu atau tidak yakin bahawa rezeki itu ditangan Allah? 

Pada zaman sekolah menengah dulu,keputusan peperiksaan sahabat(pelajar lelaki) lebih baik dari sahibah(pelajar perempuan) walhal kalau nak diikutkan sahibah punya study lebih hebat dari sahabat.Tak tau la betul atau tidak,dengar orang kata.Nak dipendekkan cerita,ada seorang guru Biology aku merangkap satu-satunya guru yang ajar dari tingkatan satu iaitu Cikgu Norizan pernah sebut banyak kali satu persoalan dalam kelas beliau.Mana satu lebih baik,banyak usaha tak score atau malas tapi tetap score.Mana satu diberi ganjaran oleh Allah.Mana tidak nya,ada ja sahabat yang tidur masa kelas beliau(aku la) dan sahibah nampak macam beri perhatian yang penuh ketika proses pembelajaran berlangsung tapi bila exam tetap sahabat yang score(bukan aku).Persoalan beliau boleh dipandang dari dua sudut.Sudut pertama sebagai motivasi.Yang kedua sebagai peringatan supaya tidak berbangga dengan keputusan duniawi yang dikecapi.Jadi sejak itu aku cuba tanam dalam diri dan mind setting supaya ganjaran Allah yang lebih utama berbanding pandangan manusia.

Wednesday, December 3, 2008

Mari Kita Rebut

3072811686_450908ba43

~seorang mukmin tak akan mensia-siakan peluang

yang diberikan Allah kepadanya~

Friday, November 28, 2008

Anugerah Kecemerlangan Akademik



Malam tadi telah berlangsung malam Anugerah Kecemerlangan Akademik bg budak2 JUST yg mendapat kepujian dalam peratus tahunan.Kami budak2 1st year dijemput untuk memeriahkan suasana.Antara budak2 1st year ada juga terlibat sbg AJK program.


Bila tengok abang2 dan kakak2 yg dapat kepujian menyebabkan aku tertanya,mampukah aku menjadi seperti mereka dgn study entah ke mana.Esok nak exam pun sempat lagi aku tulis post nih.Macam mana nak dapat kepujian.Ish3

Ada satu malam tu ana ada berbual dgn beberapa member.Ana cakap satu perkara untuk nak tgk respon depa.Ada seorang member ni,dia letak status dekat YM dia yg lebih kurang cam ni la(tak berapa ingat): ...Usaha merupakan 90% drp kejayaan....
Kemudian ana pun cakap,ala buat apa study,study pun tak tentu score dan kalau tak study pun boleh gak score.
No respon dari depa tapi depa ttp study la.Tapi bagi ana,semuanya datang dari Allah.Usaha hanya antara asbab untuk Allah berikan kpd kita.Tak semestinya apa yg kita usahakan akan dapat di dunia ini dan Allah mungkin tangguh kejayaan kita di akhirat nanti itupun sekiranya kita berusaha kerana Allah.Jikalau kerana makhluk2 lain maka sia2lah segala amalan.Banyak lagi asbab2 lain untuk berjaya,bukan setakat study semata-mata.Jika tetap score walaupun tanpa melakukan apa2 yang melayakkan kita untuk score,kena check balik.Kot2 istidraj dari Allah.

Kembali kepada malam Anugerah Kecemerlangan Akademik yg diadakan di kedutaan besar Malaysia di Amman,ada satu perkara menarik telah berlaku dalam hidup ana.Ana telah diberi satu tugasan yang tak pernah dibuat sebelum ni.Dah la dapat last minute tugasan tu.Tak tau la berjaya ka tidak ana melakukan tugasan tu.Kena tanya sapa yg pergi la.Nak tau apa yg ana kena buat,ana kena bersajak dalam majlis tu.Mula2 rasa nak tolak sebab tak pernah nya ana bersajak depan orang ramai sebelum ni.Tapi hasil galakan member,terimalah jugak tugasan tu,boleh la nak test power yang ana sesuai ka tak dalam bersajak.Nak tau ok saja atau cemerlang ana bersajak,tak tau la.Kena tanya audience.

aku cari bukan kawan-kawan
untuk sekadar hidup berfoya-foya
aku cari mana dia AL-Ghazali
aku cari mana dia As-Shafi'e

Inilah bait sajak yang ana sampaikan hasil petikan dari sajak Pak Lah(damai di hati).Pendekkan??
Itulah masalahnya,sajak pendek tapi kena buat lama.Terpaksa la sebut pelan2 dan ulang banyak kali certain perkataan.
Ini baru bersajak,tunggu penampilan ana dalam satu lagi kejutan dalam hidup ana(kalau Allah izin)


Minta maaf banyak sebab dalam post ni tak da gambar2 masa malam tu.Internet rumah ada problem sikit.Tak leh nak upload gambaq.Kalau boleh pun lama sangat.Kalau boleh nnt akan dimasukkan gambaq2 menarik sepangjang malam tersebut.Ok nak sambung study,harap2 Allah redha.

