Sunday, April 7, 2013

Layakkah kita

Panglima perang Khalid Al-Walid, memeriksa setiap khemah tenteranya, bagi memastikan tentera-tentera Islam dalam keadaan tip-top hubungannya dengan Allah. Ibadah wajib sudah pasti, ibadah sunat digandakan.

Juga ketika zaman Sultan Muhammad Al-Fatih begitu juga, ibadah tenteranya di pantau.


Mereka yang terpelihara ibadahnya berada di barisan hadapan, dan ada juga tersebut dalam sejarah mereka yang  tidak konsisten dengan ibadah ditinggalkan. Pentingnya hubungan dengan Allah yang sentiasa terjaga agar tidak menjadi penghalang untuk Allah kurniakan kemenangan kepada kaum muslimin.

"Kalau pada zaman itu, boleh kita katakan pada yang tidak konsisten solah subuh di masjid, anta tak perlulah bekerja, duduk rumah dulu."

"Namun zaman sekarang tak ramai seperti zaman gemilang dulu, dulu boleh tinggalkan. sekarang nak tak nak perlu kata, kena usaha layakkan diri"


-petikan satu pesanan-

T_T

Ikutkan memang tidak layak, tetapi kena usaha layakkan diri. Bagaimana ingin peroleh kekuatan jika hubungan dengan yang memberi kekuatan lemah dan kita tak pernah minta

Lemahnya umat Islam pada masa kini bukan kerana hebatnya musuh, tetapi kerana lemahnya kita umat Islam.

Sunday, March 10, 2013

Manusia ibarat logam II

Orang kata,

“Setiap manusia berbeza, bukan semuanya sama.

Tidak semestnya jadi "orang besar" baru boleh buat kerja.

Semua orang ada kelebihan.”

Kemudian dikata juga,

“Kena lahir ramai tokoh masyarakat,

si A tu potensi besar,”

Adakah bermakna bukan tokoh tak boleh menyumbang? Adakah hanya si A ada potensi, si B, C, D, E tiada potensi?

Maka berusahalah untuk mencapainya.

Sila ceritakan bagaimana ingin ku percaya apa orang kata ?

Dalam Al-Quran juga Allah umpamakan bumi itu manusia. Pelbagai komponen, pelbagai warna membentuk komposisi bumi yang kukuh dan mengeluarkan macam-macam hasil. Begitu juga manusia yang terdiri dari berbagai ragam, semuanya saling melengkapi.

Besi, perak, emas dsb. Dimata manusia setiap satu berlainan harga. Akan tetapi, neraca Allah semuanya sama.

*post ini ditulis tiada kaitan sangat dengan penulis. Beberapa kali mendengar kisah benar lelaki mahupun perempuan sekeliling, marhaen terus dibiarkan kerana tiada potensi.
rasa macam menarik juga ingin perjuangkan nasib marhaen =)

Saturday, February 23, 2013

=)

Bermasam muka juga infectious. Ketika dada tengah sesak, otak tengah serabut, berusahalah untuk senyum.
Senyum dalam paksa, susah. Asalkan masam muka kita tidak merebak.

Tidakkah hipokrit begitu? Dunia memerlukan isi kandungannya bersikap begitu.
A hard truth is always better than a sweet lie -quoted-
(tidak digunapakai dalam setiap keadaan)
Antara nyata dan pura-pura. Akibat selalu bercampur, aku sendiri keliru.

*round OnG berbaki seminggu, entah kenapa waktu-waktu begini kembali rasa serabut.

Saturday, February 16, 2013

Wreck-It, Ralph

Menjadi trend dalam 2-3 tahun belakangan ini watak utama dalam filem animasi ialah seorang villain. I kinda like this kind of storyline. Antara my favorite Despicable Me, Megamind dan terbaru Wreck-It Ralph.


saya berlepas diri jika anda terlagho =)

Mengisahkan watak jahat(Ralph) dalam sebuah video game Fix-It Felix Jr yang ingin menjadi hero dan mendapat perhatian teman-teman se"game". 

Dalam game Fix-It Felix Jr, Ralph memegang watak yang akan menghancurkan sebuah perumahan flat, kemudian akan datang Felix untuk membaiki bangunan tersebut. Selesai Felix membaiki bangunan, Ralph akan dilempar ke bawah oleh warga flat.

Walau ia sekadar game dan mereka semua sebenarnya satu team, Ralph dilayan teruk, manakal Felix mendapat layanan 1st class. Maka, Ralph juga ingin menjadi seperti Felix, mendapat layanan yang baik oleh warga flat. Bagi membuktikan dia mampu menjadi hero dan layak mendapat layanan yang baik, bermulalah penjelajahan Ralph yang menceroboh ke video game lain. Mungkin dalam video game lain dia mampu jadi hero dan buktikan pada teman-teman Fix-It Felix Jr.