Monday, November 24, 2008

Rindu Kat Matri




Rasanya dah nak cukup setahun ana tinggalkan MATRI.Sejak tu hanya 4 kali (kot) pergi ziarah MATRI.1st masa awal tahun hantar adik,2nd ambil keputusan SPM,3rd saja pergi awal bulan Mei dan yg terakhir sebelum fly ke Jordan ni.Rasa rugi pula tak pergi banyak kali.Dah la terlepas sambutan 2 dekad masa bulan Mei hari tu sebab dah start belajar.Time tu sedih la jugak sebab tak dapat pi.Tapi alhamdulillah ada gak sahabat yg menemani ketika itu yang senasib dgn ana iaitu Tg Fahmi.

Banyak kenangan yg sukar dilupakan ketika berada di MATRI.Sahabat2,guru2,ustaz ustazah dan juga pakcik2 kg Tunjung.Bagi ana zaman menuntut kat MATRI lah merupakan masa yang paling ana rasa gembira jika nak dibandingkan dengan kehidupan di INTEC dan di Jordan ni.Walaupun kawan ana kat sini ada yg mengatakan zaman INTEC lah yang paling best sebab enjoy dan ukhwah yg sgt rapat antara pelajar Middle East Program tapi tidak bagi ana.Bagi ana kehidupan di INTEC merupakan period yang ana nak habiskan dgn cepat,tak nak duk lama2.Mana daknya,rasa tak selesa sebab dekat INTEC agak 'open'.Jordan ni kira boleh tahan r.

Sahabat2 di Matri memang tiada pengganti hingga kini.Walaupun sekarang ni dikelilingi banyak orang2 yg hebat dan ada jugak dari Matri(batch berlainan),tapi sejujurnya takda siapa lagi yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan hampir setahun lalu.Lutfi,Ihsan,Bashier,Ikhwan,Muhaimin,Luqman Rejab,Radhi dan tak lupa juga sahabat yang ana rasa paling rapat dan kenali sejak kecil lagi iaitu Iqbal.Tak lupa juga Amin Roseli yang duduk sebelah masa form 5 dulu.Ana sangat merindui kalian.Apakah yang antum sedang lakukan sekarang??Boleh kata setiap hari ana terfikir ttg apa yang kalian sedang lakukan ketika itu.Sudah banyak susah dan senang kita lalui bersama.Walaupun kadang2 bergaduh,tapi itulah asam garam dalam bersahabat dan kadang2 ia menyebabkan kami lebih rapat.Namun apakan daya,masing2 perlu terus berjuang di medan masing dan hidup ini bukan sekadar kat Matri.Masing2 perlu bertebaran barulah Islam dapat disebarkan di seluruh dunia.
gambar masa sambutan 2 dekad.Sedih tak dapat turut serta

Apabila terbaca dalam discusssion friendster ttg reunion yg batch ana nak buat rasa iri hati pulak sebab tak leh pi.Harap2 kita masih ada masa untuk berjumpa.Jika kawan2 kat Jordan ni perasan,kadang2 ana suka bersendirian apabila berjalan ke Jamiah atau ke balad.Bukan nak mengasingkan diri,tapi sekadar ingin menenangkan fikiran dan masih mencari sahabat yang memahami dan 'sekepala'.

Yang paling utama,ana rindukan suasana ketika berada di Matri walaupun kadang2 tu langgar juga peraturan sekolah.Suasana yang ana rasa ana takkan jumpa di mana jua.Suasana yang dapat mendidik jiwa dan Iman.Iaitu tarbiyah.Dulu tak perlu risau akan perlu tundukkan pandangan dan ikhtilat sebab kelas laki perempuan diasingkan tapi sekarang amat sukar untuk menjaga pandangan.Mungkin sebab inilah juga ana ni tak pandai sangat nak berkomunikasi dengan perempuan.Setiap hari rasanya semakin banyak karat yang melekat di hati ini dan rasa semakin payah nak bersihkan.Kalau anda perasan,dalam kebanyakan pos ana,ana ada menyebut tentang tundukkan pandangan ni kerana bagi ana ini merupakan ujian yang amat berat dan amat sukar dan mungkin hati semakin rasa jauh dari Allah sebab ini.Rasa2 bila la biah Solehah akan kembali dalam kehidupan masyarakat.

~Hati ini rasa semakin rindu apabila bersendirian dalam keadaan yang sunyi.Rindu akan proses pembentukan Iman dan sahabat2.Tak tau kat mana nak diluahkan.Jadi terluah la coretan ringkas dalam blog ni.Nak tulis panjang2 tak mampu tambah2 hujung minggu ni ada exam

Wednesday, November 19, 2008

Aaah



Exam exam exam.Tiap2 minggu exam.Kadang2 rasa macam dah takda apa dengan exam sebab selalu sangat.Nak mengeluh pun tak jadi sebab nanti takut termasuk golongan yang tak bersyukur pada ketentuan Allah pulak.Nampaknya kena terus mujahadah dan berdoa kepada NYA.

(Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu)

Tuesday, November 18, 2008

Sebuah Dialog Di Malam Hari



Di sini ingin berkongsi satu artikel yang amat menyentuh hati dan amat kena pada ana yg selalu saja lemah dalam menjalankan kewajipan sebagai daie.


Dipetik dari brohamzh
Sebuah Dialog Di Malam Hari, Buat Insan Bergelar Dai’


"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah.Tapi, belakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!."


Begitu keluh kesah seorang mad'u(murid) kepada murabbi(guru) nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'u-nya. "Lalu apa yang ingin anta(kamu) lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.


"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang kerana tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku, dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.


Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. "Akhi, bila suatu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak.Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang antalakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.


Sang mad'u terdiam berfikir.Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat. "Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?"


Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya. "Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba.


Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribu datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?" Serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang ikhwah tersebut.
Tidak semena, sang ikhwah menangis tersedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murobbi yang dihormatinya justeru tak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.


"Akhi, apakah anta masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?" Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk." Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai ditepi jalan, atau mencuba memperbaikinya? " Tanya sang murabbi lagi.


Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya; "Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan.Atau ana mendapat nama di sisi manusia "Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya ALLAH saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana." Sang mad'u berazzam dihadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya


Sang murabbi tersenyum. "Akhi, jama'ah(kumpulan) ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi disebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."


"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan antA. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."


"Futur, mundur, lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu disikapi dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?"Sambungnya panjang lebar.


"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah da'i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh ALLAH untuk menyelesaikan masalah-masalah dimuka bumi. Bukan hanya meng"ekspose" nya, yang menjadikan ia semakin memperuncing dan membarah."


Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya. "Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"


Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.


"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah ALLAH menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!". Sahut sang murabbi.


"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila adasebuah isu atau fitnh, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara antasendiri. Dengan itulah Bilal yang seorang budak hina menemui kemuliaanya. "


Malam itu sang mad'u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT : Kemenangan atau Mati Syahid


Ikhlas adalah ruh dari setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur karena kehujanan,tidak ghurur karena pujian, dan tidak kendurkarena cacian. Terus bergerak kearah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam berkerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam D&T.

Friday, November 14, 2008

Adakah Kita Berhak


“lepas SPM ni siap la.Xda sapa lagi nak larang.aku boleh buat sesuka hati aku”

“sabar2,kita kat sekolah tak lama dah,lepas ni suka hati ko la nak buat apa”

Ini merupakan antara beberapa dialog dan pelbagai lagi yang maksudnya lebih kurang yang sering didengari daripada pelajar yang merasakan kehidupan di sekolah terutamanya di sekolah berasrama membebankan dan mengongkong.Masing2 lepas SPM atau lepas zaman persekolahan seperti ingin bebas dari segala kongkongan malah yang menyedihkan terdapat juga golongan yang ingin bebas dari peraturan yang telah ditetapkan Allah kerana mereka nampak sesetengah peraturan itu peraturan sekolah semata-mata dan bukan peraturan Allah.Mana tidaknya,di sekolah kita dibebankan dengan pelbagai perkara dan kadang2 kita tak nampak rasional peraturan itu dibuat. Jadi selepas SPM masing2 ingin menunjukkan belang masing2.Sekarang tiada siapa yang nak marah dengan apa yang kita lakukan.Kita bebas melakukan apa sahaja.Tiada siapa yang nak menjerit dan menghukum kita lagi.Ini merupakan antara 'falsafah' yang meracuni fikiran.Rasa bebas daripada apa sahaja.

Disini bukan ingin membicarakan tentang melanggar peraturan sekolah kerana lepas sekolah suka hati la dah tak nak ikut peraturan sekolah kerana kita bukan bukan lagi pelajar sekolah.Di sini ingin membicarakan tentang perlanggaran undang2 yang Maha Agung iaitu melanggar syariat kerana kita selama-lamanya merupakan hamba Allah tidak kira siapa kita,dimana kita dan bila2 pun.Kini kitalah yang menentukan halatuju hidup kita.Samada ingin terus istiqamah dijalan Allah atau tidak(nauzubillah).Jika di sekolah kita tiada pilihan, kita hanya menurut sahaja apa yang telah ditetapkan.Kini kita diberi peluang untuk menentukan siapa kita.Takda siapa yang nak marah.

Tapi betulke kita bebas??betulke tiada siapa yang nak marah??betulke tiada siapa lagi nak kawal kita?? Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Detik inilah yang menunjukkan diri kita yang sebenar.Adakah ketika di sekolah dulu kita ikut peraturan kerana Allah atau kerana pengawas atau ustaz.Kalau kerana Allah,Insya Allah kita akan istiqamah dan malangnya jika dulu kita ikut peraturan kerana pengawas,risiko untuk mengambil jalan yang menyimpang sangat tinggi kerana sekarang sudah tiada pengawas atau guru disiplin.Manakala jikalau kerana Allah,Allah akan sentiasa ada dan tidak akan mati.

Disini ingin lontarkan satu persoalan walaupun ramai kata seperti yang ana tulis diatas iaitu sekarang ini kita berhak memilih cara hidup apa yang kita nak.Adakah kita ini sebenarnya berhak memilih jalan selain jalan yang telah ditetapkan Allah.Tidak dinafikan Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang selalu dijadikan alasan oleh golongan yang cetek ilmu dan lemah keImanannya iaitu yang bermaksud:

“tidak ada paksaan dalam agama”

Masyarakat selalu melihat frasa ini sahaja.Sebenarnya ayat ini tak habis lagi.Mari kita perhati seterusnya:

“sesungguhnya telah jelas antara jalan yang benar dan sesat.Barangsiapa yg ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah,maka sungguh dia telah berpegang(teguh)pada tali yg sangat kuat dan tidak akan putus.Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Dalam ayat ini dijelaskan kepada kita,Allah telah pun menentukan yg mana satu jalan yang benar dan yang mana satu yang sesat.Tidak ada paksaan dalam agama tidak bermaksud kita bebas ingin ikut perintah Allah atau tidak jika ingin memasuki syurga Allah.Siapa yang ikut maka dia telah berada di jalan yang benar dan siapa yang tidak ikut berada di jalan yang sesat dan menyimpang.

Nak bagi satu peristiwa.Ada seseorang telah mamberikan kita bermacam-macam perkara.Semua baju,seluar,kain,laptop,beg,duit,tilam,katil, atau senang kata semua keperluan kita disponsor eleh si dia.Tiba2 satu hari dia nak mintak pinjam pen kita yang sebenarnya dia yang bagi dulu.Bukan pinjam,tapi sebenarnya dia nak tukar ganti dengan pen lain yang lebih mahal dari pen yang dia nak tu.Rasa-rasa kita nak bagi ka tak??Kalau tak bagi kita tak dapat pen yang mahal tu.

Inilah ibarat realiti kehidupan kita.Segala yang kita nikmati ketika ini merupakan kurniaan Allah dan Allah hanya mintak daripada kita sedikit sahaja malah Allah membalasnya dengan syurga Nya.Tapi jika kita enggan melaksanakan suruhan Allah dan melaksanakan laranganNya ,adakah wajar bagi kita mengharapkan syurgaNya.

Ana merasakan sebenarnya kita tiada pilihan untuk ingkar kepada Allah jika kita mengharapkan untuk dapat merasai nikmat syurga Allah.Penghujung kita hanya ada dua penamatnya iaitu syurga atau neraka.Pilihlah nak mana satu.

*Dalam entry ana sebelum ini,ana tak jumpa lagi rombongan lain yang menuju ke tempat yang sama.Kalau ada jangan lupa kongsi ngan ana tau.

Sunday, November 9, 2008

Jom!!!

Assalamualaikum semua.Adakah anda sedang tercari-cari pakej percutian untuk mengisi masa cuti yg akan mendatang ini?Ana ada ternampak ada satu pakej rombongan dan ana nak kongsi dengan pembaca jikalau ada yang berminat nak join sekali dan ana pasti 1000% siapa yang join tak akan menyesal selama-lamanya dan akan akan mendapat kegembiraan abadi.Masih tidak terlambat untuk anda menyertai pakej ini selagi nyawa belum sampai ke keronkong dan pakej ini mempunyai tempat yang tidak terhad.Marilah seramai mungkin dan lagi ramai lagi best.Ajaklah teman2 , saudara2,adik-beradik,keluarga dan sesiapa sahaja untuk menyertai pakej ini yang sebenarnya berlangsung 365 hari setahun.Lagi banyak anda ajak orang lain untuk turut serta,anda akan dapat komisen atas ajakan anda itu.Anda tidak perlu risau akan tarikh akhir untuk anda join rombongan ini kerana seperti yang ana kata program ini berlangsung sepanjang tahun selagi tanda2 besar kiamat belum tiba dan selagi anda masih hidup.Tapi adakah anda yakin anda akan hidup lagi 5 minit lepas ni?Jadi baik anda join program ni dengan segera sebelum terlambat.

Hakikat perjalanan ini amat sukar kerana penuh dengan cabaran.Jika anda berjaya mengikutinya sampai akhir anda memang seorang yang hebat.Jadi beberapa persiapan perlu dilakukan dan beberapa perkara perlu dibawa bersama untuk memastikan sampai kepada destinasi dan tidak tersangkut di tengah jalan akibat tak cukup barang dan bekalan.