Keesokan hari ketika game ingin dimulakan, Ralph tidak muncul dalam game. Walaupun Ralph pegang watak yang akan menghancurkan bangunan, apabila dia tiada, game tidak dapat berjalan dengan baik. Maka sedarlah warga flat dan Felix bahawa Ralph juga sebahagian dari mereka. Felix pun memulakan usaha mencari Ralph.

Dalam masa yang sama, setelah memasuki video game lain, Ralph baru tersedar, dia bukan dilahirkan sebagai hero. Potensi dirinya hanya "wrecking". Dia menyesal kerana tidak bersyukur dengan wataknya dan cuba menjadi hero.

Seterusnya, malas nak menaip.Tetapi secara ringkas, walaupun Ralph hanya tahu wrecking, dia telah menyelamatkan sebuah konflik dalam sebuah video game lain yang diserang virus. Ralph menggunakan kelebihan dalam wrecking untuk menyelamatkan video game itu.

Ralph kembali ke tempat asal. Warga flat yang menyedari kepentingan Ralph dalam video game mereka, mula melayan Ralph dengan lebih baik. Ralph mengakui wataknya tak mampu menjadi the fixer, Ralph hanyalah the wrecker, dan dia gembira menjadi the wrecker.

Ok, apa kaitan semua ini dalam kehidupan?
Boleh fikir-fikir sendiri apa kaitannya. 
"I'm bad, and that's good. I will never be good, and that's not bad. There's no one I'd rather be than me." Ralph.

Nak tahu antara sebab kenapa Ralph akhirnya gembira menjadi the wrecker, kerana dengan itu ia dapat berkenalan dengan Vanellope. Seorang puteri dalam sebuah video game, yang ada memberikan loket bertulis "you're my hero" 

*Peringatan, tujuan cerita diatas ditulis tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Jika ada hanyalah kebetulan.

Saturday, February 2, 2013

Lebih baik diam

Ketika ada masa lapang, antara hobi yang aku suka ialah lepak dan sembang sekali dengan member-member sebatch, bincangkan beberapa isu. Lelaki apabila sembang, 2 topik utama yang selalunya tidak lari. Orang kata common interest. Satu tentang politik(bukan maksud sini politik parti), tak kisah politik setempat atau antarabangsa. Topik kedua, tak perlu tulis sini, buat malu kaum je.

Sekali itu pernah terkeluar dari mulut seorang rakan ketika sembang politik persatuan "kita bincang-bincang benda ini, apa yang berubah? Pihak yang sepatutnya dengar tak dengar". Luar cover macho, tetapi dalam tersentak dan hati akui, "betul juga"

Sejak itu aku proses. Dan kini aku antara pendokong idea ini, kenapa perlu bercakap perkara yang tidak membuahkan hasil, yang tidak menghasilkan apa-apa perubahan? atau yang tidak membuahkan tindakan. IHAB juga sebenarnya ada berpesan mengenai ini, jangan memberatkan diri dengan perkara yang tidak melahirkan amal.

Ikutkan aku suka membantah dan melawan idea terutama idea yang mainstream. Walaupun sebenarnya bersetuju, tetapi entah kenapa apabila dalam mengeluarkan pendapat aku suka berbeza. Tak seronok perbincangan satu hala orang kata. Ini yang menjadi masalah, dan sikap yang agak "ketegaq" apabila yakin dengan apa yang difikirkan betul.

Dalam proses menuju kematangan aku sedari beberapa perkara. Pertama perlu belajar untuk tidak cepat melatah dengan idea lain yang tidak sama dengan idea kita. Kedua, sebelum mengeluarkan pendapat, perlu pastikan apa yang ingin dikeluarkan itu membina atau meruntuhkan. Jika idea itu tidak membina, lebih baik disimpan sahaja. Tambahan dalam membincangkan isu berkaitan orang lain, takut-takut jatuh dosa mengumpat.

Seperkara lagi yang perlu diambil kira, dalam proses فليقل خيرا او ليصمت ialah cermin diri, sedari  terlebih dahulu diri siapa. Diri bukanlah seorang pekerja atau baik sangat, tak perlu kecoh-kecoh. Ini antara fokus aku tika ini, belajar agar tidak menjadi golongan yang Allah swt murka sepertimana dalam surah As-Saff ayat 3.

p/s:
-dalam mengeluarkan idea, kadang-kadang suka sarkastik. Hingga diri sendiri pun boleh keliru "apa yang aku kata ni?" Dan biasanya orang sekeliling pun tak dapat baca waktu mana betul, waktu mana sarkastik.
-sekarang tengah rotation obs dan gyne, rotation yang menarik, tetapi entah tak semangat. Banyak member kata best,  tak best sebab sebelum ini minor dan rilek sikit kot, sekarang kembali kepada rutin kena ambil history. Cuma apabila masuk obs dan gyne dapat satu pengajaran penting yang kalau rajin akan ditulis nanti =)