List barang perlu bawa:
1)dokumen perjalanan-Iman dan Ilmu
2)visa -keIkhlasan pada Allah
3)pegangan hidup -AlQuran dan AsSunnah
4)bekal -taqwa

Rasa2 nya inilah antara perkara penting yang perlu dibawa.Ops lupa pulak,bagitau barang2 nak kena bawa tapi lupa nak bagitau rombongan ni nak pergi mana.Untuk pengetahuan destinasi bagi pakej ini hanya satu iaitu syurga yang kekal abadi.Rombongan ini dipimpin sendiri oleh manusia yang paling agung dan dihormati tak lain dan tak bukan baginda Muhammad Rasulullah saw.Rombongan ini akan turut disertai oleh orang2 soleh.

Peringatan terakhir,bukan semua orang sanggup mengikuti rombongan ini dan bukan semua orang mampu istiqamah dalam rombongan ini.Adakah kita mahu tergolong dalam golongan yang tertewas ini?Tentu tidak.Ana pun tengah nak join rombongan ni,doakan ana dapat ikut rombongan ni hingga sampai ke destinasinya.
Tak guna kalau baca ja iklan ni,jom kita beramai-ramai join.

Wednesday, November 5, 2008

Kenapa Blogging??



Assalamualaikum dan salam cintakan Islam.
Kali ni nak timbulkan persoalan yg sering ditanya kepada para blogger iaitu kenapa kau buat blog.Pelbagai pro dan kontra kita boleh dengar dari mulut2 makhluk Allah yang bernama manusia ini.

Kenapa kita blogging??
Ana ada dgr banyak suara2 ttg blog ni.Ana cuma nak kongsi pandangan negatif ttg blog sebab selalunya orang yang berpandangan positif x sebut pendapat dia,dia hanya akan diam apabila melihat orang terlibat dalam kerja blogging ni.Ada org kata:
-kenapa nak buat blog,buang masa ja,baik ko study.
-blog ni takda faedah dan kepentingan.Tulis pelik2 dalam blog,tulis kisah hidup,hari ni buat apa,esok buat apa.Bajet orang nak baca blog dia.
-blog ni macam laman hipokrit.Dalam blog masyaAllah.Dekat luar??
-tengok blog dia berIman tapi blogger dia??
-Kenapa nak berdakwah dalam blog?padahal orang bukan baca sangat dan lagi pun berdakwah melalui kata2 lebih berkesan.

Ini merupakan antara suara2 yg ana dgr ttg blog.Walau apapun,kita kembali balik persoalan awal kenapa kita buat blog iaitu niat.Masing2 dah tahu ttg hadis pertama dalam Hadis Arba'in iaitu mengenai niat.Niat lah yg menentukan banyak perkara dan hukum dalam dunia ini.Jika niat kita bukan dalam rangka mencari redha Allah maka rugilah kita kerana banyak masa dan idea dibazirkan tanpa mendapat hitungan Allah sekalipun.Masih tidak terlambat selagi nyawa dikandung badan untuk kita mentajdidkan niat kita kenapa kita blogging.

Jika tanya ana kenapa ana blogging,ana........

Sunday, November 2, 2008

Alhamdulillah



Alhamdulillah dgn izin Allah ana telah pun berjaya melalui 1st exam di JUST.Keputusannya x payah la nak diukur dan dibandingkan.Semua itu rezeki masing-masing.Yg pentingnya usaha sebab Allah hanya tengok pada usaha kita bukan keputusan.Kalau Allah tgk kpd keputusan maka tidak adillah kerana bukan semua org boleh score tinggi2 tp semua org boleh berusaha bersungguh-sungguh.Sebab itulah Allah taklifkan kpd untuk kita supaya bekerja bukan utk menghasilkan natijah.Usaha kita hanya penyebab kpd apa yg Allah nak kurniakan bukan penentu kpd apa yg Allah akan kurniakan dan yakinlahlah Allah tak pernah mengecewakan hamba NYA yg berIman dan bertaqwa.


Ok tinggal kan dulu ttg itu,kali ni nak share sikit sesuatu yg berlaku pada tidak lama dulu iaitu lepas dapat keputusan SPM.Ana baru nak share sebab ana baru saja dapat pengajarannya beberapa hari lepas daripada seorang kawan yg juga belajar di JUST.

Perkara ni bukanlah satu cerita sgt.Selepas mendapat keputusan yg agak cemerlang pada SPM yang lalu,ana tak tau nak sambung bidang apa lepas tu.Ana ni ada macam2 cita2 sepanjang sekolah rendah dan menengah.Ana pun banyak tanya usrati dan kawan2 apa yg patut ana sambung lepas ni.Usrati sugggest ambik perubatan.Jadi tanpa ragu2 ana pun letak perubatan dalam borang UPU dan JPA walaupun dalam hati ni keputusan nak ambil perubatan tu masih tak muktamad.Masih ada ruang dalam hati ini utk bidang2 lain.Jgn salah sangka ana ambik perubatan ni sebab kena paksa pulak.Ana cuma x kisah nak ambil apa dan masalahnya ana tak tau nak ambik apa.Selain borang UPU dan JPA,ana jugak isi banyak borang lain seperti Khazanah,TNB,TM dan entah apa2 lagi.Setiap borang tu bidang berlainan.Dalam perancangan mintak ja,nanti senang buat pilihan sebab banyak choice.Tapi diizinkan Allah,ana hanya dipanggil temuduga untuk JPA ja.UPU tak da temuduga.Time tu macam kecewa la jugak sebab isi borang bukan main banyak,yg dapat interview hanya JPA.Pendek kata ana pun dapat tawaran USIM untuk pergigian dan JPA perubatan timur tengah.Dua2 ni lebih kurang ja.Ana pun pilih JPA dan alhamdulillah ana kini sudah pun berada di ardhul kinanah utk menyambung pelajaran dalam perubatan.Di sini ana dikelilingi pelajar2 yang cemerlang dalam SPM.Pada beberapa hari yg lepas belakulah perbualan ana dgn beberapa kawan ana kat sini.

(sudah diedit sikit)
kawanB:weh ko mmg dapat tawaran engineering ke UK ke??

kawanA:haah


penulis :ko lepas spm byk x apply scholarship?


kawan A:byk gak.aku isi ja semua borang.


penulis :aku apply byk gak tp aku kena panggil interview JPA je.


kawan B:aku pun cam tu gak.Apply banyak tapi kena panggil interview satu je iaitu MARA la.Ko??


kawan A:aku dapat interview byk gak.Bank negara aku dapat,TNB aku dapat tapi semua aku buat main2.


penulis :apasal ko buat main2,bukan senang dapat pi interview semua tu.Ko dapat lebih kurang berapa byk tawaran interview?


kawan A:Lebih kurang 5 kot.


kawan B:banyak giler.


kawan A:ala, aku buat main2 ja,aku bukan nak pergi pun.Kat MARA ja aku buat betul2.Aku mmg nak wat medic timur tgh.


Kemudian ada seorang kawan lain yg sebut,pasai tu lah kita dapat JPA/MARA je.Kita kan macam tak tetap lagi nak ambik bidang apa.Tu mungkin petunjuk Allah tempat kita kat sini.
Bila difikir-fikir balik ternyata kebenarannya.Ana ni xda pilihan yg tetap lagi dan mungkin Allah nak tunjukkan pada ana mana tempat ana sebab tu lah drp banyak borang yg diisi,ana dapat JPA ja.Teringat diri ini bahawa kita ialah perancang tetapi Allah lah yg paling baik rancangannya.Jika semua interview ana dapat,x ka lagi susah nak buat pilihan.Ni kan senang,dapat satu ja.X payah susah2 nak buat pilihan.

Akhir kalam ana nak kongsi satu perbualan dalam filem Sang Murabbi(ana tgk trailer dia)
"jangan bersedih,dimana kita berada,disitulah dakwah kita sebarkan"

Thursday, October 23, 2008

Perubatan Dalam Al-Quran

Al Quran telah diturunkan oleh Allah sejak 14 kurun yang lampau sebagai rujukan dan panduan bagi manusia. Sebagai sebuah kitab yang lengkap dari segenap sudut, ia mengandungi pelbagai ilmu yang perlu diterokai oleh manusia. Selain dari sebagai panduan utama, al quran juga di gunakan oleh manusia untuk mengubati penyakit. Rasulullah telah mengajar terdapat ayat Al Quran yang boleh dijadikan ikhtiar untuk mengubati penyakit. Fiman Allah Surah Al Isra’: 82

Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Kebanyakan ulama menafsir syifa’ sebagai penyembuh walaupun ada yang kadang-kadang menafsirnya sebagai penawar. Menurut para ulama, al-Quran sebagai kitab suci ini antara lainnya diturunkan bagi menyembuhkan penyakit zahir dan batin. Penyakit zahir termasuklah sakit jantung, kayap dan sebagainya manakala penyakit batin adalah seperti hasad, dengki, sombong dan lain-lain. Ia diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w., “Hendaklah kamu menggunakan dua perkara untuk penyembuh iaitu al-Quran dan madu lebah.”Adakah semua ayat al-Quran itu boleh digunakan sebagai penyembuh? Bukan semua ayat Allah itu menjadi penyembuh tetapi pernyataan itu adalah secara umum. Bagi mereka yang mempunyai penyakit was-was dan resah gelisah, mungkin dengan membaca al-Quran ia boleh hilang.Bagaimanapun, ada ayat khusus untuk penyakit yang khusus. Ini boleh diketahui jika mendalami atau kita mengkaji tentang penggunaan ayat-ayat al-Quran dalam perubatan Islam.Bagaimanapun, bagi tujuan perubatan, kita mestilah yakin apabila mengamalkan bacaan ayat tertentu. Ia pula perlu dilakukan berulang-ulang dan istiqamah, bukannya baca sekali dua sahaja. Melalui cara ini, insya-Allah penyakit itu akan sembuh.Apakah contoh ayat yang boleh dijadikan penyembuh penyakit manusia?Ada pandangan sesetengah ulama bahawa ayat 1-6 surah Taha adalah ayat pelembut hati.Ini berdasarkan kisah Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat garang dan bengis beriman kepada Allah dengan hanya mendengar adiknya membaca ayat ini secara sepintas lalu.Bagaimanapun, jangan salahkan ayat-ayat al-Quran ini jika usaha kita tidak berjaya.Begitu juga ada ulama yang berkata, untuk menambahkan kasih suami kepada isteri boleh diamalkan membaca ayat 23 daripada surah Yusuf.Menurut Ahmad at Tabrani daripada Kaab bin Malik, Nabi bersabda, “Apabila salah seorang kamu berasa sakit maka hendaklah ia meletak tangannya di tempat yang berasa sakit dan membaca doa, aku minta berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya di atas segala apa kesakitan yang aku rasai.”

Friday, October 17, 2008

Muhasabah 18 Tahun



Hari ini mengikut masihi genaplah umur aku 18 tahun.Jika diikutkan hijrah,sudah lama aku berumur 18 iaitu pada 28 rabiulawal yang lepas lagi.Tidak kisah lah nak ikut yang mana satu.Walakin kulluhu mush dhoruri.Aku tertanya-tanya pada diri aku,apakah yang telah aku lakukan selama 18 tahun ini.Bagaiamana dengan tanggungjawab aku pada diriku,tanggungjawab pada kawan2 dan sahabat,tanggungjawab aku pada ibu bapa,tanggungjawab pada adik-beradik,tanggungjawab dengan study aku,tanggungjawab pada murabbiku,tanggungjawab aku pada masyarakat dan banyak lagi dan yang paling penting bagaimana dengan dakwah dan tarbiyah ku.Adakah aku berjaya melaksanakan tugas2 ini dengan jayanya atau adakah aku telah berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin atau aku hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat.Adakah aku hanya seperti orang2 kebiasaan yang hanya bangun pagi pergi belajar kemudian balik. Petang main, malamnya study dan kemudian tidur. Pertanyaan2 yang menerjah fikiran ini begitu menyesakkan jiwa dan menyebabkan aku berfikir kembali siapa sebenarnya aku dan apakah tugas sebenar aku di muka bumi ini. Adakah aku digolongkan dalam golongan ghuraba’ atau tidak. Jika tidak maka sia-sialah hidup aku.Teringat aku pada satu ayat yang agak selalu didengari, “hari lahir bukanlah satu hari yang patut di sambut dengan berseronok-seronok tanpa tujuan,tapi perlulah disambut dengan penuh kesyukuran dan munasabah diri kerana meningkatnya umur kita maka dekatlah kita dengan kematian”.

Mungkin mereka yang menyambut dengan parti yang bercampur gender telah bersedia menghadapi hari kematian.Secara jujurnya aku rasa aku belum bersedia untuk menghadapi kematian berdasarkan apa yang telah aku laksanakan walaupun aku tahu kematian itu boleh datang bila-bila sahaja. Mungkin sebentar lagi atau mungkin bertahun-tahun lagi.Jika diikutkan umur umat Nabi Muhammad saw lebih kurang 60 tahun.Maka aku telah habiskan 1/3 hidup. Itupun jika hidup sampai 60 maka aku masih berpeluang untuk mengubah diri,jika sebentar lagi adakah aku sempat?Orang selalu kata pada majlis perkahwinan,kawin sekali ja sepanjang hidup(kalau betul sekali),jadi buatla betul2.Begitulah dgn kematian.Murabbi aku di Matri pernah mengingatkan kematian hanya sekali sahaja dan tiada yang kedua.Terpulang lah kepada kita untuk macam mana kita nak hadapi peristiwa yang berlaku hanya sekali itu sahaja.

Allahumma takhtim ‘alaina bi husnilkhatimah wa la takhtim ‘alaina ya Allah bi suuilkhatimah

(ya Allah matilah aku dalam keadaan yang berIman dan jgn Engkau matikan aku dalam keadaan yang hina)

Mengingat kembali sepanjang perjalanan hidup ini terutamanya sepanjang tahun 2008 ini menyebabkan aku berfikir aku masih belum layak untuk menjadi graduan MATRI dan kadang2 terfikir aku akan sebuah hadis Nabi saw yang maksudnya lebih kurang “siapa yang hari ini lebih baik dari semalam dialah orang yang beruntung,siapa yang sama sahaja(tiada peningkatan) hari ini dari semalam dia ialah orang yang rugi dan siapa yang hari ini lebih teruk dari semalam dia ialah orang yang celaka”.Di manakah kedudukan aku??pertama,kedua atau ketiga.Banyak sahabat2 yang kata aku ni dah berubah dari segi percakapan.Aku pun tak perasan akannya tapi aku yakin mereka tidak menipu berdasarkan kata2 jika kamu ingin mengenali seseorang tanyalah jirannya.

Impian Aku Sempena 18 tahun Aku Hidup

Aku harap aku mampu terus melalui jalan yang telah dipelopori oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan juga yang telah diikuti para ulama. Walaupun aku tahu jalan ini penuh dengan ranjau,onak dan duri dan penuh dengan perkara2 yang berlawanan dengan nafsu dan aku tahu jalan ini tidak dihampiri dengan karpet merah tapi aku yakin inilah satu2 nya jalan yang paling selamat dan cepat untuk aku sampai ke syurga Allah.Aku juga berharap aku di masukkan dalam toifah yang benar2 memperjuangkan dan cuba menegakkan agama Tauhid di bumi Allah ini.Aku tidak ingin menjadi orang biasa,aku ingin menjadi orang luar biasa kerana aku ada tugas penting yang perlu aku laksanakan.


Ya Allah ampunkanlah dosa2 hambaMU ini dan bebaskan aku dari fitnah harta dan wanita dan berikanlah aku kekuatan untuk menempuh jalan menuju redhaMU.

Monday, October 13, 2008

Ujian


Hidup ini penuh dengan ujian samada kita sedar atau tidak.Mungkin umum beranggapan ujian itu apabila kita miskin,kematian orang disayangi tapi perlulah kita ingat bahawa ujian Allah tidak terbatas pada itu sahaja.Boleh jadi harta yang dikurniakan kepada kita ialah ujian dari-NYA.Sebab apa Allah menguji kita??Sebelum tu mari kita tengok sebab apa kita kena ambil banyak ujian dan exam di tempat pengajian kita?Tentu untuk melayakkan kita ke peringkat seterusnya.Ambil SPM untuk masuk IPT.Begitulah juga dengan ujian Allah.Allah menguji kita untuk meningkatkan darjat kita. Sekali kita lepas satu ujian Allah,Allah akan angkat kita ke peringkat yang lebih tinggi.Namun ia tidak berhenti setakat itu sahaja.Selepas itu ada pula ujian lain.Macam lepas SPM ada pula Diploma atau Matrikulasi.Ini semua bertujuan untuk melihat ketulenan Iman kita. Adakah kita hanya mampu berkata-kata tapi tidak mampu beramal atau kedua-duanya.

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 214 maksudnya:

214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu?

Sesetengah orang mungkin mampu lepas ujian kemiskinan tapi tidak dari segi perempuan atau mungkin sebaliknya.Mungkin kita boleh pergi kelas awal tapi tidak awal pada solat.Mungkin kita mampu hormati ibu bapa kita tapi tidak guru2 kita.Mungkin kita akan infaqkan harta kita kepada jalan Allah apabila Allah beri kita harta yang banyak atau mungkin kita sanggup jual agama Allah untuk dapat harta.Disini lah Allah ingin melihat Iman sebenar kita.Adakah kita benar2 berIman atau tidak.Ramai yang antara kita yang tertanya-tanya kenapa ujian ni Allah hanya berikan kepada orang Islam tidak kepada orang kafir.Kita lihat orang kafir begitu mudah capai kejayaan berbanding orang Islam.Ada juga yang menyatakan kenapa orang kafir yang berjudi dan minum arak boleh Berjaya tapi kita yang solat tiap2 hari tak pun.Ana nak bawa satu cerita yang ana pernah dengar dari seorang sahabat(tak tau la cerita ni betul atau rekaan semata-mata)

Ada 2 orang nelayan sedang menjala di sebatang sungai. Seorang dari mereka muslim manakala seorang lagi kafir.Pada saat nak tebar jala,si kafir baca naa tuhan dia dan tebar jala.Yang si muslim pulak baca basmalah sebelum tebar jala.Tapi si kafir dapat ikan lebih banyak dari si muslim padahal yang muslim menyebut nama Allah.Malaikat ternampak peristiwa itu dan kesian dengan orang Islam tersebut lalu memberitahu Allah kenapa orang Islam tersebut mendapat ikan yang sikit padahal dia menyebut nama Engkau kenapa tidak orang kafir itu yang mendapat ikan sikit.Kenapa Engkau menguji hamba MU itu??.Lalu Allah jawab buat apa Aku nak uji orang kafir itu kerana dia memang sudah kafir.Aku uji hambaKu itu untuk melihat adakah dia benar2 berIman kepadaKu.

Dari cerita ini kita dapat konklusikan kenapa Allah uji kita dan tidak uji orang kafir.Orang kafir memang sudah di janjikan neraka,buat apa nak uji lagi.Manakala bagi kita orang Islam,kita diuji untuk menentukan adakah kita benar2 layak untuk masuk syurga Allah.Jadi ambillah perhatian atas setiap tindakan kita kerana ia akan menentukan dimana kedudukan di sisi Allah.